Category  |  Pedoman Harian

Pemilik atau Pengurus? 

“Saya ini pemilik atau pengurus?” Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berbilion-bilion ringgit bertanyakan soalan itu kepada dirinya sendiri, sambil mempertimbangkan kebajikan untuk keluarganya. Oleh sebab dia bimbang godaan boleh sahaja datang dengan adanya kekayaan yang banyak, maka dia tidak mahu membebankan pewarisnya dengan cabaran itu. Oleh itu, dia melepaskan pemilikan syarikatnya dan meletakkan 100 peratus saham mengundi dalam tabung amanah. Dia menyedari bahawa segala kepunyaannya ialah milik Tuhan, dan ini membantu dia membuat keputusan untuk membenarkan keluarganya mencari nafkah dengan bekerja, di samping itu menggunakan keuntungan masa depan untuk membiayai pelayanan Kristian.

Mahupun kitab Imamat

Topik pembelajaran Alkitab hari itu ialah kitab Imamat, dan saya perlu mengaku. “Saya melangkau banyak bacaan di dalamnya,” saya memberitahu ahli-ahli kumpulan yang lain. “Saya tidak mahu membaca tentang penyakit kulit lagi.”

“Tolonglah Aku yang Kurang Percaya!”

“Di manakah Imanku?—bahkan di lubuk hatiku pun tiada apa-apa selain kekosongan & kegelapan … Jika Tuhan betul-betul hadir—ampunilah aku.”

Apabila Yesus Berhenti

Selama berhari-hari, seekor kucing yang sakit telah menangis dan mengerekot dalam kotak berhampiran tempat kerja saya. Ramai orang yang melewati tempat itu tidak menyedari bahawa seekor kucing telah ditinggalkan di tepi jalan—sehingga seseorang yang bernama Jun datang. Penyapu jalan itu membawa haiwan itu pulang ke rumahnya, yang dia tinggal bersama dua ekor anjing, yang juga merupakan anjing jalanan sebelum ini.

Tidur yang Lena

Kenangan buruk dan tuduhan menghantui fikiran Sal. Dia tidak dapat tidur kerana ketakutan memenuhi hatinya dan peluh membasahi kulitnya. Malam itu merupakan malam sebelum pembaptisannya, dan dia asyik terganggu oleh pemikiran yang negatif. Sal telah menerima keselamatan Yesus dan tahu bahawa dosa-dosanya telah diampuni, tetapi peperangan rohani berterusan. Kemudian isterinya memegang tangannya dan berdoa untuknya. Beberapa lama kemudian, kedamaian menggantikan rasa takut di hati Sal. Dia bangun dan menuliskan kata-kata yang dia akan berkongsi sebelum dia dibaptis—sesuatu yang tidak mampu dilakukannya sebelum ini. Selepas itu, dia pun tidur dengan lena.

Bukan tuah, tetapi disebabkan Kristus

Majalah Discover mencadangkan bahawa ada lebih kurang 700 kuintilion (angka 7 diikuti oleh 20 angka sifar) planet di alam semesta, tetapi hanya ada satu seperti Bumi. Ahli astrofizik iaitu Erik Zackrisson berkata bahawa salah satu keperluan bagi sebuah planet untuk menyokong kehidupan adalah planet ini mampu mengorbit dalam zon “Goldilocks”, tempat yang suhunya amat sesuai, dan ada air. Antara 700 kuintilion planet ini, hanya Bumi satu-satunya planet mempunyai persekitarannya yang amat sesuai. Zackrisson membuat kesimpulan bahawa Bumi entah bagaimana telah dibentuk oleh “tangan yang agak bertuah.”

Lebih Baik Bersama

Søren Solkær menghabiskan masa bertahun-tahun mengambil gambar burung perling terbang dalam formasi yang cukup menakjubkan: ratusan ribu ekor burung perling terbang seolah-olah bendalir mengalir melintasi langit. Menonton keajaiban ini adalah seperti duduk di bawah ombak yang terancang atau jalinan corak yang terbentuknya daripada coret besar yang berwarna hitam. Di Denmark, mereka memanggil pemandangan ini sebagai Matahari Hitam (juga merupakan tajuk buku fotografi Solkær). Yang paling mengagumkan ialah burung perling yang didorong oleh naluri akan terbang bersamaan dalam jarak yang begitu rapat, sehingga jika ada yang terlepas satu rentak, yang lain akan mengalami malapetaka besar-besaran. Bagaimanapun, burung perling menggunakan formasi terbang ini yang disebut murmuration untuk melindungi satu sama lain. Apabila burung helang turun dalam kalangan burung perling, makhluk-makhluk kecil ini akan memasuki formasi yang ketat dan bergerak secara beramai-ramai untuk mengalahkan pemangsa, yang mahir menyambar mangsa yang bersendirian dengan mudah.

Mengalu-alukan Orang Asing

Dalam buku Daniel Nayeri yang berjudul, Everything Sad Is Untrue, dia menceritakan kisahnya yang mengganggu perasaan ketika dia, ibu dan kakaknya melarikan diri daripada penganiayaan, lalu dihantar ke kem pelarian, akhirnya tiba dengan selamat di Amerika Syarikat. Sepasang warga emas bersetuju untuk menaja mereka, walaupun mereka tidak mengenali mereka. Bertahun-tahun kemudian, Daniel masih tidak dapat memahaminya. Dia menulis, “Percayakah anda akan hal itu? Mereka melakukannya tanpa mengetahui apa-apa. Mereka tidak pernah berjumpa dengan kami. Jika kami berniat jahat, mereka perlu menanggung akibat. Pasangan tua itu merupakan orang yang amat berani, baik dan rela mengambil risiko”.

Berjalan dalam Kasut Yesus

Apakah rasanya berjalan dengan memakai kasut diraja? Angela Kelly, iaitu anak kepada seorang pekerja dok dan jururawat, tahu perasaan itu. Dia juga merupakan jurusolek rasmi untuk mendiang Ratu Elizabeth selama dua dekad terakhir kehidupan ratu tersebut. Salah satu tanggungjawabnya ialah mencuba kasut baharu bagi ratu yang sudah tua, lalu memakainya dan berjalan di sekitar kawasan istana. Kelly berbuat demikian kerana dia berasa kasihan kepada ratu yang tua, malah kadang-kadang dikehendaki berdiri untuk tempoh yang lama dalam upacara tertentu. Ini kerana mereka mempunyai saiz kasut yang sama, Kelly dapat menghindarkan ratu daripada mengalami ketidakselesaan.