Pencari Kebijaksanaan
Setiap musim bunga, kolej dan universiti di Amerika Syarikat akan mengadakan upacara untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah mereka. Selepas pelajar melintasi peringkat ini, graduan ini akan memasuki dunia yang akan mencabar mereka. Setakat mempunyai pengetahuan akademik tidaklah cukup baik. Kunci kejayaan dalam hidup adalah mengamalkan segala yang telah dipelajari mereka dengan bijak.
Permulaan Baharu Bagi Yang Sedih
Muzium Hubungan Putus di Zagreb, Croatia, penuh dengan barang yang didermakan tanpa nama kerana hubungan cinta yang terputus. Terdapat sebilah kapak yang digunakan oleh kekasih yang ditinggalkan untuk memusnahkan perabot pasangan yang bersalah. Anak patung haiwan, surat cinta dibingkai dalam kaca yang pecah, dan pakaian pengantin, semua ini memberikan banyak maklumat akan hancur hati. Sementara sesetengah pelawat meninggalkan muzium dengan menangis bagi kehilangan mereka sendiri , manakala beberapa pasangan lain meninggalkan tempat itu dengan pelukan dan janji untuk tidak mengecewakan satu sama lain.
Jagalah Fokus Anda
Itulah murid saya,” Saya pernah mendengar seorang wanita mengatakan tentang seseorang yang ditolongnya. Sebagai pengikut Kristus, kita ditugaskan untuk memuridkan orang supaya menjadi pengikut Tuhan—berkongsi berita baik Kristus dengan orang ramai dan membantu mereka bertumbuh secara rohani. Tetapi ia lebih mudah memberi tumpuan kepada diri sendiri dan bukannya Yesus.
Penyembuh Yang Hebat
Doktor-doktor yang saya kenal adalah pintar, bekerja keras dan penuh belas kasihan. Banyak kali, mereka telah melegakan penderitaan saya, dan saya berterima kasih atas kepakaran mereka dalam mengesan penyakit, memberikan ubat, membetulkan tulang patah dan menjahit luka. Tetapi ini tidak bermakna saya meletakkan kepercayaan saya kepada para pakar perubatan dan bukannya kepada Tuhan.
Selangkah Lebih Dekat
Beberapa tahun yang lalu, seorang kawan dan saya bertolak untuk mendaki Gunung Whitney. Pada ketinggian 4421 meter, ia adalah gunung tertinggi di sempadan Amerika Syarikat. Kami tiba di Whitney Portal pada satu lewat malam, menyediakan beg tidur kami di tapak perkhemahan, dan cuba tidur untuk sebentar sebelum kami memulakan pendakian kami pada awal pagi. Gunung Whitney tidak memerlukan pendakian teknikal, tetapi perjalanan itu sangat panjang dan meletihkan —17 kilometer pendakian tanpa henti-henti.
Kuasa Dalam Pujian
Willie Myrick diculik dari jalan masuk rumahnya ketika dia berusia 9 tahun. Untuk berjam-jam, dia dan penculiknya dalam pelarian dengan kereta, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya. Pada masa itu, Willie mengambil keputusan untuk menyanyi sebuah lagu bertajuk Every Praise (Pujilah). Kerana dia berulang kali menyanyikan kata-kata itu, penculiknya mengeluarkan kata-kata kotor dan menyuruh dia diam. Akhirnya, lelaki itu menghentikan kereta dan biarkan Willie keluar—tanpa cedera.
Didorong Oleh Kasih
Pada tahun 1920, Bobby Jones menguasai dunia golf, walaupun dia seorang amatur. Dalam sebuah filem mengenai hidupnya, Bobby Jones: Stroke of Genius, suatu adegan menunjukkan seorang pemain golf profesional bertanya bila Bobby akan berhenti menjadi amatur dan bermain untuk wang seperti orang lain. Jones menjawab dengan menjelaskan bahawa perkataan amatur berasal daripada bahasa Latin amo—mencintai. Jawapannya sangat jelas: Dia bermain golf kerana dia menyukai permainan itu.
Fikiran Seorang Yang Terselamat
Selepas seorang wanita Korea Selatan berusia 71 tahun diselamatkan semasa sebuah bot feri tenggelam dengan tragis, dia bergelut dengan rasa bersalah untuk hidup. Dari katil hospitalnya dia berkata bahawa dia tidak memahami sebab dia boleh terselamat dalam kemalangan yang telah meragut nyawa ramai orang yang jauh lebih muda. Dia juga kesal kerana tidak mengetahui nama anak muda yang menarik dia keluar dari air selepas dia putus harapan. Kemudian dia menambah, “Sekurang-kurangnya saya mahu membeli dia makanan, atau memegang tangannya, atau memberi pelukan kepada anak itu.”
Mendengar Dengan Kasih
Pada satu petang Ogos di Vermont, seorang penginjil muda bercakap di gereja kecil kami. Negara yang dilayani oleh dia dan isterinya sering diancam rusuhan agama, malah dianggap terlalu bahaya bagi kanak-kanak. Dalam salah satu ceritanya, dia memberitahu tentang suatu kejadian yang menyayat hati apabila anak perempuannya merayu agar dia tidak ditinggal-kan di sebuah sekolah berasrama penuh.