Category  |  Pedoman Harian

Yesus Saudara Kita

Bridger Walker baru berusia enam tahun ketika seekor anjing garang menerkam adik perempuannya. Bridger dengan pantas melompat ke depan adiknya untuk melindunginya daripada serangan anjing ganas itu. Setelah mendapat rawatan kecemasan dan menjalani sembilan puluh jahitan di wajahnya, Bridger menjelaskan tindakannya itu. “Jika ada sesiapa yang harus mati, saya fikir itu seharusnya saya.” Tetapi syukur, ahli bedah plastik telah membantu menyembuhkan wajah Bridger. Kasih mendalam seorang abang terhadap adiknya tidak berubah dan jelas terserlah dalam gambar-gambar terbaru mereka, gambar yang dia memeluk adik perempuannya.

Keseorangan, tetapi tidak Dilupakan

Apabila anda mendengar cerita mereka, jelas bahawa kesukaran paling besar yang mungkin dihadapi oleh para banduan ialah pengasingan dan kesepian. Malah, satu kajian menunjukkan bahawa tanpa mengambil kira tempoh mereka dipenjara, kebanyakan banduan hanya menerima dua lawatan daripada rakan atau ahli keluarga sepanjang mereka berada di penjara. Kesepian ialah realiti yang berterusan.

Pendekatan yang Berbeza

Ketika Mary Slessor berlayar ke negara Calabar di Afrika (sekarang Nigeria) pada akhir 1800-an, dia bersemangat untuk meneruskan kerja penginjilan mendiang David Livingstone. Tugasan pertamanya ialah mengajar di sekolah sambil tinggal dalam kalangan mubaligh. Namun ini menyebabkan dia berasa tertekan kerana harus melayani dengan cara yang berbeza. Jadi dia melakukan sesuatu yang asing di kawasan tersebut—dia tinggal bersama dengan orang yang dilayaninya. Mary mempelajari bahasa mereka, hidup dalam kalangan mereka, dan makan makanan mereka. Malah dia juga menjaga ramai kanak-kanak yang telah ditinggalkan. Selama hampir empat puluh tahun, dia membawa kedua-dua harapan dan Injil kepada orang yang memerlukan.

Tuhan yang Setia Selamanya

Ketika Xavier masih belajar dalam sekolah rendah, sayalah yang menghantar dan mengambilnya dari sekolah. Pada suatu hari, satu hal yang tidak dirancang telah terjadi. Akibatnya saya terlewat mengambilnya. Selepas meletak kereta, saya bergegas ke kelasnya sambil berdoa. Saya mendapati dia sedang duduk di atas bangku bersama dengan seorang guru sambil memeluk begnya. “Maafkan saya, Mijo. Kamu baik-baik saja?” Dia menghela nafas dan berkata, “Saya baik-baik saja, tapi saya marah kerana kamu lambat.” Bagaimana mungkin saya menyalahkannya? Saya pun marah kepada diri sendiri. Saya menyayangi anak saya, tetapi saya sedar saya selalu mengecewakannya. Saya juga tahu dia mungkin akan berasa dikecewakan oleh Tuhan pada suatu hari nanti. Maka saya berusaha untuk mengajarnya bahawa Tuhan tidak sesekali melupakan janji-Nya.

Siapakah Saya?

Robert Todd Lincoln hidup di bawah bayangan bapanya, iaitu presiden kesayangan rakyat Amerika, Abraham Lincoln. Identiti Robert masih dikongkong oleh kuasa kehadiran bapanya walaupun bapanya sudah lama meninggal dunia. Rakan karib Lincoln iaitu Nicholas Murray Butler menulis bahawa Robert selalu berkata, “Tiada orang mahu saya menjadi setiausaha perang; mereka mahu anak lelaki Abraham Lincoln menjadi setiausaha perang. Tiada orang mahu saya menjadi duta di England; mereka mahu anak lelaki Abraham Lincoln. Tiada orang mahu saya menjadi presiden bagi Syarikat Pullman; mereka mahu anak lelaki Abraham Lincoln.”

Tuhan Segala Zaman Kita

Selepas satu pembedahan yang tidak berjaya, doktor yang merawat Joan berkata bahawa Joan perlu menjalani satu lagi pembedahan dalam masa lima minggu. Masa berlalu, dan kekhuatiran muncul. Joan dan suaminya merupakan warga emas dan semua ahli keluarga mereka tinggal berjauhan. Mereka perlu memandu untuk pergi ke kota yang asing untuk berurusan dengan sistem hospital yang rumit, dan jumpa dengan seorang doktor pakar yang baru.

Masalah yang “Baik” untuk Tuhan

Pada suatu hari, seorang pelajar perempuan darjah enam menyedari bahawa seorang rakan sekelasnya mencederakan tangannya dengan pisau cukur. Oleh sebab dia prihatin terhadap rakan itu, maka dia mengambil pisau cukur itu daripada rakannya dan membuangnya. Hairannya, tindakan perempuan itu tidak dipuji, sebaliknya dia menerima hukuman digantung sekolah selama sepuluh hari. Mengapa? Kerana dia dianggap memiliki pisau cukur walaupun hanya untuk sekejap—benda yang dilarang bawa ke sekolah. Apabila dia ditanya jika dia akan mengulangi tindakan itu, dia menjawab: “Walaupun saya akan menghadapi masalah, … saya akan melakukannya lagi.” Seperti tindakan pelajar itu yang cuba melakukan kebaikan tetapi telah mengakibatkan masalah ke atas dirinya sendiri (hukuman digantung sekolah kemudian dibatalkan), Yesus yang campur tangan juga menyebabkan Dia bermasalah dengan para pemimpin agama.

Berbeza Bersama dalam Yesus

Penganalisis perniagaan iaitu Francis Evans pernah menyelidiki 125 orang penjual insurans untuk mengetahui sebab yang membuatkan mereka berjaya. Apa yang mengejutkan, persaingan bukanlah faktor utama. Sebaliknya, Evans mendapati para pelanggan lebih suka membeli daripada para penjual yang mempunyai pandangan politik, pendidikan dan malah ketinggian tubuh yang sama dengan mereka. Para cendekiawan menggelar ini sebagai homophily: kecenderungan untuk memilih orang yang serupa dengan kita.

Seribu Titik Cahaya

Ngarai Dismals yang terletak di barat laut Alabama menarik ramai pelancong pada setiap tahun, iaitu pada bulan Mei dan Jun apabila larva agas menetas dan menjadi cacing bercahaya. Pada waktu malam, cacing bercahaya ini memancarkan kilauan biru yang terang, dan beribu-ribu daripadanya menghasilkan cahaya yang menakjubkan.