Penulis

Lihat semua
John Blase

John Blase

John ialah pengkhutbah lebih daripada 10 tahun tetapi dia membuat keputusan untuk mula menulis dan menjual sajaknya. Pada waktu siang dia bekerja sebagai editor perkembangan bagi WaterBrook & Multnomah Publishers di Colorado Springs, Colorado. Walaupun dia tinggal di kawasan Barat, dia tetap orang yang berjiwa Selatan. Buku-buku yang ditulisnya termasuk: The Jubilee: Poems; Know When to Hold ’Em: The High Stakes Game of Fatherhood; Touching Wonder: Recapturing the Awe of Christmas; dan All Is Grace: A Ragamuffin Memoir. Dia berkata dia orang yang bahagia kerana memiliki seorang isteri yang cantik dan tiga orang anak yang menyerupai ibu mereka.

Artikel oleh John Blase

Anggota Tubuh yang Kecil

Apabila menghadiri mana-mana pertandingan rodeo yang melibatkan kemahiran menunggang atau menali lembu, anda akan melihat—beberapa koboi yang ada ketulan pada ibu jari mereka. Ini adalah kecederaan biasa dalam sukan tersebut—seutas tali akan diikat pada ibu jari koboi, dan hujung tali itu diikat pada seekor lembu kasi yang bersaiz sederhana, akibatnya ibu jari koboi akan selalu tercedera. Ini bukan kecederaan yang parah, tetapi ketiadaan ibu jari membawa kesan yang besar. Bayangkan jika tiada ibu jari, cubalah memberus gigi, membutangkan sehelai baju, menyikat rambut, mengikat tali kasut atau makan. Anggota tubuh anda yang nampaknya kecil memainkan peranan penting.

Kita Cuma Debu

Bapa muda itu tidak dapat bersabar lagi. Anak kecilnya menjerit, “Aiskrim! Aiskrim!”. Suasana tegang di tengah-tengah pusat membeli-belah yang sesak mula menarik perhatian para pengunjung di sekitarnya. “Baiklah, tapi kita perlu melakukan sesuatu untuk emak dulu, okey?” kata si ayah. “Tidakkkkk! Saya nak aiskrim!” Kemudian seorang wanita berbadan kecil yang berpakaian cantik dengan kasut yang sepadan dengan warna beg tangannya mendekati mereka: “Dia buat perangai,” kata ayah itu. Wanita itu tersenyum dan berkata, “Jangan lupa dia masih sangat kecil dan belum pandai mengawal perasaan. Dia perlukan kamu untuk bersabar dan menemaninya.” Situasi itu tidak bertambah baik dengan serta-merta. Kedua-dua mereka memerlukan masa untuk bertenang pada masa itu.

Hidup Sepenuhnya

Pada tahun 1918, semasa penghujung Perang Dunia yang Pertama, Jurugambar Eric Enstrom, sedang menyusun sebuah portfolio pekerjaannya. Dia mahu menyertakan sekeping gambar yang dapat menyatakan rasa kepuasan yang melimpah pada zaman orang berasa kekosongan. Gambar yang menjadi kegemaran orang ramai ini mengandungi seorang lelaki berjanggut kelihatan duduk di meja dengan kepala tertunduk dan kedua-dua tangannya terkunci dalam doa. Di atas meja terdapat sebuah buku, kaca mata, semangkuk bubur, sebuku roti dan sebilah pisau.

Gaya Hidup Memuji Tuhan

Ibu Wallace Stegner meninggal pada umur 50 tahun. Sewaktu dia berumur 80 tahun, dia akhirnya menulis satu nota kepada ibunya—“Surat Sangat Terlambat” yang kandungannya berisi kata-kata pujian Wallace terhadap kebaikan seorang wanita yang telah membesar, berkahwin dan menjaga dua orang anak lelaki dalam keadaan yang sukar pada awal zaman di Barat Amerika Syarikat. Dia merupakan seorang isteri dan ibu yang sering memberi galakan, termasuklah mereka yang dihina oleh orang lain. Wallace mengingati kekuatan ibunya yang dinyatakan melalui suaranya. Stegner menulis, “Ibu tidak pernah melepaskan peluang untuk menyanyi.” Sepanjang hidupnya, ibu Stegner selalu menyanyi untuk Tuhan, bersyukur atas berkat-berkat yang besar dan kecil.

