Perkahwinan Yang Terbaik
Dalam 800 tahun yang lalu atau tahun-tahun berikutnya, satu adat baharu telah ditambah dalam majlis perkahwinan Yahudi.Pada akhir majlis, pengantin lelaki menghancurkan sebuah gelas wain di bawah kakinya. Satu penjelasan untuk amalan ini ialah kaca yang berkecai melambangkan kemusnahan Rumah Tuhan pada 70 TM. Pasangan muda digalakkan untuk mengingatkan peristiwa ini, bahawa ketika mereka membina rumah tangga mereka sendiri, Rumah…
Orang Yang Melayani
Saya bukan hamba sesiapa!” Saya berteriak. Pagi itu permintaan keluarga saya sudah melampau ketika saya sedang mencarikan tali leher biru suami saya dengan buru-buru, sementara memberi makan kepada bayi yang menangis, serta mencari-cari alat mainan yang terjatuh di bawah katil untuk anak kami yang berusia 2 tahun.
Kemudian pada hari itu, sewaktu saya membaca Alkitab, saya menemui ayat ini: “Siapakah…
Dalam Setiap Generasi
Mungkin ini kelihatan mengejutkan apabila anak-anak tidak mencontohi iman ibu bapa mereka di dalam Tuhan. Keadaan ini juga tidak dijangkakan jika seseorang yang mempunyai komitmen yang mendalam kepada Kristus berasal daripada keluarga yang tidak beriman. Dalam setiap generasi, setiap orang mempunyai pilihan.
Samuel adalah seorang hamba Tuhan yang hebat dan telah melantik dua orang anak lelakinya, Yoel dan Abia sebagai…
Teguran Yang Lemah Lembut
Pada akhir persidangan di Nairobi, Kenya, kumpulan kami bertolak dari pusat persidangan ke sebuah rumah tamu untuk bersiap bagi penerbangan pulang pada keesokan hari. Ketika kami tiba, seorang wanita dalam kumpulan kami terlupakan bagasinya di pusat persidangan itu. Selepas dia kembali untuk mendapatkan bagasinya, ketua kumpulan kami (seorang yang amat teliti) mengkritiknya dengan kata-kata yang tajam di depan kami.
Keesokan…
Perunding Imej
Dalam zaman media kita, perunding imej sangat diperlukan. Penghibur, ahli sukan, ahli politik dan pemimpin perniagaan seolah-olah terdesak untuk menguruskan cara mereka dipandang oleh mata dunia. Penasihat yang mengenakan bayaran tinggi ini berfungsi untuk membentuk penampilan pelanggan mereka—walaupun kadang-kadang ada perbezaan yang amat ketara antara imej awam seseorang dengan wajah sebenarnya.
Pada hakikatnya, apa yang orang perlu—apa yang kita perlu—bukanlah…
Menghubungi Tuhan
Dalam pelbagai cara, teknologi merupakan satu rahmat. Adakah anda memerlukan sedikit maklumat mengenai masalah kesihatan? Apakah yang anda perlu lakukan adalah mengakses Internet dan anda akan terus mendapatkan senarai pilihan untuk membimbing carian anda. Adakah anda perlu menghubungi rakan? Ia boleh dilakukan hanya menghantar teks, e-mel, atau kirimkan khabar di Facebook. Tetapi teknologi juga boleh mengecewakan kita pada masa-masa tertentu.…
Pergilah Sekarang!
Lebih daripada 10,000 orang penginjil dan pemimpin Kristian duduk di auditorium gergasi di Amsterdam pada tahun 1986 untuk mendengar khutbah daripada penginjil yang terkenal, Billy Graham. Saya turut salah seorang hadirin, ketika dia meriwayatkan beberapa pengalamannya. Kemudian, saya terkejut kerana dia berkata, “Biar saya beritahu anda: setiap kali saya berdiri di hadapan umat Tuhan untuk berkhutbah, saya geletar dan lutut saya terhuyung-hayang.”…
Tuhan Selalu Mendengar
Sehari sebelum Billy Graham ditemu ramah dalam rancangan televisyen The Today Show pada tahun 1982, pengarah perhubungan awamnya, Larry Ross, meminta sebuah bilik peribadi disediakan untuk Graham sebagai tempat berdoa sebelum wawancara tersebut. Namun apabila encik Graham tiba di studio, pembantu peribadinya memaklumkan Ross bahawa encik Graham tidak perlu bilik. Dia berkata, “Encik Graham mula berdoa apabila dia bangun pagi ini, dia berdoa ketika…
Perkara Yang Perlu Kita Ketahui
Ketika Fernando Ortega mempersembahkan nyanyian pujian “Just As I Am,” (Meskipun Aku Tak Layak), suara Billy Graham boleh kedengaran secara perlahan dalam latar belakang lagu tersebut. Dr. Graham sedang mengenang suatu masa apabila dia pernah menghidapi sejenis penyakit yang membuat dia berfikir bahawa dia akan meninggal tidak lama lagi. Ketika dia mengimbas kembali masa lalunya, dia sedar bahawa dia seorang yang sangat…