Yang Terbaik Belum Tiba
Dalam keluarga kami, bulan Mac bukan sahaja merujuk kepada akhir musim sejuk. Bulan ini bermaksud bahawa ekstravaganza akan bola keranjang di universiti yang dipanggil sebagai “Kegilaan Mac” sudah tiba. Sebagai peminat yang setia, kami menonton perlawanan dan memberi sokongan kuat kepada pasukan kegemaran kami. Sekiranya kami menghadiri perlawanan dengan lebih awal, kami berpeluang untuk mendengar penyiar melaporkan perlawanan yang akan datang dan melihat para pemain melakukan latihan gerakan memanaskan badan dan menjaringkan bola sebelum perlawanan bermula.
Cahaya Matahari Yang Secukupnya
Saya sepatutnya tahu akibatnya, tetapi saya masih mencuba. Arahan pada label adalah jelas: “Cahaya matahari yang secukupnya diperlukan.” Halaman kami banyak ditutupi. Ia tidak sesuai untuk tanaman yang memerlukan cahaya matahari yang secukupnya. Namun saya gemar tumbuhan itu. Saya suka warna, bentuk-bentuk daun, saiz dan harumannya. Maka saya membeli dan membawanya kembali ke rumah, menanam dan menjaganya dengan baik. Bagaimanapun, tanaman ini tidak begitu gembira di rumah saya. Penjagaan dan perhatian adalah tidak cukup. Ia memerlukan cahaya matahari yang saya tidak dapat bekalkan. Saya fikir saya boleh memberi-kannya penjagaan yang lain untuk mengganti ketidakcukupan cahaya matahari. Namun cara ini tidak berkesan. Tanaman mempunyai keperluan sendiri.
Apabila Air Menjadi Wain
Mengapakah Yesus datang ke bumi sebelum penciptaan fotografi dan video? Bukankah Dia akan menjangkau lebih ramai orang jika setiap orang dapat melihat-Nya? Lagipun, sekeping gambar menyampaikan lebih banyak maklumat daripada seribu perkataan.
Tidak Lagi Mengabaikan
Saya tidak tahu bagaimana orang ini mencari saya, tetapi saya kerap menerima semakin banyak risalah dalam peti surat yang menjemput saya menghadiri akitiviti-aktiviti mereka supaya mereka dapat mengajar saya tentang manfaat-manfaat setelah bersara. Beberapa tahun yang lalu, saya sudah mula menerima jemputan-jemputan untuk menyertai organisasi yang berfungsi untuk pihak pesara. Kesemua peringatan ini berfungsi untuk mengatakan: “Kamu semakin tua. Bersiaplah sedia!”
Berpaling Daripada Godaan
Apabila bapa saya menjadi Kristian pada umur yang lanjut, dia mengagumkan saya dengan rancangannya untuk mengatasi cubaan. Kadangkala dia terus meninggalkannya! Sebagai contoh, apabila dia mempunyai percanggahan pendapat dengan jirannya dan akhirnya mereka mula bergaduh, bapa saya terus meninggalkan tempat itu untuk sementara supaya tidak dicubai untuk meneruskan pergaduhan itu.
Pengulangan Yang Positif
Seorang wartawan mempunyai tabiat yang aneh—dia tidak memakai pen biru. Maka apabila rakan sekerja bertanya kepadanya jika dia ingin membeli sebarang benda, dia meminta rakan itu membelikannya pen. “Tetapi saya tidak mahu pen biru,” katanya. “Saya tidak memakai pen biru. Saya tidak suka biru. Biru adalah warna yang seakan-akan terlalu berat bagi saya. Oleh itu, sila belikan saya 12 batang pen mata bulat—sebarang warna kecuali warna biru!” Pada keesokan hari, rakan sekerja itu memberikannya pen itu—kesemua pen itu adalah pen berdakwat biru. Rakan sekerja itu pun menerangkan, “Kamu asyik menyebut tentang ‘biru, biru.’ Itulah perkataan yang meninggalkan tanggapan yang mendalam!” Pengulangan kata-kata wartawan itu menimbulkan satu kesan, tetapi tidak mendatangkan hasil yang diinginkannya.
Amat Dikasihi
Beberapa tahun yang lalu, pejabat saya terletak di Boston, Amerika Syarikat yang menghadap ke Tanah Perkuburan Granary, tempat perkuburan bagi ramai pahlawan Amerika yang terkenal. Antaranya ialah John Hancock dan Samuel Adams, dua penanda tangan bagi Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, dan tidak jauh daripada kubur mereka ialah kubur Paul Revere, seorang patriot sewaktu Revolusi Amerika.
Pandang Ke Atas
Sebuah artikel dalam jurnal Surgical Technology International (Teknologi Pembedahan Antarabangsa) melaporkan, orang yang melihat telefon pintar dengan menunduk kepala ke hadapan sama dengan menggantungkan sesuatu benda yang seberat 27.2 kg pada leher anda. Apabila kita menganggap bahawa berjuta-juta orang di seluruh dunia ini menggunakan rata-rata 2-4 jam saban hari untuk membaca dan menjawab pesanan ringkas. Akibatnya, kesakitan pada leher dan tulang belakang telah menjadi masalah kesihatan badan yang semakin meningkat.
Ruang Peribadi Saya
Seorang siswazah yang telah menamatkan pengajian reka bentuk dalam perindustrian di universiti Singapura dicabar dalam satu bengkel. Dia harus memikirkan satu penyelesaian yang baharu bagi masalah yang biasa kita hadapi dengan menggunakan alat-alat yang sederhana. Maka dia mencipta sejenis rompi untuk melindungi ruang peribadi seseorang daripada diganggu apabila menaiki kereta api dan bas yang sesak. Rompi ini yang dilitupi dengan pepaku plastik yang panjang dan mudah lentur, malah biasanya digunakan untuk menghalau burung dan kucing daripada tanaman.