Keluarga yang Tidak Berpecah Belah
Pada 16 Jun 1858, sebagai calon Parti Republikan yang baru dilantik ke Senat Amerika Syarikat yang berasal dari Illinois, Abraham Lincoln menyampaikan ucapannya yang termasyhur, “Keluarga yang Berpecah Belah”. Ucapan tersebut menggariskan tentang ketegangan yang wujud di antara beberapa kumpulan di Amerika mengenai isu perhambaan. Hal ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan kawan dan musuh Lincoln. Lincoln berasa ini amat penting untuk menggunakan tajuk “Keluarga yang Berpecah Belah” sebagai kiasan dalam ucapannya yang juga digunakan oleh Yesus dalam Matius 12:25 sebab ayat itu diketahui ramai dan senang untuk diluahkan. Lincoln menggunakan metafora tersebut “supaya ia akan memberikan kesan yang mendalam terhadap minda orang ramai dan membangkitkan mereka untuk menghadapi ancaman pada masa itu.”
Minta Saja!
Sorakan kegembiraan isteri saya, Shirley kedengaran dari tingkat bawah tanah rumah kami. Selama berjam-jam dia bergelut dengan satu projek surat berita, dan akhirnya dia bersedia untuk menyiapkannya. Oleh sebab dia risau dan tidak pasti bagaimana untuk meneruskan, dia berdoa memohon pertolongan Tuhan. Dia juga telah menghubungi rakan-rakan Facebook dan tidak lama kemudian projek tersebut telah disiapkan―atas usaha pasukan.
Dia Menyelami Hatiku
Setelah seorang pelanggan meletakkan barang-barang yang dibelinya di stesen pembayaran kendiri di sebuah kedai runcit, saya pun pergi ke stesen tersebut dan terus mengimbas barang-barang saya. Tanpa diduga, seorang yang kelihatan marah menghadapi saya. Saya tidak menyedari dia sebenarnya berada di barisan sebelum saya untuk membuat pembayaran. Apabila menyedari kesalahan saya, saya dengan ikhlas berkata, “Maafkan saya.” Namun dia menjawab, “Tidak, kamu tidak dimaafkan!”
Masa Gelap, Doa yang Berkuasa
“Saya mengharungi detik gelap.” Empat patah perkataan ini menggambarkan penderitaan jiwa seorang selebriti wanita popular semasa pandemik COVID-19. Penyesuaian kepada normal baharu merupakan sebahagian cabarannya, dan dalam kegawatan itu, dia mengaku bahawa dia bertarung dengan pemikiran bunuh diri. Sejak itu dia berusaha untuk keluar daripada lingkaran kemurungan itu, misalnya berkongsi pergelutannya dengan seorang kawan yang mengambil berat keadaannya.
Bergembira di Rumah Simon
Saya tidak dapat melupakan waktu saya melawat rumah Simon. Kami berjalan di bawah langit luas diterangi bintang berkilauan di Nyahururu, Kenya, menuju ke rumahnya yang sederhana untuk makan malam. Lantai beralaskan tanah dan cahaya tanglung mencerminkan kehidupan Simon yang serba kekurangan. Saya tidak ingat apa yang dihidangkan pada malam itu. Apa yang tidak boleh dilupakan adalah sukacita Simon bahawa kami merupakan tetamunya. Layanan Simon yang baik, lembut dan mesra adalah seperti Yesus—tidak mementingkan diri sendiri, menyentuh kehidupan, dan menggembirakan.
Berasa Berdebu
Ketika Warren menyebut bahawa dia “berasa berdebu” semasa perkumpulan pelayanan mingguan kami, bagi saya ilustrasi ini merupakan caranya untuk merujuk kepada cabaran fizikal yang berkaitan dengan usia tua dan keadaan badan yang tidak sihat. Pada tahun 2020, Warren dan isterinya yang berusia lewat 60-an telah pergi berjumpa doktor, menjalani pembedahan dan mengubahsuai rumah mereka untuk menempatkan alat perawatan di dalam rumah. Kedua-dua mereka semakin menghampiri akhir hayat. Mereka menyedari hakikat ini.
Tangan yang Selamat
Seperti tali yang terungkai , kehidupan seorang pastor dan pengarca, Doug Merkey ibarat benang yang putus. “Ibu aku tewas setelah sekian lama bergelut dengan barah; hubungan cinta jangka panjang aku berakhir; aku kehabisan wang; masa depan kerjaya aku menjadi suram ... Kegelapan emosi dan rohani di sekeliling aku dan dalam diri aku amat parah dan melemahkan, seolah-olah tiada jalan keluar,” tulisnya. Satu demi satu kejadian ini, tambahan ketika waktu tinggal di loteng yang sempit telah memberi dia inspirasi untuk membentuk arca The Hiding Place (Tempat Persembunyian). Arca itu menggambarkan tangan Kristus yang kuat dengan bekas paku, ditangkupkan sebagai tempat persembunyian.
Penyelesaian Tepat Pada Waktunya
Perasaan tersinggung antara Simon dan Geoffrey telah berlanjutan selama bertahun-tahun. Tindakan Simon untuk cuba memulihkan hubungan mereka ditolak berkali-kali. Setelah mendengar berita tentang kematian ibu Geoffrey, Simon bertolak ke kawasan pedalaman di Kenya untuk menghadiri upacara pengebumian itu. Simon mengimbas kembali pertemuan mereka: “Aku sama sekali tidak menjangka bagaimana semuanya akan berlaku, [tetapi] setelah upacara itu, kami meluahkan isi hati bersama dan mengadakan perbualan yang mesra. Kami berpelukan, menikmati masa bersama, berdoa dan merancang untuk bertemu lagi.” Kalaulah Simon dan Geoffrey dapat berdamai lebih awal, kesakitan yang berterusan itu boleh dielakkan.
Iman yang Berani
Selepas pesawat Prem Pradham (1924-1998) ditembak jatuh semasa Perang Dunia II, dia mengalami kecederaan ketika dia turun dengan menggunakan payung terjun. Akibatnya dia berjalan pincang seumur hidupnya. Dia pernah berkata, “Kakiku lumpuh. Bukankah itu aneh Tuhan memanggil aku memberitakan Injil di Pergunungan Himalaya?” Dia memberitakan Injil di Nepal dan mengalami tentangan hebat, termasuk dikurungkan di “penjara maut bawah tanah,” tempat yang dia diseksa dengan teruk. Dalam jangka masa 15 tahun, Prem menghabiskan 10 tahun di 14 penjara yang berbeza. Akan tetapi, sebagai saksi yang berani bagi Kristus, usahanya membuahkan hasil. Ramai orang mengalami perubahan hidup kerana Kristus, termasuk pegawai penjara dan banduan lain juga menyampaikan Injil tentang Yesus kepada bangsa mereka sendiri pada masa kemudian.