Hujan Pada Musim Bunga
Saya berjalan-jalan di sebuah taman berdekatan untuk merelakskan badan. Dalam perjalanan, saya tertarik akan pucuk hijau yang mula kelihatan dari tanah lumpur, yang akan bertumbuh menjadi bunga dafodil dalam beberapa minggu. Ini menandakan musim bunga akan datang tidak lama lagi. Musim sejuk berjaya diharungi!
Hadiah Alu-Aluan
Makan malam yang kami sediakan untuk lima keluarga dari lima buah negara telah meninggalkan memori yang indah. Walau bagaimanapun, kami tidak terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil, tetapi kami semua turut melibatkan diri dalam perbincangan mengenai kehidupan di London, biarpun pandangan kami datang dari pelosok dunia yang berlainan. Selepas itu, suami dan saya berpendapat bahawa kami telah menerima lebih daripada apa yang kami berikan, termasuklah kemesraan yang kami alami dalam persahabatan baru dan mempelajari mengenai budaya yang berbeza.
Rumah Api
Sebuah pusat pelayanan di Rwanda yang bernama “Rumah Api” melambangkan penebusan. Ia terletak di sebuah tempat yang berlakunya pembunuhan kaum pada tahun 1994. Pada ketika itu, presiden negara tersebut memiliki sebuah rumah yang tersergam indah di kawasan tersebut. Bagaimanapun, bangunan baru sekarang ini telah didirikan oleh orang Kristian sebagai tanda sinaran dan harapan. Sebuah institusi Alkitab di dalam bangunan itu telah melahirkan generasi pemimpin Kristian baru, berserta dengan sebuah hotel, restoran, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain bagi masyarakat. Harapan baru telah lahir daripada pemusnahan. Orang yang membina Rumah Api itu menyanjung Yesus sebagai sumber pengharapan dan penebusan mereka.
Aku Melihat Kamu
“Aku melihat kamu.” Inilah kiriman seorang kawan dalam kumpulan penulis kami secara talian. Dalam kumpulan ini, kami saling menyokong dan memberikan galakan. Masa itu saya berasa tertekan dan cemas, namun saya mengalami kedamaian dan kesejahteraan kerana kata-katanya itu. Kawan itu “melihat” aku—harapan, kerisauan, pergelutan, impian—dan dia mengasihi saya.
Wira Di Balik Tabir
Kita akan merenung dan tertanya-tanya apabila kita membaca cerita-cerita dalam Alkitab. Contohnya, ketika Musa memimpin umat Tuhan untuk masuk ke Tanah Perjanjian dan bangsa Amalek datang menyerang, bagaimana pula Musa boleh tahu untuk pergi berdiri di puncak bukit sambil memegang tongkat Tuhan? (Keluaran 17:8-15). Kita tidak diberitahukan, tetapi kita tahu bahawa apabila Musa mengangkat tangannya, bangsa Israel akan menang dalam peperangan itu, tetapi kalau tangannya diturunkan, bangsa Amalek mula menang. Ketika Musa keletihan, saudaranya Harun dan Hur menunjang tangannya sehingga bangsa Israel menang.
Nafas Yang Memberi Hidup
Pada pagi yang dingin dan bersalji, sementara saya dan anak perempuan saya berjalan ke sekolah, kami seronok melihat nafas kami berubah menjadi wap. Kami ketawa berdekit-dekit apabila melihat pelbagai wap yang kami boleh hasilkan kelihatan di udara. Saya merasai saat-saat itu sebagai satu hadiah, kerana saya sangat seronok bersama dengan anak dan saya masih hidup.
Kehilangan Tetapi Memperoleh
Ketika saya berkahwin dengan tunang saya yang berbangsa Inggeris dan berpindah ke United Kingdom, saya menyangka ia hanya menjadi satu pengembaraan selama 5 tahun di sebuah negara asing. Saya langsung tidak pernah bahawa saya masih tinggal di sini [United Kingdom] selepas hampir 20 tahun. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya kehilangan hidup yang saya tahu ketika mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan kawan-kawan, kerja, dan segala yang saya sudah biasa. Namun walaupun saya telah kehilangan cara hidup yang lama, saya telah memperoleh cara hidup yang lebih baik.
Cincin Meterai
Obituari untuk Alan Nanninga, seorang lelaki di bandar saya, menyatakan dia sebagai “saksi Kristus yang sangat berbakti.” Artikel itu juga menyebut tentang kehidupan rumah tangga dan kerjayanya, serta kesihatannya yang merosot hampir sedekad lamanya. Ia menyimpulkan bahawa, “Sepanjang masa dia menerima rawatan di hospital, dia diberikan gelaran ‘Pesakit Yang Berdoa” sebagai satu penghormatan atas pelayanannya kepada pesakit-pesakit lain. Inilah contoh seseorang yang mendoakan orang lain dan berdoa bersama orang di sekelilingnya yang memerlukan penghiburan dan galakan, walaupun dia sendiri berada dalam penderitaan.
Pendengar dan Pelaku
Di wilayah terpencil negeri Ghana tempat tinggal saya ketika kecil, ungkapan “Masa makan, tiada kunjungan daripada kawan” (Chop time, no friend) merupakan satu ungkapan yang umum. Orang tempatan menganggap bahawa adalah tidak sopan untuk berkunjung pada “masa makan” kerana makanan sering kali sukar untuk didapati. Ungkapan itu juga berlaku ke atas jiran dan orang asing dalam cara yang sama.