Category  |  Pedoman Harian

Sedia untuk Bermurah Hati

Upacara peringatan untuk mendiang bapa saudara kepada datuk saya menampilkan hidangan daging lembu panggang, jagung, dan kekacang sebagai penghormatan kepada sikap ramah yang telah diamalkan olehnya dan isterinya selama bertahun-tahun. Setiap pagi Ahad, mereka akan memasukkan daging panggang dan sayur-sayuran ke dalam periuk perlahan sebelum pergi ke gereja. Selepas kebaktian, mereka akan mencari seseorang untuk dijemput makan tengah hari. Kadang-kadang yang dijemput ialah sahabat baik, kadang-kadang seorang yang tidak dikenali. Walau siapa pun yang bakal dijemput, mereka memastikan makanan di rumah sentiasa mencukupi, dan petang Ahad dikhaskan sepenuhnya untuk melayan tetamu dengan baik.

Anugerah Doa

Dengan langkah lesu, saya melangkah ke kedai alat tulis untuk membeli kad ucapan Selamat Hari Bapa. Saya cuba berdamai dengan ayah saya selama bertahun-tahun ini, meskipun pernah disakiti ketika kecil, sebelum dan selepas meninggalkan rumah pada usia 15 tahun—semua itu melalui doa. Sedihnya, puluhan tahun kemudian, rasa akrab dengan ayah masih sukar dirasai, jauh daripada gambaran dalam kad-kad yang memuji ayah sebagai yang “terbaik”. Maka, ketika berdiri di bahagian kad di kedai itu, saya berdoa kepada Tuhan untuk ayah saya sebagai cara untuk menghormati Bapa saya yang di syurga.

Menerima daripada Tuhan

Dalam buku Think and Grow Rich yang diterbitkan pada tahun 1937, penulis Napoleon Hill berkata, “Apa sahaja yang dapat dibayangkan dan dipercayai oleh fikiranmu, itulah yang mampu kamu capai.” Kata-kata ini melambangkan Impian Amerika: Jika seseorang bekerja keras, dia boleh mencapai bahkan impian yang paling besar sekalipun.

Jalan Kehidupan

George Washington Carver dilahirkan sebagai seorang hamba pada tahun 1860-an. Dia sering sakit sewaktu masih bayi, maka dia dijual kepada seorang pemilik hamba dengan harga seekor kuda. Ketika remaja, dia ternampak pembunuhan seorang lelaki berkulit hitam oleh sekumpulan orang berkulit putih. Walaupun begitu, George cemerlang dalam pelajaran, tetapi apabila dia memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Highland di Kansas, permohonannya ditolak sebab warna kulitnya. Namun dalam semua dugaan itu, pemuda ini tetap mengekalkan iman yang mendalam kepada Tuhan. Ayat Alkitab yang menjadi pegangan hidupnya ialah Amsal 3:6: “Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.”