Pelindung Agung Kita
Di bawah pimpinan Nehemia, orang Israel membina semula tembok di sekeliling bandar Yerusalem. Ketika tembok itu hampir separuh siap, mereka mendengar khabar bahawa musuh mereka sedang merancang untuk menyerang Yerusalem. Khabar ini melemahkan semangat para pekerja yang sudah berasa sangat penat.
Teruskan!
Richard memerlukan dorongan, dan dia mendapatnya. Dia sedang memanjat permukaan batu (rock climbing) dengan sahabatnya Kevin mengawal tali panjat dan memastikan tali itu dipasang dengan kuat. Dengan perasaan sangat penat serta keinginan untuk berhenti, Richard meminta Kevin agar menurunkannya ke tanah. Namun Kevin mendorong Richard untuk meneruskan kerana segala usahanya sampai setakat ini akan menjadi sia-sia jika dia berhenti. Ketika tergantung di udara, Richard membuat keputusan untuk terus mencuba. Akhirnya dengan menakjubkan, Richard berjaya berpaut semula pada batu dan menamatkan pemanjatannya kerana dorongan sahabatnya.
Tidak Dilupakan
Semasa menyambut hari jadi ibunya yang ke-50 bersama dengan beratus-ratus orang, Kukua, anak perempuannya yang sulung mengingat kembali segala pengorbanan ibunya. Waktu itu amat sukar, Kukua teringat, dan mereka amat kekurangan wang. Namun ibu tunggalnya sendiri melepaskan peluang untuk mempunyai hidup yang senang, malah dia menjual semua barang kemasnya serta barangan lain supaya dia dapat menyokong Kukua menghadiri sekolah sehingga dia tamat sekolah menengah. Dengan linangan air mata, Kukua berkata bahawa betapa susah pun, ibunya tidak pernah meninggalkan dia dan adik-beradiknya.
Roh Yang Dijanjikan
Ketabahan dan keberanian—Elisa mempunyai kedua-dua ciri ini. Oleh sebab dia menghabiskan kebanyakan masa dengan Elia, maka Elisa menyaksikan pekerjaan Tuhan melalui nabi Elia yang melakukan mujizat serta memberitakan kebenaran pada zaman yang penuh pembohongan. Kitab 2 Raja-Raja 2:1 memberitahu kita bahawa Elia akan diangkat “ke syurga,” namun Elisa tidak rela dengan pemergiannya.
Tiada Yang Lebih Menggembirakan
Bob dan Evon Potter merupakan pasangan suami isteri yang ceria dan mempunyai tiga orang anak lelaki muda apabila hidup mereka mengalami perubahan yang indah. Pada tahun 1956, mereka menghadiri kempen penginjilan Billy Graham di bandar Oklahoma dan menyerahkan hidup mereka kepada Kristus. Tidak lama selepas itu, mereka mahu memberitakan iman mereka serta kebenaran Kristus kepada orang lain. Oleh itu, mereka membuka rumah mereka pada setiap malam Sabtu kepada para pelajar sekolah menengah dan universiti yang berminat untuk mempelajari Alkitab. Dengan jemputan seorang kawan, saya turut menjadi pengunjung tetap di rumah mereka.
Berdoa Seperti Pelari Maraton
Adakah anda bergelut untuk mengekalkan kehidupan doa yang konsisten? Kebanyakan orang mempunyai pergelutan yang sama. Kita tahu bahawa doa adalah penting, tetapi ia juga boleh menjadi amat sukar. Kadangkala kita mengalami detik-detik doa yang mendalam dengan Tuhan, kadangkala pula doa seolah-olah menjadi rutin harian yang dilakukan tanpa berfikir. Mengapa-kah kita begitu bergelut dalam kehidupan doa kita?
Keluar Dari Reruntuhan
Di kawasan penempatan orang Yahudi di Yerusalem, terletaknya Rumah Ibadat Tiferet Yisrael. Rumat ibadat ini dibina pada abad ke-19 tetapi diletupkan oleh komando semasa Perang Arab-Israel pada tahun 1948.
Apa Yang Saya Perlukan
Sewaktu saya berdiri di belakang sebuah bilik di pusat warga tua di Palmer, Alaska, saya sedang mendengar koir dari sekolah menengah anak perempuan saya, Lisa, menyanyikan “Jiwaku Tenanglah” (It Is Well with My Soul), saya tertanya-tanya sebab Lisa selaku ketua koir, telah memilih lagu ini. Ia pernah dimainkan dalam majlis pengebumian adik perempuannya, Melissa, dan Lisa tahu bahawa adalah sukar bagi saya untuk mendengar lagu ini tanpa emosi.
Cahaya Bersinar Melalui Kita
Seorang gadis kecil tertanya-tanya apa itu orang kudus. Suatu hari ibunya membawa dia ke sebuah gereja besar untuk melihat tingkap-tingkap kaca yang berwarna-warni dan cantik dengan adegan-adegan daripada Alkitab. Apabila dia menyaksikan semua keindahan itu, dia berseru, “Sekarang saya faham apa itu orang kudus. Mereka adalah orang yang membenarkan cahaya bersinar melalui mereka!”