Lagu pada Malam itu
Pada suatu malam, ketika bekalan elektrik tiba-tiba terputus, saya berada di rumah bersama-sama dengan 2 orang anak kami yang kecil, dan itulah kali pertama mereka mengalami bekalan elektrik terputus. Selepas mengesahkan bahawa syarikat bekalan tenaga elektrik mengetahui hal itu, saya mencari beberapa batang lilin, dan kami bertiga mengelilingi nyala lilin yang berkedip-kedip itu di dapur. Anak-anak saya itu kelihatan cemas dan tidak tenang, maka kami pun menyanyi. Tidak lama kemudian wajah mereka yang resah digantikan dengan senyuman. Kadangkala kita memerlukan lagu pada waktu yang paling gelap.
Siapa Memerlukanku?
Ketika berada dalam penerbangan ke Washington, D.C. pada larut malam, seorang penulis ruang, iaitu Arthur Brooks terdengar seorang wanita tua berbisik kepada suaminya, “Ini tidak benar jika kamu ingat tiada orang perlukan kamu lagi.” Lelaki itu berbisik-bisik bahawa dia tidak ingin hidup lagi, tetapi isterinya berkata, “Oh, janganlah kata begitu!” Apabila pesawat itu mendarat, Brooks menoleh ke belakang dan terus mengenal siapa lelaki itu. Rupanya dia seorang wira dunia yang popular. Penumpang lain bersalaman dengannya, dan juruterbang pesawat itu berterima kasih kepadanya atas keberanian yang ditunjukkannya beberapa dekad yang lalu. Bagaimanakah mungkin orang yang hebat seperti dia mengalami keputusasaan?
Hai Dunia, Gembiralah!
Pada setiap Krismas, kami mengambil unsur-unsur kebudayaan dari seluruh dunia untuk menghiaskan rumah dengan hiasan tentang kelahiran Yesus. Kami memiliki piramid kelahiran Yesus dari Jerman, sebuah hiasan palungan yang diperbuat daripada kayu zaitun dari Betlehem, dan versi orang Mexico yang penuh dengan warna terang. Hiasan kegemaran keluarga kami adalah sesuatu yang menarik dari Afrika. Domba dan unta tidak digunakan seperti biasa, melainkan seekor badak air yang seakan merenungkan bayi Yesus.
Ketika Kedamaian “Meletus”
Pada hari sebelum Krismas yang sejuk di Belgium pada tahun 1914, bunyi lagu berkumandang dari kubu parit angkatan tentera yang sedang berlindung. Alunan muzik lagu Krismas “Malam Kudus” kedengaran dalam bahasa Jerman dan kemudiannya dalam bahasa Inggeris. Tidak lama sebelumnya, tentera-tentera yang berbalas tembakan itu pula menghentikan pertarungan dan keluar dari kubu mereka untuk bersalaman di “kawasan bebas antara sempadan”, berkiriman salam Krismas dan bertukaran catuan makanan mereka sebagai hadiah. Gencatan senjata itu berterusan sehingga hari seterusnya yang para tentera itu berbual-bual dan ketawa bersama-sama, malah menganjurkan perlawanan bola sepak.
Ketika Kemuliaan Terpancar
Ketika melihat perhiasan Krismas buatan tangan anak saya, Xavier, yang dibuatnya selama bertahun-tahun bersama barangan perhiasan daripada neneknya yang tidak berpadanan, saya tidak tahu mengapa saya tidak suka perhiasan itu. Saya selalu menghargai kreativiti dan memori yang dibawakan oleh setiap perhiasan. Jadi, mengapa tarikan perhiasan di pusat membeli-belah menarik saya menginginkan sebatang pokok Krismas yang dihiasi lengkap dengan mentol lampu yang sepadan, bebola Krismas yang berkilauan serta reben?