Bertahun-tahun yang lalu, keluarga saya telah melawat sebuah tempat yang bernama Empat Sudut (Four Corners), satu-satunya tempat di barat daya Amerika Syarikat yang persimpangan empat buah negeri bertemu di satu lokasi. Suami saya berdiri di bahagian yang bertanda Arizona. Anak lelaki sulung saya, A.J., melangkah ke Utah. Anak lelaki bongsu saya, Xavier, memegang tangan saya ketika kami menjejakkan kaki ke Colorado. Apabila saya beralih ke New Mexico, Xavier berkata, “Ibu, saya tak sangka ibu tinggalkan saya di Colorado!” Walaupun kami kelihatan berdiri bersama dan berjauhan, sedangkan gelak ketawa kami kedengaran di empat buah negeri yang berlainan. Sekarang, walaupun anak-anak lelaki kami yang sudah dewasa telah tinggal di tempat lain, saya percaya pada janji Tuhan bahawa Dia berada dekat dengan semua umat-Nya walau di mana pun mereka berada.

Selepas kematian Musa, Tuhan memanggil Yosua untuk menjadi pemimpin dan menjanjikan Dia akan menyertai mereka semasa Dia meluaskan wilayah orang Israel (Yosua 1:1-4). Tuhan berkata, “Sebagaimana dahulu Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau. Aku tidak akan menterlantarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau” (ayat 5). Tuhan tahu bahawa Yosua akan bergelut dengan keraguan dan ketakutan sebagai pemimpin baru kepada umat-Nya, maka Tuhan memberi keyakinan dan harapan inif: “Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu’? Jangan gentar dan jangan kecut hati, kerana TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana-mana jua pun engkau pergi” (ayat 9).

Tidak kira di mana Tuhan memimpin kita atau orang yang kita sayangi, walaupun semasa mengharungi masa sukar, janji Tuhan yang menghiburkan meyakinkan kita bahawa Dia sentiasa hadir.