Dia Mengubah Saya
Ketika John yang menguruskan rumah pelacuran terbesar di London dipenjarakan, dia tidak menyesal dan masih menganggap dirinya orang baik. Sementara di penjara, dia membuat keputusan untuk menghadiri kelas Alkitab kerana kek dan kopi dihidangkan, tetapi dia tersentak oleh kegembiraan para banduan lain. Dia mula menangis semasa lagu pujian pertama dinyanyikan, malah dia menerima sebuah Alkitab pada masa kemudian. Pembacaan dalam kitab Yehezkiel telah mengubah hatinya, dan dia seumpama “dipanah petir”. Dia membaca, “Apabila seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula berbuat yang adil dan baik ... dia tidak akan mati tetapi akan hidup” (Yehezkiel 18:27-28). Firman Tuhan menjadi hidup baginya dan dia menyedari, “Saya bukan orang baik ... saya jahat dan saya perlu berubah.” Semasa berdoa dengan pastor, dia berkata, “Saya menemui Yesus Kristus dan Dia mengubah saya.”
Bersama Kita Akan Menang
Pada suatu tengah malam, Pastor Samuel Baggaga menerima panggilan telefon yang memintanya pergi ke rumah seorang anggota jemaah. Setibanya di tempat itu, dia mendapati rumah jemaah tersebut terbakar. Walaupun bapa keluarga itu sendiri sudah terkena api, dia masih tergegas-gegas masuk semula ke rumah untuk menyelamatkan salah seorang anaknya dan keluar bersama dengan anak perempuannya yang pengsan. Di kawasan luar bandar Uganda, hospital terletak sejauh 10 km. Tanpa pengangkutan, pastor dan si bapa mula berlari ke hospital dengan anak tersebut. Apabila salah seorang mereka menjadi penat kerana mengangkat gadis yang cedera itu, mereka bergilir mengangkatnya. Bersama-sama mereka menempuh perjalanan yang mencabar itu; akhirnya si bapa dan anak perempuannya telah dirawat dan sembuh sepenuhnya.
Pandangan Dari Atas
Pada tahun 1970-an, penggunaan pengesan besi cuma dianggap sebagai hobi bagi Peter Welch yang masih pemuda. Namun sejak tahun 1990, dia telah memimpin ramai orang dari seluruh dunia membuat pengembaraan untuk mencari besi. Mereka telah mendapatkan ribuan penemuan—pedang, barang kemas kuno, syiling. Dengan menggunakan “Google Earth”, program komputer yang berdasarkan gambar satelit, mereka memerhatikan bentuk-bentuk dalam landskap tanah ladang di United Kingdom. Satelit akan menunjukkan kedudukan jalan raya, bangunan dan struktur-struktur lain yang mungkin wujud berabad-abad lamanya. Peter berkata, “Dengan ada pandangan dari atas, dunia yang baru ditemukan.”
Hal-Hal tentang Tuhan
Kebanyakan rakan sekerja Mike tidak tahu banyak tentang kekristianan, dan tidak ambil peduli. Tetapi mereka tahu bahawa Mike mempedulikan hal ini. Pada satu hari ketika menjelang Hari Easter, seorang rakan sekerjanya berkata bahawa mereka kedengaran Hari Easter berkaitan dengan Paska dan tertanya-tanya apa kaitan tersebut. “Helo, Mike!” katanya. “Kamu tahu tentang Tuhan, bukan? Apakah itu Paska?”
Alasan Kita untuk Bersukacita
Apabila tahun persekolahan bermula, C. J. yang berumur 14 tahun turun dari bas pada setiap petang dan menari di sepanjang kaki lima sehingga ke dalam rumah. Ibunya merakam dan berkongsi video C. J. yang bersemangat selepas balik dari sekolah. Dia menari kerana dia menikmati hidup dan ingin “membuat orang gembira” dengan setiap gerakan. Pada suatu hari, 2 orang pengutip sampah telah mengambil masa daripada kerja mereka yang sibuk untuk menari, berpusing dan bergoyang bersama dengan budak remaja yang menginspirasikan orang lain untuk menari bersamanya. 3 orang ini menunjukkan kuasa yang lahir daripada sukacita yang ikhlas dan berpengaruh.