Dengan sedihnya, kejahatan yang lama disembunyikan—penganiayaan seks yang dilakukan oleh lelaki yang berkuasa ke atas ramai wanita—telah didedahkan. Sewaktu saya membaca tajuk-tajuk utama berita, hati saya berasa kecewa apabila saya mendengar tuduhan penganiayaan oleh dua orang lelaki yang saya kagumi telah terbukti benar. Jemaah Kristian juga tidak dikecualikan daripada menghadapi isu-isu ini.

Raja Daud menghadapi kesalahan dirinya. Dalam kitab Samuel, kita membaca bahawa pada suatu petang, Daud “nampak seorang wanita sedang mandi” (2 Samuel 11:2). Daud menginginkannya. Walaupun Batsyeba ialah isteri kepada seorang askarnya yang setia (Uria), Daud tetap berseketiduran dengan dia. Ketika Batsyeba memberitahu Daud bahawa dia telah hamil, Daud menjadi panik. Kemudian dengan pengkhianatan yang keji, Daud mengarahkan Yoab menyuruh Uria pergi ke barisan hadapan supaya mati di medan perang.

Penyalahgunaan kuasa oleh Daud ke atas Batsyeba dan Uria jelas kelihatan. Samuel memastikan kita melihat semua kebenaran. Kita haruslah menawan kejahatan kita.

Kita juga perlu mendengar kisah-kisah ini kerana semua ini memberi amaran kepada kita untuk berhadapan dengan penyalahgunaan kuasa pada zaman ini. Daud ialah “seorang yang menyenangkan hati [Tuhan]” (Kisah Rasul-Rasul 13:22), tetapi dia juga seorang yang perlu dipertanggungjawab terhadap tindakannya. Semoga kita turut mendoakan para pemimpin jemaah kita, supaya mereka bertanggungjawab terhadap penggunaan kuasa atau penyalahgunaan kuasa.

Dengan rahmat Tuhan, penebusan pasti berlaku. Sekiranya kita membaca dengan lebih lanjut, kita akan membaca kisah Daud yang bertaubat dengan sungguh-sungguh (2 Samuel 12:13). Syukurlah, hati yang keras masih boleh beralih daripada kematian kepada kehidupan.