Month: April 2020

Bertahan dalam Perjalanan 

Ketika saya mengikuti Li Bao mendaki dinding-dinding teres di pergunungan bahagian tengah negara China, hari semakin gelap. Saya tidak pernah mendaki kawasan seperti ini dan saya tidak dapat melihat langkah di depan atau kecuraman gunung di sebelah kiri kami. Saya berjalan sambil berdampingan erat dengan Li Bao. Saya tidak tahu ke arah mana yang kami pergi atau berapa lama lagi kami harus berjalan, tetapi saya percaya kepada kawan ini. 

Tuhan Lebih Berharga

Oleh sebab pernah disakiti oleh orang yang percaya kepada Yesus pada masa lalu, ibu saya menjadi marah ketika saya membuat keputusan untuk menerima Yesus ke dalam hidup saya. “Jadi, sekarang kamu akan menghakimi ibu? Tidak mungkin.” Dia meletakkan telefon dan enggan bercakap dengan saya selama setahun. Saya berasa sangat sedih, tetapi akhirnya menyedari bahawa hubungan saya dengan Tuhan adalah lebih penting daripada hubungan saya dengan orang tersayang. Saya pun berdoa untuk dia setiap kali dia menolak panggilan saya, dan memohon agar Tuhan menolong saya terus mengasihi dia. 

Pendedahan Tuhan Sepenuhnya 

Peminat tayangan filem boleh mendengar suara merdu Emily Blunt yang memegang watak utama dalam filem Mary Poppins Returns. Apa yang sangat dikagumi adalah 4 tahun selepas mereka berkahwin, barulah suaminya menemukan bakat nyanyiannya. Dalam satu temu bual, suaminya mendedahkan rasa kejutnya pada kali pertama dia mendengar isterinya menyanyi, sambil berfikir, “Bilakah kamu hendak memberitahu saya tentang bakat ini?”

Kekuatan Dalam Penderitaan

Pada tahun 1948, Haralan Popov, seorang pastor di sebuah gereja bawah tanah telah ditahan dari rumahnya untuk “disoal siasat.” Dua minggu kemudian, dia disoal siasat lagi sepanjang hari dan tidak diberi makanan selama 10 hari. Setiap kali dia menafikan dirinya sebagai perisik, dia akan dipukul. Popov bukan hanya terselamat daripada penganiayaan itu tetapi juga memimpin ramai banduan untuk mengenal Yesus. Akhirnya, 11 tahun kemudian, dia dibebaskan dan meneruskan penginjilan, sehingga 2 tahun selepas itu, dia dapat meninggalkan negara tersebut dan bertemu semula dengan keluarganya. Seterusnya dia berkhutbah dan mengumpulkan wang selama bertahun-tahun untuk menghantar Alkitab ke negara-negara tertutup. 

Dia yang Menyelamat

D digelar sebagai “salah seorang yang paling berani di dunia ini,” tetapi dia bukanlah wira yang diharapkan oleh orang lain. Desmond seorang askar yang enggan membawa pistol. Sebagai askar perubatan, dia telah menyelamatkan seramai 75 orang askar yang cedera akibat peperangan, termasuk mereka yang pernah memanggilnya pengecut dan mengejek dia kerana imannya. Dia berlari ke medan perang sambil berdoa terus-menerus, “Tuhan, tolong aku menyelamatkan seorang lagi.” Dia dianugerahkan Pingat Kehormatan kerana keberaniannya.