Rancangan Jangka Panjang
Apabila rampasan kuasa berlaku di negara Tun, pihak tentera mula menggentarkan orang yang percaya kepada Yesus dan membunuh haiwan ternakan mereka. Setelah kehilangan sumber mata pencarian mereka, kaum keluarga Tun berselerak ke beberapa buah negara. Selama sembilan tahun, Tun hidup di sebuah kem pelarian yang jauh daripada keluarganya. Tun tahu bahawa Tuhan ada bersamanya, tetapi dalam tempoh perpisahan itu, dua orang anggota keluarganya telah meninggal dunia. Tun berputus harapan.
Kasih Kurnia Tambahan Diperlukan
Sewaktu kami menghias gereja untuk satu acara istimewa, wanita yang bertanggungjawab terhadap acara tersebut merungut bahawa saya kurang berpengalaman. Selepas dia beredar, seorang wanita menghampiri saya, “Usah hiraukan kata-katanya. Dia merupakan seorang yang kita sebut sebagai K.K.T.D.—Kasih Kurnia Tambahan Diperlukan.”
Iman yang Tekun
Pada Jun 1965, enam orang remaja Tonga telah berlayar dari pulau kediaman mereka untuk berkembara. Namun, apabila ribut memecahkan tiang layar dan kemudi kapal mereka pada malam pertama, mereka hanyut di laut selama berhari-hari tanpa makanan dan air sebelum tiba di Pulau ‘Ata yang tidak berpenghuni. Mereka hanya ditemukan orang semula selepas lima belas bulan.
Setiap Kesedihan
“Aku menyukat setiap Kesedihan yang aku temui,” tulis Emily Dickinson, seorang penyair abad kesembilan belas. “Dengan mata kuyu yang meneliti—/ Aku tertanya-tanya jika bebannya sama Berat seperti bebanku / Ataupun lebih Ringan dipikul.” Syair tersebut merupakan renungan yang mengharukan tentang bagaimana manusia menanggung kesedihan sepanjang hayat mereka dengan cara yang unik. Dickinson secara teragak-agak mengakhiri syair ini dengan satu-satunya penawar: “Penghiburan yang menusuk hati” apabila dia melihat lukanya sendiri tercermin dalam luka Penyelamat di tapak Kalvari: “Terpegun untuk menganggap / Sesetengah luka-Nya—sama dengan lukaku—.”
Harapan dalam Kesedihan
Louise merupakan anak perempuan yang ceria dan riang dan membawa senyuman kepada semua orang yang bertemu dengannya. Namun ketika dia berumur lima tahun, Louise meninggal dunia secara tragis akibat penyakit yang jarang-jarang berlaku. Pemergiannya yang secara tiba-tiba telah mengejutkan ibu bapanya, Day Day dan Peter, serta semua kami yang bekerja dengan mereka. Kami turut bersedih bersama mereka.
Diingati dalam Doa
Malcolm Cloutt telah dinamakan sebagai penerima kehormat Maundy Money pada tahun 2021 oleh Ratu Elizabeth II, satu anugerah perkhidmatan tahunan yang disampaikan kepada lelaki dan wanita British. Cloutt, yang berumur seratus tahun pada masa pengiktirafan, diberi penghormatan tersebut kerana dia telah mengedarkan satu ribu buah Alkitab sepanjang hayatnya. Cloutt telah menyimpan rekod setiap orang yang menerima Alkitab daripadanya dan sentiasa mendoakan mereka.
Dicurahi Roh Kudus
Seorang pengarang yang bernama Scot McKnight, berkongsi tentang “pengalaman dicurahi Roh Kudus” sewaktu dia berada di sekolah menengah. Semasa dia menyertai sebuah kem, penceramah kem tersebut telah mencabar dia menerima Kristus dalam hidupnya dan dikuasai oleh Roh Kudus. Kemudian, dia duduk di bawah sebatang pokok dan berdoa, “Tuhan, ampunilah segala dosaku. Roh Kudus, masuklah dan penuhilah aku.” Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku, kata Mcknight. “Sejak saat itu hidupku benar-benar berubah. Tidak sempurna tetapi berbeza.” Dia tiba-tiba ingin membaca Alkitab, berdoa, bertemu dengan orang Kristian yang lain dan melayani Tuhan.
Ruang yang Sunyi
Jika anda suka ketenangan dan kesunyian, anda pasti suka bilik ini di Minneapolis, Minnesota. Bilik tersebut menyerap 99.99 peratus daripada semua bunyi! Bilik anechoic (bebas gema) di Makmal Orfield yang masyhur sedunia telah dikenali sebagai “tempat paling sunyi di bumi.” Orang yang ingin mengalami ruang yang “kalis” bunyi ini dikehendaki duduk diam untuk mengelakkan menjadi bingung disebabkan keadaan yang tiada bunyi itu, dan tiada seseorang pun pernah meluangkan lebih daripada 45 minit di dalam bilik tersebut.
Merendah Diri
Ketua pegawai eksekutif sebuah francais makanan beku telah menyamar sebagai juruwang dalam siri televisyen Undercover Boss. Dia bekerja di salah sebuah kedai francaisnya dengan mengenakan rambut palsu dan solekan untuk menyamarkan identitinya sebagai kakitangan “baharu”. Tujuan dia turun padang adalah untuk meninjau selok-belok pentadbiran dan pengurusan kedai itu. Berdasarkan pemerhatiannya, dia dapat menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kedai tersebut.