Saling Membantu
Apabila pasukan bola keranjang dari Universiti Fairleigh Dickinson (FDU) mula masuk ke gelanggang untuk bermain di pertandingan bola keranjang peringkat universiti, para peminat mula bersorak untuk skuad yang tidak dikenali itu. Pasukan itu tidak dijangka akan melepasi pusingan pertama, namun mereka berjaya juga. Pada ketika ini, kedengaran lagu pasukan mereka dimainkan dari pentas, walaupun mereka tidak diiringi oleh pancaragam. Rupanya pancaragam dari Universiti Dayton telah belajar bermain lagu FDU beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Sebenarnya pasukan pancaragam itu boleh sahaja bermain lagu yang diketahui mereka, tetapi mereka memilih untuk belajar lagu FDU demi membantu sekolah dan pasukan lain.
Lebih Daripada Keluarga
Jon telah diupah sebagai seorang profesor penuh di sebuah universiti yang terkemuka. Abangnya David amat gembira, tetapi seperti kebanyakan abang, dia tidak dapat menahan daripada mengejek Jon dengan mengatakan bahawa dia pernah bergusti dengan adiknya itu hingga dia jatuh ke atas tanah semasa mereka masih kecil dulu. Jon telah maju dalam kehidupannya, tetapi dalam pandangan abangnya, Jon masih dianggap sebagai adik yang masih kecil.
Bersalah dan Dibebaskan
“Saya tidak melakukannya!” Saya berbohong dan hampir dapat melarikan diri sehingga Tuhan menghentikan saya. Sewaktu di sekolah menengah, saya dan sekumpulan orang telah bermain menembak spitballs (bebola kertas) ketika duduk di belakang pasukan pancaragam semasa satu persembahan. Pengarah muzik kami ialah seorang bekas tentera. Dia seorang yang sangat berdisiplin dan saya amat takut kepadanya. Jadi, apabila rakan-rakan subahat membabitkan saya, saya membohongi dia. Kemudian saya juga berbohong kepada bapa saya.
Kasih Tuhan yang Murah Hati
Ucapan yang disampaikan oleh William McRaven pada satu upacara konvokesyen tentang mengemas katil setiap hari telah mencapai tontonan sebanyak 100 juta orang dalam talian. Sebagai Laksamana Tentera Laut, Udara dan Darat Amerika Syarikat (SEAL) yang sudah bersara, dia juga berkongsi satu lagi pelajaran yang penting. Semasa satu operasi ketenteraan di Timur Tengah, McRaven dengan sedihnya mengakui bahawa beberapa orang dalam sebuah keluarga yang tidak bersalah telah terbunuh kerana berlaku kesilapan. Dia berasa berhutang untuk memohon maaf dengan penuh ikhlas kepada keluarga tersebut, justeru itu McRaven dengan berani meminta pengampunan daripada bapa mangsa yang dukacita.
Di Sebalik Tirai Besi
Seorang bintang sukan bola sepak Amerika berdiri di atas pentas yang bukan terletak di stadium sukan. Dia berucap kepada seramai tiga ratus orang banduan di Pusat Pemulihan Everglades, Miami, Florida, dan berkongsi ayat Alkitab daripada kitab Yesaya dengan mereka.
Alas Sambutan
Semasa saya membelek-belek alas-alas kaki yang dipamerkan di sebuah gedung beli-belah berhampiran, saya mendapati huruf “o” dalam perkataan pada alas-alas kaki seperti “Hello” (Helo) dan “Home” (Rumah) itu berbentuk hati. Saya pula memilih alas kaki yang bertulis “Welcome” (Selamat Datang). Sambil meletakkannya di lantai rumah, saya berkata dalam hati, adakah rumah saya benar-benar menyambut seseorang dengan cara yang dikehendaki Tuhan? Misalnya menyambut kedatangan seorang anak yang menjual coklat untuk projek sekolah? Jiran yang memerlukan pertolongan? Ahli keluarga dari luar bandar yang melawat secara tiba-tiba?
Pencinta Alkitab
Pada hari perkahwinan, si pengantin perempuan yang cantik sedang diiringi bapanya yang begitu bangga, bersedia untuk berjalan menuju ke pentas gereja. Tetapi sebelum itu, anak saudaranya yang berumur setahun lebih, masuk terlebih dahulu dengan membawa “Alkitab” sebagai ganti “cincin”, yang biasa dilakukan semasa upacara perkahwinan. Dengan cara ini, sebagai orang yang percaya kepada Yesus dan yang komited, pengantin lelaki dan perempuan ingin menyatakan bahawa Alkitab itu sangat penting bagi mereka. Tanpa apa-apa halangan, anak saudaranya terus berjalan menuju ke hadapan gereja. Indahnya apabila didapati ada tanda gigi si anak kecil itu pada sarung Alkitab itu. Ini menggambarkan bahawa membaca dan menyelami isi Alkitab merupakan hal penting yang perlu dilakukan oleh orang yang percaya kepada Kristus atau sesiapa sahaja yang ingin mengenali Yesus.
Berpegang pada Tuhan
Apabila Joni Eareckson Tada bercakap tentang sahabatnya, Rika, dia kagum dengan “iman Rika kepada Tuhan sewaktu dia menghadapi segala ujian dalam kehidupannya”, dan ketabahannya semasa dia berada dalam keadaan yang tidak berdaya serta kronik. Selama lebih daripada lima belas tahun, Rika berada dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak dapat melihat bulan dari tingkap kecil dalam biliknya. Namun dia tidak putus harapan. Dia tetap percaya kepada Tuhan, membaca dan mengkaji Alkitab, seperti yang dijelaskan oleh Joni, dia “tahu bagaimana untuk berdiri teguh ketika memerangi keputusasaan”.
Kasih yang Berterusan
Seorang ibu tunggal tinggal bersebelahan dengan seorang lelaki yang lebih tua selama lima tahun. Suatu hari, jiran lelaki yang mengambil berat terhadap kebajikan ibu tunggal itu menekan loceng pintu rumahnya dan berkata, “Saya tidak nampak kamu sejak minggu lepas dan ingin tahu jika kamu baik-baik sahaja”. Sifat prihatin lelaki itu telah memberikannya semangat. Oleh sebab dia kehilangan bapanya sewaktu masih kecil, ibu tunggal itu menghargai jiran baik itu yang telah menunjukkan keprihatinan kepada dia dan keluarganya.