Siapa Diri Anda
Pada tahun 2011, selepas cuba mendapatkan anak selama 10 tahun tetapi tidak berjaya, saya dan isteri saya mengambil keputusan untuk memulakan hidup baharu di negara lain. Walaupun kami teruja dengan keputusan tersebut, saya terpaksa menamatkan kerjaya saya sebagai seorang juruhebah, iaitu kerjaya yang amat saya dambakan. Disebabkan kehilangan arah hidup, saya meminta nasihat daripada sahabat saya Liam.
Berjalan Bersamaku
Beberapa tahun yang lalu, sebuah lagu yang popular telah masuk carta, dengan sekumpulan koir Kristian yang menyanyikan korus, “Yesus Berjalan Bersamaku.” Satu kisah yang hebat terkandung di sebalik lirik lagu ini.
Seperti Adik dan Abang
Ketika seorang pemimpin gereja meminta saya berbual dengan Karen secara peribadi, saya berjumpa Karen di sebuah bilik pusat kaunseling, matanya merah dan pipinya basah. Karen berumur 42 tahun dan ingin sekali berkahwin. Ketika itu ada seorang lelaki sedang memikat dia, tetapi lelaki ini adalah bosnya—dan sudah beristeri. Karen mempunyai seorang abang yang suka mengusiknya dengan kejam dan bapa yang bersikap dingin. Ini menyebabkan dia menyedari dari awal bahawa dia mudah terpujuk dengan kata-kata manis lelaki. Imannya yang baharu telah membantu dia membina batasan yang sihat dalam hubungan, tetapi keinginannya tetap sama, dan sekilas cinta yang tidak dapat dimilikinya itu menjadi seksaan. Selepas perbualan itu, Karen dan saya menundukkan kepala untuk berdoa. Melalui doa yang jujur serta dipenuhi kuasa Tuhan, Karen mengakui godaannya, mengisytiharkan penolakan akan pujukan majikannya, dan menyerahkan kerinduannya kepada Tuhan. Karen meninggalkan bilik itu dengan lega. Pada hari itu, saya menyedari hikmat daripada nasihat Paulus untuk kita memperlakukan satu sama lain sebagai saudara seiman (1 Timotius 5:1-2). Cara kita menanggapi orang lain akan menentukan cara kita berinteraksi dengan mereka, dan di dunia yang cepat memperalatkan dan menanggapi semuanya secara seksual, memandang kaum lelaki atau perempuan sebagai anggota keluarga kita akan menolong kita memperlakukan mereka dengan baik dan sewajarnya. Hubungan adik-beradik lelaki dan perempuan yang sihat tidak akan saling mendera atau menggoda. Sebelum ini Karen hanya mengenali kaum lelaki yang memandang rendah terhadapnya, mempergunakan, atau mengabaikannya. Tetapi Karen memerlukan seorang saudara yang boleh berbicara dengannya seperti seorang adik. Keindahan Injil menyediakan apa yang kita perlukan—memberi kita hubungan adik-beradik baharu untuk membantu kita menghadapi masalah hidup.
Ceritanya Belum Berakhir
Apabila drama British Line of Duty berakhir, bilangan penonton yang memecah rekod ingin sekali mengetahui penghujung cerita mengenai penentangan pihak polis terhadap jenayah terancang dalam drama tersebut. Namun ramai penonton berasa kecewa akan pengakhiran drama tersebut kerana ceritanya mengimplikasikan bahawa akhirnya kejahatan tetap akan menang. “Aku mahu orang jahat dihukum,” kata seorang peminat. “Kami mahu pengakhiran drama yang bermoral.”
Mencari Perlindungan
Saya dan isteri saya pernah menginap di sebuah hotel yang indah di tepi laut yang dihias dengan tingkap gelangsar yang besar dan dinding batu yang tebal. Pada suatu tengah hari, ribut telah melanda wilayah tersebut, menyebabkan laut bergelora dan angin ribut menghempas tingkap kami dengan ganas sekali. Namun begitu, kami tetap dalam keadaan yang tenang dan aman. Dinding hotel tersebut begitu teguh, dan asas bangunannya sangat kukuh. Sementara ribut melanda di luar, bilik kami tetap menjadi tempat perlindungan untuk kami.
Metafora Perkahwinan
Selepas 22 tahun bersama, kadangkala saya tertanya-tanya bagaimana perkahwinan saya dengan Merryn tetap mesra. Saya seorang penulis; manakala Merryn seorang ahli statistik. Saya bekerja menggunakan perkataan; Merryn bekerja menggunakan nombor. Saya menikmati keindahan; dia pula memerlukan fungsian. Kami datang dari dua dunia yang berbeza.
Dipanggil untuk Bertumbuh
Pepancut laut (sea squirt) adalah sejenis makhluk yang aneh. Anda boleh melihatnya melekat pada batu dan kerang, wujudnya seperti tiub plastik lembut yang melambai mengikut arus laut. Pepancut laut mengambil nutrien dari air yang mengalir. Makhluk ini melalui kehidupan yang amat pasif berbanding dengan kehidupan masa mudanya yang aktif.
Kasih Sayang Tuhan
Saya pernah mendengar seorang ahli perniagaan menggambarkan masa dia belajar di universiti sebagai masa yang dia selalu berasa “tidak berdaya dan tiada harapan” akibat kemurungan. Sedihnya, dia tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk meluahkan perasaan itu. Sebaliknya dia mula membuat lebih banyak rancangan yang drastik, seperti menempah sebuah buku tentang bunuh diri dari perpustakaan setempat dan menetapkan tarikh untuk mengakhiri nyawanya.
Murah Hati dan Sukacita
Para pengkaji memberitahu kita bahawa terdapat hubungan antara murah hati dengan sukacita: mereka yang memberikan wang dan masa kepada orang lain lebih gembira daripada orang yang tidak berbuat demikian. Hal ini membuat seorang ahli psikologi merumuskan, “Berhentilah berfikir bahawa memberi merupakan kewajipan moral, dan mulalah menganggapnya sebagai sumber kegembiraan.”