Penulis

Lihat semua
David C. McCasland

David C. McCasland

David McCasland mula menulis bagi Our Daily Bread pada tahun 1995. Dia juga bekerjasama dengan televisyen Day of Discovery untuk menghasilkan video yang menceritakan kisah-kisah orang Kristian yang memberikan inspirasi. Buku-bukunya, Oswald Chambers: Abandoned to God dan Eric Liddell: Pure Gold diterbitkan oleh Discovery House Publishers. David dan isterinya, Luann tinggal di Colorado Springs, Colorado. Mereka mempunyai empat orang anak perempuan dan enam orang anak cucu.

Artikel oleh David C. McCasland

Firman-Nya Perkataan Terakhir

Dawson Trotman, seorang pemimpin Kristian yang dinamik pada pertengahan abad ke-20 dan pengasas organisasi Kristian “The Navigators” menekankan kepentingan Alkitab dalam kehidupan setiap Kristian. Setiap hari Trotman mengakhiri harinya dengan mengamalkan apa yang dipanggilnya, “Firman-Nya Perkataan Terakhir.” Sebelum tidur, dia akan merenungkan dan menghafal ayat atau petikan Alkitab, kemudian berdoa untuk peranan dan pengaruh firman tersebut dalam hidupnya. Dia mahu supaya firman Tuhan adalah perkataan terakhir yang difikirkannya setiap hari.

Jemputan Terbaik

Dalam satu minggu baru-baru ini, saya telah menerima beberapa surat jemputan. Antaranya ialah seminar “percuma” tentang persaraan, harta tanah, dan insurans kehidupan, dan saya terus membuang semuanya. Namun saya memberi jawapan, “Ya, saya setuju” dengan segera bagi satu jemputan untuk menghadiri perjumpaan kawan lama. Jemputan + Keinginan = Penerimaan.

Berlari dan Rehat

Tajuk utama ini menarik perhatian saya: “Rehat Adalah Penting Bagi Pelari.” Dalam artikel Tommy Manning, seorang bekas ahli Pasukan Larian Gunung Amerika Syarikat, dia menekankan prinsip yang selalu tidak dihiraukan oleh kebanyakan atlet—badan kita memerlukan masa untuk berehat dan bertenaga semula selepas latihan. “Dari segi fisiologi, perubahan dalam badan hasil daripada latihan hanya akan berlaku semasa waktu rehat,” Manning menulis. “Ini bermakna waktu rehat adalah sama penting dengan waktu latihan.”

Orang Lain Diutamakan

Dalam sesetengah budaya, seorang yang lebih muda harus memberi laluan kepada orang yang lebih tua sebelum memasuki sebuah bilik. Ada pula budaya yang memberi keutamaan kepada mereka yang paling penting atau berpangkat tinggi. Tidak kira apa pun tradisi kita, ada masanya kita berasa susah untuk memberi keutamaan kepada orang lain terlebih dahulu dalam hal-hal penting, terutamanya apabila kita yang sebenarnya memiliki hak itu.

Kecemasan!

Isyarat kecemasan antarabangsa “Mayday” (Kecemasan) sentiasa diulangi sebanyak tiga kali—“Mayday-Mayday-Mayday”—agar suatu situasi diketahui dengan segera sebagai kecemasan yang menggugat nyawa. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh Frederick Stanley Mockford pada tahun 1923, seorang pegawai radio senior di Lapangan Terbang Croydon, London. Lapangan terbang yang kini sudah ditutup ini pernah mempunyai banyak penerbangan pergi balik dari Lapangan Terbang Le Bourget di Paris. Menurut Muzium Kelautan Negara di England, Frederick mencipta perkataan tersebut daripada perkataan Perancis m’aidez, yang bermaksud “tolong saya.”

Seorang Daripada Kami

Dalam majlis pengebumian Charles Schulz (1922-2000), pengasas komik Peanuts yang digemari ramai, kawan dan rakan kartunisnya yang bernama Cathy Guisewite berkongsi tentang sifat Schulz yang berperikemanusiaan dan berbelas kasihan. “Dia merekakan watak-watak dalam komiknya untuk semua orang, yang dapat menonjolkan perasaan kita dengan tepat supaya perasaan kita difahami dan kita tidak berasa keseorangan. Kemudian dia menghasilkan watak komik yang berdasarkan dia sendiri, dan menjadikan kita tidak pernah berasa keseorangan ... Dia mendorong kita. Dia turut bersimpati dengan kita. Watak-watak ini menjadikan dia seolah-olah serupa dengan kita.”

Sepenuh Hati!

Kaleb adalah seorang yang “sepenuh hati”. Dia dan Yosua menjadi pengintip bersama 10 orang yang lain. Mereka menjelajah Tanah Perjanjian dan memberikan laporan kepada Musa dan orang Israel. Kaleb berkata, “Kita harus melancarkan serangan dan merebut tanah itu sekarang juga. Kita cukup kuat untuk menaklukkannya” (Bilangan 13:30). Tetapi 10 ahli kumpulan itu berkata bahawa mereka tidak mungkin berjaya. Walaupun Tuhan sudah menjanjikan kemenangan mereka, mereka hanya melihat halangan (ayat 31–33).

Injil Yang Tersebar Luas

Projek Teks Sebaran di Universiti Northeastern di Boston, Amerika Syarikat mengkaji bagaimana kandungan yang dicetak pada tahun 1800-an tersebar menerusi surat khabar—jaringan media sosial pada ketika itu. Jika sebuah artikel dicetak kembali 50 kali atau lebih, mereka menganggapnya “tersebar luas” pada zaman industri itu. Britt Peterson yang merupakan penulis dalam majalah Smithsonian mencatat bahawa sebuah artikel akhbar kurun ke-19 menggambarkan para pengikut Yesus yang dihukum mati kerana iman mereka, telah dipaparkan dalam lebih kurang 110 penerbitan yang berlainan.

Pemungut Sampah Yang Terpintar

Noah Purifoy telah memulakan kerjanya sebagai seorang artis “penghimpun” dengan tiga tan reruntuhan yang dikumpulkan akibat rusuhan pada tahun 1965 di kawasan Watts, Los Angeles. Barang-barang itu termasuklah roda-roda basikal yang rosak , bola-bola bowling, tayar buangan serta set-set TV yang remuk—barang-barang yang tidak berguna lagi—dia dan seorang rakan sekerjanya mencipta arca tentang orang yang diperlakukan sebagai “buangan” dalam masyarakat moden. Seorang wartawan meng-gelar Purifoy sebagai “Pemungut Sampah Yang Terpintar.”