Maksud Sesuatu Nama
Tepat pada masa Tuhan, anak kami Kofi telah lahir pada hari Jumaat, itulah maksud namanya—anak lelaki yang lahir pada hari Jumaat. Kami memberikan nama itu sempena nama rakan kami dari Ghana, seorang pastor yang baru kehilangan satu-satu anak lelakinya. Dia selalu berdoa untuk Kofi. Kami amat berterima kasih kepadanya.
Kesilapan Peramal Cuaca
Pada tengah hari 21 September 1938, seorang ahli meteorologi muda, Charles Pierce memberi amaran kepada Jabatan Kaji Cuaca Amerika Syarikat tentang dua taufan yang akan beralih ke bahagian utara lalu mengarah ke New England. Akan tetapi ketua peramal cuaca mencemuh ramalan Charles Pierce. Malah berfikir bahawa ribut tropika tidak akan menyerang bahagian utara yang begitu jauh.
Wayar Hidup
“Saya seolah-olah telah tersentuh wayar hidup,” kata Profesor Holly Ordway, sewaktu menggambarkan reaksinya terhadap sajak John Donne yang hebat dan agung, Holy Sonnet 14 (Soneta Suci 14 Baris). Sesuatu yang ajaib berlaku dalam sajak ini, fikirnya. Saya tertanya-tanya apa itu. Ordway mengisahkan bahawa dia ialah seorang ateis pada suatu ketika, menyedari bahawa kuasa luar biasa mungkin wujud. Akhirnya dia mempercayai bahawa Kristus yang sudah bangkit mempunyai kuasa untuk mengubah hidup.
Ratapan Mercy
Bapanya menyalahkan ilmu sihir sebagai penyebab ke atas penyakitnya. Sebenarnya penyakit tersebut ialah AIDS. Setelah dia meninggal dunia, Mercy, anak perempuannya yang berumur 10 tahun, menjadi lebih rapat dengan ibunya. Tetapi ibunya juga sakit, dan 3 tahun kemudian dia meninggal dunia. Sejak itu, kakak Mercy yang menjaga dan membesarkan lima orang adik-beradik. Masa itulah Mercy mula menulis jurnal mengenai kepedihan hatinya yang amat dalam.
Seratus Tahun Akan Datang
“Saya hanya mahu orang lain mengingati saya selama seratus tahun dari sekarang,” kata penulis skrip lakon layar Rod Sterling pada tahun 1975. Sebagai pereka siri TV The Twilight Zone, Sterling mahu dirinya dikatakan sebagai “Dia seorang penulis”. Kebanyakan kita mempunyai keinginan yang sama seperti Sterling untuk meninggalkan warisan, iaitu sesuatu yang dapat membawa makna dan nilai kekekalan.
Di Sebalik Kasih
Rumah penginapan Roma pada zaman Kristus memiliki reputasi yang sangat buruk sehingga para guru agama pun tidak membenarkan orang menghantar ternakan di situ. Dalam keadaan yang buruk itu, orang Kristian yang mengembara biasanya mencari orang percaya lain untuk mendapatkan penginapan.
Lava di Syurga
Seorang ayah ySegalanya menjadi senyap, hanya lava yang masih meletus keluar secara perlahan-lahan sehingga ke pinggir hutan tropika. Penduduk di situ berdiri dengan suram namun berasa terkagum. Kebanyakan hari mereka menamakannya “syurga”. Bagaimanapun pada hari ini, rekahan gunung berapi di daerah Puna Hawaii mengingatkan semua orang bahawa Tuhan membentuk pulau-pulau ini melalui kuasa gunung berapi yang tidak dapat dijinakkan.
Sentuhan yang Ajaib
Ini hanya suatu sentuhan, tetapi itu cukup membuat semuanya berbeza bagi Colin. Ketika pasukan kecilnya sedang mempersiapkan diri untuk melakukan kerja amal di sebuah wilayah yang terkenal dengan menentang orang yang percaya kepada Yesus, tahap tekanannya mula meningkat. Apabila dia berkongsi kebimbangannya dengan seorang rakan sepasukannya, kawannya meletakkan tangan di bahunya, dan berkongsi beberapa kata-kata dorongan kepadanya. Colin kini mengimbas kembali sentuhan sederhana itu sebagai titik perubahan, satu peringatan yang penuh kuasa tentang kebenaran sederhana bahawa Tuhan menyertainya.
Hati Tuhan bagi Orang Munafik
“Saya sangat kecewa jika salah seorang ahli pasukan kami melakukannya,” kata seorang pemain kriket, merujuk kepada seorang pemain kriket Afrika Selatan yang menipu dalam perlawanan tahun 2016. Namun dua tahun kemudian, pemain itu ditangkap dalam skandal yang hampir sama.