Jangan Lupakan Pemberi

Sebelum hari Krismas, memandangkan anak-anaknya sukar untuk bersyukur, seorang ibu menginginkan anak-anaknya mempelajari kesyukuran. Maka dia membubuh reben merah pada suis lampu, rak makanan dan pintu peti sejuk, mesin basuh dan pengering, serta kepala paip di seluruh rumahnya. Di tepi setiap reben merah dilekatkan nota tulisan tangan: “Kita mudah mengabaikan hadiah-hadiah yang dikurniakan Tuhan. Jadi ibu meletakkan reben merah pada hadiah-hadiah itu. Dia sangat baik terhadap keluarga kita. Janganlah kita lupakan siapa pemberi hadiah-hadiah ini.”

Harta Istimewa Tuhan

Bayangkan bilik takhta yang besar. Di atas takhta itu duduknya seorang raja yang agung. Dia dikelilingi oleh semua hamba, masing-masing dengan perilaku yang terbaik. Sekarang bayangkan sebuah kotak yang terletak di kaki raja. Dari semasa ke semasa, raja memasukkan tangannya ke dalam kotak dan membalik-balik kandungannya. Apakah yang ada di dalam kotak? Barang kemas, emas, dan batu permata kegemaran raja. Kotak ini mengandungi harta raja, koleksi yang memberikan kegembiraan besar kepadanya. Bolehkah anda membayangkan itu?

Mencari Kehidupan yang Tenang

“Anda ingin menjadi apa apabila dewasa nanti?” Kesemua kita pernah mendengar pertanyaan itu pada zaman kanak-kanak dan kadangkala juga ketika sudah dewasa. Pertanyaan itu timbul dengan rasa ingin tahu, dan jawapannya sering didengar sebagai petunjuk kepada cita-cita seseorang. Jawapan saya berubah selama bertahun-tahun ini, mula-mulanya saya ingin menjadi seorang koboi, kemudian seorang pemandu trak, diikuti seorang askar, dan saya memasuki universiti untuk menjadi seorang doktor. Bagaimanapun, saya tidak dapat mengingat sekali pun ada orang mencadangkan atau saya betul-betul berfikir untuk mengejar “kehidupan yang tenang.”

Percayalah Pakaian Perang Anda

Semasa saya mula menulis, saya sering tidak yakin diri ketika berada dalam bengkel penulisan. Saya akan memandang sekeliling dan melihat bilik yang dipenuhi dengan penulis-penulis lain yang terkenal—orang yang mempunyai latihan formal atau pengalaman selama bertahun-tahun. Saya tidak memiliki kedua-duanya. Tetapi saya amat mahir dalam bahasa, nada dan irama Alkitab versi King James. Itulah seumpama pakaian perang saya. Jadi saya menggunakan pengetahuan ini untuk membentuk suara dan gaya penulisan saya, dan ini telah menjadi kegembiraan saya, dan saya berharap orang lain juga boleh mengalami kegembiraan ini.

Kesudahan Kita

Namanya ialah Saralyn, dan saya meminati dia sewaktu di bangku sekolah. Dia memiliki gelak ketawa yang sangat menyenangkan. Saya tidak pasti jika dia sedar secara diam-diam bahawa saya meminati dia, tetapi saya mengesyaki bahawa dia tahu. Selepas tamat sekolah, saya kehilangan beritanya. Kami pun menjalani haluan hidup masing-masing.