Berehat dengan Baik
Jam menunjukkan 1:55 pagi. Saya tidak dapat tidur lena kerana terganggu oleh satu mesej perbualan di telefon pada larut malam. Saya menyingkapkan selimut yang telah membalut diri dengan ketat dan beralih dengan senyap ke sofa. Saya melayari Google tentang apa yang harus dilakukan supaya dapat tidur, sebaliknya saya mendapati saya telah melakukan semua yang tidak patut: jangan tidur siang, minum kafein atau bersenam terlalu lewat. Ketika saya membaca lebih lanjut di tablet, saya juga dinasihati supaya tidak menggunakan peranti pintar (masa skrin) pada lewat malam. Alamak. Perbuatan menghantar mesej pada lewat malam bukannya idea yang baik. Jika ingin berehat dengan baik, terdapat senarai perkara yang tidak boleh dilakukan.
Tuhan Memahami Perasaan Kita
Sierra berasa sangat sedih dan tertekan kerana anak lelakinya bergelut dengan masalah ketagihan. “Aku rasa bersalah,” katanya. “Adakah Tuhan menganggap aku tidak beriman kerana tidak dapat berhenti menangis ketika berdoa?” Saya cuma mampu berkata, “Aku tidak tahu fikiran Tuhan. Tetapi aku tahu Dia dapat memahami emosi sebenar kita. Tuhan kita Maha Tahu, bukan?” Saya berdoa dan menitiskan air mata bersama dengan Sierra ketika kami berdoa memohon supaya anaknya dibebaskan daripada ketagihan.
Pendermaan Plasma
Setiap petang Jumaat, keluarga saya menonton berita nasional yang berakhir dengan kisah yang menggembirakan. Berita ini selalu menarik dan berbeza dengan berita yang lain. Kisah baru-baru ini memfokuskan seorang wartawan yang sembuh sepenuhnya daripada COVID-19, dan dia memutuskan untuk menderma plasmanya bagi membantu orang lain yang sedang berjuang menghadapi virus tersebut. Pada masa itu, masih belum ada bukti yang mengesahkan keberkesanan antibodi. Tetapi memandangkan ramai antara kita berasa tidak berdaya, bahkan takut untuk menderma plasma (melalui jarum), dia berasa sumbangannya hanyalah “pengorbanan yang kecil berbanding dengan hasil yang mungkin mendatang.”
Melompat-lompat kerana Dibebaskan
Ketika terbaca ayat “Tetapi bagi kamu yang takut kepada nama-Ku, ... Sebagaimana anak lembu dari kandangnya, kamu akan keluar sambil melompat-lompat” (Maleakhi 4:2, AVB), Jim, seorang petani generasi ke-3, amat terharu sehingga dia berdoa untuk menerima kehidupan kekal yang ditawarkan Yesus. Dia teringat akan anak-anak lembunya yang melompat-lompat kegembiraan setelah keluar dari kandang pengurungan. Jim akhirnya memahami janji Tuhan tentang kebebasan sejati.
Tiada Salah Faham
Alexa, Siri dan peralatan pintar yang berfungsi berdasarkan perintah suara di rumah kami kadangkala tidak memahami apa yang kami katakan. Seorang anak yang berusia 6 tahun bercakap kepada peralatan pintar yang baru dibeli itu tentang biskut dan rumah patung. Kemudian ibunya menerima e-mel yang memaklumkan bahawa 3kg biskut dan rumah patung yang berharga RM700 sedang dihantar ke rumah mereka. Bahkan seekor burung kakak tua di London telah memesan sebuah kotak berwarna emas tanpa pengetahuan pemiliknya. Seorang lagi meminta peralatan itu untuk “nyalakan lampu di ruang tamu” dan ia membalas “tidak ada ruang timun.”