Petua untuk bercuti: Sekiranya anda melalui Middleton, Wiscosin, mungkin anda mahu melawat Muzium Kebangsaan Biji Sawi (National Mustard Museum). Bagi kita yang merasakan bahawa satu biji sawi (mustard) tidak bernilai, tempat ini mempunyai sebanyak 6,090 jenis biji sawi yang berbeza dari seluruh dunia. Di McLean, Texas, anda mungkin akan kagum jika melawat Muzium Pagar Dawai (Barbed Wire Museum) yang penuh dengan … pagar.

Ini menunjukkan jenis benda yang kita pilih dan membuatnya menjadi penting. Seorang penulis mengatakan bahawa anda akan berasa lebih kagum lagi jika anda tahu anda boleh menghabiskan waktu petang di Muzium Pisang (Banana Museum); (mungkin ada orang tidak suka idea ini).

Kita mungkin berasa kelakar, tetapi ini menyedarkan kita bahawa kita juga memiliki muzium sendiri—ruang di hati apabila kita meraikan berhala ciptaan kita sendiri. Tuhan berfirman, “Jangan ada padamu tuhan-tuhan lain selain Aku” (Keluaran 20:3) dan “Jangan sujud menyembahnya atau beribadat kepadanya” (ayat 5). Namun kita masih mencipta tuhan-tuhan sendiri, mungkin ini merujuk kepada kekayaan atau nafsu, atau kerjaya—atau “harta” lain yang kita sembah secara rahsia.

Memang mudah untuk membaca petikan ini dan melupakan maksud utamanya. Ya, Tuhan akan membuat kita bertanggungjawab terhadap muzium dosa yang kita bina. Tetapi Dia juga bercakap bahawa Dia “menunjukkan kasih setia-[Nya] kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi [Dia]” (ayat 6). Dia tahu bahawa betapa kecilnya “muzium” kita sebenarnya. Dia tahu kita hanya boleh memperoleh kepuasan sebenar dengan mengasihi Dia.