Kekaguman yang tenang
Kehidupan saya sering berada dalam kegelisahan dan kesibukan. Saya tergesa-gesa untuk menghadiri banyak janji temu, menjawab panggilan telefon dan menyemak senarai tugas yang seolah-olah tiada kesudahan dalam perjalanan. Oleh sebab keletihan pada suatu hari Ahad, saya rebah ke dalam buaian kanvas di belakang rumah kami. Telefon saya berada di dalam rumah, begitu juga dengan anak-anak dan suami saya. Pada mulanya saya hanya ingin duduk seketika, tetapi dalam keadaan yang senyap dan tanpa gangguan, saya mula melihat benda-benda yang menarik saya untuk duduk dengan lebih lama. Saya dapat mendengar keriang-keriut buaian kanvas yang lembut, dengungan lebah pada lavender berdekatan, dan bunyi kelepak sayap burung di atas kepala. Langit kelihatan biru terang, dan awan bergerak mengikut arah angin.
Hidup dalam Kisah Tuhan
Penulis terkenal, Ernest Hemingway pernah ditanya sama ada dia boleh menulis cerita yang menarik dengan menggunakan enam perkataan. Responsnya: “Jualan: Kasut bayi. Tidak pernah dipakai.” Kisah Hemingway ini adalah sangat hebat kerana ia memberi inspirasi kepada kita untuk mengisi perincian tersebut. Adakah kasut tersebut cuma kasut yang tidak diperlukan lagi oleh seorang anak yang sihat? Atau adakah seseorang pernah mengalami kehilangan yang tragis—sesuatu yang memerlukan kasih dan penghiburan daripada Tuhan?
Dia Memegang Tangan Kita
Pada suatu hari Ahad di sebuah gereja, seorang anak perempuan kecil yang sedang menaiki tangga kelihatan agak comel, berani dan berdikari. Seorang demi seorang kanak-kanak yang umurnya kelihatan tidak melebihi dua tahun menuruni anak-anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah. Hal Menuruni anak-anak tangga adalah misinya dan dia berjaya melakukannya. Saya tersenyum kepada diri sendiri ketika saya merenungkan tindakan berani anak kecil ini. Kanak-kanak ini tidak berasa takut kerana dia tahu bahawa ibunya sentiasa memerhatikannya, dan tangan ibunya yang penuh kasih sentiasa bersedia untuk menolong. Ini betul-betul menggambarkan kesediaan Tuhan untuk menolong anak-anak-Nya semasa mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai ketidakpastian.
Korban yang Hidup
Mak cik saya mempunyai pekerjaan yang sangat baik dan menarik dalam bidang pengiklanan. Dia juga selalu mengembara di antara Chicago dan Bandaraya New York. Tetapi dia memilih untuk melepaskan kerjaya itu demi kasihnya terhadap ibu bapanya. Ibu bapanya menetap di Minnesota dan memerlukan penjagaan. Kedua-dua orang adik lelakinya telah meninggal pada usia yang masih muda dalam peristiwa tragis, dan dia satu-satunya anak yang masih hidup. Baginya, dia dapat menyatakan imannya dengan melayani ibu bapanya.
Kirimkan Melalui Surat
Seperti kebanyakan kanak-kanak yang berusia empat tahun, Ruby suka berlari, menyanyi, menari dan bermain. Kemudian dia mula mengadu tentang kesakitan pada lututnya. Ibu bapa Ruby pun membawa dia untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan agak mengejutkan—diagnosis penyakit kanser, neuroblastoma tahap 4. Ruby berada dalam keadaan kritikal. Dia dengan segera dimasukkan ke hospital.