Ciptaan Tangan Untukmu
Nenek saya merupakan seorang tukang jahit yang berbakat dan pernah memenangi pertandingan-pertandingan menjahit di tempat asalnya, Texas, Amerika Syarikat. Sepanjang hidup saya, dia meraikan beberapa peristiwa penting dengan hadiah yang dijahitnya sendiri. Dia mengait sehelai baju sejuk berwarna merah tua untuk hari penamatan pengajian sekolah menengah saya. Dia juga menjahitkan saya sehelai selimut berwarna hijau muda untuk perkahwinan saya. Saya memerhatikan di hujung sudut setiap pakaian yang dijahitnya sendiri dan mendapati jahitan tanda tangannya yang berbunyi, “Buatan tangan untukmu daripada Nenek.” Dengan setiap perkataan yang disulamnya, saya dapat merasakan kasih nenek kepada saya dan saya pun menerima satu penyataan yang berkuasa daripada keyakinannya terhadap masa hadapan saya.
Kedukaan Menjadi Penyembahan
Kim mula memerangi penyakit kanser payudara pada tahun 2013. Empat hari setelah rawatannya selesai, para doktor telah mendiagnosis bahawa dia menghidap penyakit paru-paru progresif dan hanya tinggal 3 hingga 5 tahun untuk hidup. Pada tahun pertama, dia meluahkan kedukaan dalam tangisan di hadapan Tuhan melalui doa. Ketika saya berjumpa dengan Kim pada tahun 2015, dia telah menyerahkan keadaannya kepada Tuhan dan memancarkan kegembiraan dan ketenangan pada wajahnya. Walaupun sesetengah waktu masih sukar, Tuhan terus mengubah kesengsaraannya yang menyedihkan menjadi satu kesaksian yang indah, disertakan pujian yang penuh dengan harapan ketika dia mendorong orang lain.
Iman Nenek
Namanya panjang tetapi umurnya lagi panjang. Madeline Harriet Orr Jackson Williams hidup selama 101 tahun, lebih lama daripada dua orang suaminya. Kedua-dua suaminya itu ialah pengkhutbah. Madeline merupakan nenek kami. Saya dan adik-beradik berhubungan rapat dengannya; kami tinggal di rumahnya sehingga dia berpindah dengan suami keduanya. Walaupun jarak rumahnya lebih kurang sejauh 80 kilometer dari kami. Nenek kami merupakan seorang penyanyi mazmur, pembaca doktrin, pemain piano yang takut kepada Tuhan; saya dan adik-beradik saya dipengaruhi oleh imannya.
Sukacita Sewaktu Kesukaran
Apabila sahabat saya tidak dapat menjawab panggilan telefon saya, dia meninggalkan pesanan melalui rakaman mel suara supaya saya meninggalkan pesanan bagi dia. Rakaman suaranya itu berakhir dengan riang yang menyatakan, “Semoga anda ada hari yang hebat!” Tatkala saya merenungkan kata-katanya, saya menyedari bahawa kita tidak berkuasa untuk menjadikan setiap hari itu “hebat”—sesetengah keadaan adalah benar-benar teruk sekali. Tetapi jika diperhatikan dengan lebih mendalam, setiap keadaan dapat mendedahkan sesuatu yang baik dan indah dalam hari saya, sama ada keadaannya baik atau tidak.
Berdiri dengan Berani
Apabila kebanyakan pemimpin gereja Jerman menyerah diri kepada Hitler, Martin Niemöller selaku seorang ahli teologi dan pastor merupakan salah seorang yang berani untuk menentang kejahatan rejim Nazi. Saya terbaca sebuah kisah yang menghuraikan pada tahun 1970-an, sekumpulan orang Jerman yang lebih tua berdiri di luar sebuah hotel yang besar manakala seorang yang kelihatan lebih muda sedang sibuk dengan beg-beg kumpulan itu. Seseorang bertanya siapa kumpulan orang yang lebih tua itu. “Pastor-pastor dari Jerman,” jawab seseorang. “Dan siapa pula yang lebih muda itu?” “Itulah Martin Niemöller—dia berumur 80 tahun. Tetapi dia kekal muda kerana dia penuh keberanian.”