Mendengar Suara-Nya
Bapa saya pernah berkata, “Sebelah telinga saya pekak dan sebelah lagi tertutup”. Saya juga menghadapi gangguan pendengaran, jadi saya memakai satu set alat bantu pendengaran.
Menjadi Seperti Bapa Saya
Kasut koboi bapa saya yang berdebu dan bertumit tinggi, kini terletak di lantai bilik pengajian saya, dan mengingati saya setiap hari tentang sifat orangnya.Selain itu, dia membesarkan dan melatih kuda yang khas untuk pertandingan—melatih kuda-kuda yang bergerak pantas. Saya suka melihat dia bekerja, berasa kagum bahawa dia boleh mengekalkan kedudukannya dengan duduk bercelapak di atas kuda.
Tempat Sebenar Hati
Kami mempunyai seekor anjing baka West Highland Terrier (Terrier Tanah Tinggi Barat) untuk beberapa tahun. Jenis anjing kecil ini amat kuat, dilahirkan khas untuk mengorek lubang terowong dan menyerang ‘musuh’ dalam sarang. Walaupun anjing kami, Westie jauh daripada baka asalnya, tetapi nalurinya masih dikekalkan. Pada satu ketika, anjing kami mempunyai obsesi tentang seekor “makhluk” di bawah batu di belakang rumah kami. Tiada yang dapat melarangnya. Westie terus mengali tanah sehingga satu lubang sedalam beberapa kaki terbentuk di bawah batu itu.
Mengambil Nombor Giliran
Kami mempunyai sebatang pokok ceri yang sangat tua di belakang rumah kami yang dahulunya dalam keadaan baik, tetapi sekarang kelihatan hampir mati. Jadi saya memanggil seorang pakar tumbuhan. Dia memeriksa pokok itu dan mengesahkan bahawa pokok tersebut “berada di bawah tekanan besar” dan memerlukan perhatian segera. “Ambillah nombor giliran, beratur di belakang saya”, isteri saya, Carolyn, menggumam pada pokok itu lalu pergi, ini kerana masa itu Carolyn sedang menghadapi tekanan besar.
Menjaga Ciptaan Tuhan
Musim luruh merupakan musim bertelur bagi ikan trout yang berwarna perang di Sungai Owyhee. Anda boleh melihat ikan-ikan itu menggali tanah di dasar sungai membuat lubang untuk sarang di kawasan sungai yang cetek dan berkerikil.
Melihat Tuhan
Penulis dan pastor Erwin Lutzer menceritakan suatu kisah tentang juruacara televisyen, Art Linkletter dan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang melakar wajah Tuhan. Kerana berasa hairan, Linkletter berkata “Kamu tidak dapat melukis Tuhan kerana tiada siapa yang tahu bentuk rupa-Nya”.
Memberikan Perhatian
John Newton menulis, “Jikalau, ketika saya pulang ke rumah, seorang kanak-kanak tercicir setengah peni, dan jikalau dengan memberikannya setengah peni akan menghapuskan air matanya, maka saya rasa bahawa saya telah melakukan perkara baik. Saya seharusnya berasa bangga kerana dapat melakukan perkara yang lebih besar; tetapi saya tidak akan mengetepikan perkara kecil ini.
Ciptaan Asli
Setiap kita merupakan ciptaan asli tangan Allah. Tiada seorang pun lelaki atau perempuan yang mencipta dirinya sendiri. Tiada seorang pun yang memperoleh bakat ataupun kecerdikan disebabkan oleh dirinya sendiri. Kita diciptakan oleh Tuhan sendiri. Dia mempedulikan kita serta membentuk kita berdasarkan kasih-Nya yang tidak terkata.
Wajah Bapa Kita
Saya masih ingat akan wajah bapa saya. Ini amat sukar untuk membaca perangai daripada air muka. Dia merupakan seorang yang baik dan tabah, tetapi bersikap tertutup. Semasa kecil, saya selalu melihat wajahnya, ingin mencari senyuman atau ekspresi kasih sayangnya yang lain. Wajah kita memberitahukan siapa kita. Dahi yang berkerut, pandangan yang muram, senyuman, dan mata berkedut mendedahkan perasaan kita terhadap orang lain. Wajah kita adalah “cerita” kita.