Rakan Dalam Kristus
Suami saya, Dan, sedang berjuang dengan penyakit yang serius sehingga badanya menjadi lemah. Namun apabila seorang ahli terapi fizikal memberikan senaman untuk membantu menguatkan tubuhnya semula, Dan kelihatan kurang berminat. Suatu hari, saya memutuskan untuk melakukan senaman itu bersama-sama dengannya. “Kita semakin kuat ni!” kata saya sambil ketawa dan mengangkat tangan. Tidak lama kemudian, dia juga mula ketawa semasa kami melakukan tiga set latihan penguatan itu bersama-sama. Dia sendiri terkejut kerana sesuatu yang pada mulanya terasa sukar akhirnya menjadi lebih ringan dan menyeronokkan apabila dilakukan bersama.

Memberi Selagi Kita Hidup
Ketika pasukannya sedang menguasai perlawanan dan mendahului jauh, bintang bola sepak Amerika yang bernama Saquon Barkley daripada pasukan Philadelphia Eagles berehat di bangku simpanan. Dia tidak perlu lagi terus bermain. Kemudian jurulatihnya datang dan memberitahu bahawa dia hampir memecahkan satu rekod. Mahukah dia masuk ladang semula? “Saya ok saja,” kata Barkley. “Saya lebih suka beri peluang kepada pemain-pemain muda.” Barkley memilih untuk melepaskan peluang mencipta rekod supaya rakan sepasukannya yang muda mendapatkan lebih banyak masa bermain.

Harapan dalam Kehilangan
Anak saudara saya, Andy, telah dilanggar oleh sebuah kereta semasa membawa anjing keluarganya berjalan-jalan. Seseorang yang menyaksikan kemalangan itu segera berhenti untuk memberikan CPR (bantuan pernafasan dan tekanan dada kecemasan untuk menyelamatkan nyawa) dan menghubungi ambulans. Alat bantuan pernafasan (ventilator) mengekalkannya hidup selama seminggu. Dengan penuh syukur, sehari selepas Krismas, ubat penenang dan alat bantuan itu dihentikan, lalu Andy sempat berkata kepada isterinya, ibu bapanya, abangnya, dan kelima-lima anaknya, “Saya sayang kamu semua.” Hati kami dipenuhi emosi dan harapan. Namun, keesokan harinya, dia meninggal dunia.

Berdoa untuk Jawapan
Apabila anak Monica, Augustine, ingin meninggalkan rumah untuk pergi ke sebuah kota yang terkenal dengan kemaksiatan, dia memohon kepada Tuhan supaya tidak membiarkan anaknya pergi. Namun Augustine tetap pergi, dan hal itu sangat menyedihkan hati ibunya. Tetapi di kota itulah Tuhan mengubah hidupnya. Dalam bukunya, Confessions (Pengakuan-Pengkuan), Augustine kemudian berdoa, “Namun dalam hikmat-Mu yang mendalam, Engkau mendengar inti kerinduan ibuku ... supaya Engkau menjadikan aku seperti yang sentiasa didoakannya.” Akhirnya, Augustine bukan sahaja menjadi seorang yang percaya kepada Yesus, malah dia juga salah seorang pemikir Kristian yang paling berpengaruh dalam sejarah.

Tuhan Raja Kita
Selepas menganggur selama setahun, Ethan akhirnya mendapat tawaran kerja yang baik—tetapi isterinya tidak bersetuju dia menerima tawaran tersebut. “Adakah ini benar-benar baik untukmu?” tanyanya. “Kerja ini menuntut syif malam, jadi akan menyukarkan kamu menghadiri gereja pada pagi Ahad, seperti pekerjaan dahulu.” Selepas berdoa dan mempertimbangkannya dengan teliti, Ethan memutuskan untuk menolak tawaran itu. Walaupun tidak ada yang salah dengan pekerjaan tersebut, dia tahu bahawa pekerjaan itu tidak baik baginya. Beberapa bulan kemudian, dia mendapat pekerjaan lain pada siang hari yang membolehkannya menghadiri gereja secara tetap.