Month: Februari 2017

Saya Mengetahui Semuanya

Anak lelaki dan menantu perempuan kami menghadapi kecemasan. Cucu kami yang bernama Cameron sedang menderita sakit pneumonia dan bronkitis dan perlu dihantar ke hospital dengan segera. Mereka meminta kami supaya menjemput Nathan, anak mereka yang berumur lima tahun dari sekolah dan membawanya pulang ke rumah. Saya dan isteri saya, Marlene sudi melakukannya.

Bersandar Pada Yesus

Ada kalanya ketika saya meletakkan kepala di atas bantal pada waktu malam dan berdoa, saya membayangkan saya sedang bersandar pada Yesus. Setiap kali saya melakukannya, saya ingat sesuatu yang dikatakan oleh firman Tuhan tentang rasul Yohanes. Yohanes sendiri yang menulis tentang bagaimana dia duduk di samping Yesus semasa Perjamuan Terakhir: “Pengikut yang dikasihi oleh Yesus duduk di sebelah Yesus” (Yohanes 13:23).

Si Pembela

Pada Jun 1962, Clarence Earl Gideon yang berada di penjara menulis surat kepada Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk meminta mereka menyemak semula sabitan dan hukuman atas jenayah yang tidak dilakukannya. Dia juga mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk mengupah peguam.

Yang Baik, Susah dan Buruk

Seorang sahabat baik menghantar pesanan ringkas kepada saya yang berbunyi, “Saya sangat gembira kerana kita boleh saling memberitahukan masa-masa yang baik, susah dan buruk!” Kami sudah lama bersahabat, dan telah belajar berkongsi kegembiraan serta kegagalan kami. Kami sedar bahawa kami memang tidak sempurna, oleh itu, kami berkongsi pergelutan tetapi juga bergembira atas kejayaan masing-masing.

Adakah Ia Membawa Sukacita?

Buku seorang perempuan muda berbangsa Jepun tentang mengemas barang supaya ia teratur dan tidak berselerak, telah dijual sebanyak dua juta salinan di seluruh dunia. Mesej utama daripada penulis Marie Kondo itu adalah membantu orang ramai membuang benda-benda yang tidak diperlukan di rumah dan almari mereka—benda-benda yang membebankan mereka. “Angkatlah setiap barang,” katanya, “dan tanya diri anda, ‘Adakah ini membawa sukacita?’” Jika jawapan adalah ya, maka simpanlah. Jika jawapan adalah tidak, maka buanglah.