Menjaga Ciptaan Tuhan
Musim luruh merupakan musim bertelur bagi ikan trout yang berwarna perang di Sungai Owyhee. Anda boleh melihat ikan-ikan itu menggali tanah di dasar sungai membuat lubang untuk sarang di kawasan sungai yang cetek dan berkerikil.
Dalam Dakapan Tuhan
Pada suatu hari ketika sudah hampir selesai makan tengah hari dengan kakak saya dan anak-anaknya, kakak saya berkata kepada Annica, anak perempuannya yang berumur 3 tahun bahawa dia mesti bersedia untuk tidur petang. Wajahnya terus murung. “Tapi Mak Cik Monica belum dukung saya hari ini!” dia membantah serta matanya bergenangan dengan air mata. Kakak saya tersenyum. “Okey, berapa lama anda menginginkan Mak Cik mendukung anda?” “Lima minit,” kata Annica dengan wajah yang terus menjadi berseri-seri.
Nama Baru
Mark Labberton menulis tentang kuasa sesuatu nama dalam artikelnya yang bertajuk “Leading by Name.” Dia berkata, “Saya masih dapat merasakan pengaruh daripada seorang sahabat yang bekerja sebagai pemuzik memanggil saya ‘muzikal’. Tiada seorang pun pernah memanggil saya sedemikian. Saya bukannya mahir memainkan alat muzik. Lagipun saya bukan seorang pemuzik solo. Namun … dengan serta-merta saya berasa bahawa saya dikenali dan dikasihi … Jati diri saya diketahui, disahkan, dan dihargai.”
Gembala Yang Baik
Saya dan suami saya duduk dalam sebuah bilik hospital menunggu dengan cemas, sementara anak lelaki kami yang kecil sedang menjalani pembedahan pembetulan penglihatan. Saya berasa amat resah. Saya cuba berdoa dan memohon Tuhan memberi saya ketenangan. Sambil saya menyelak-nyelak Alkitab, saya teringat akan Yesaya 40, jadi saya membuka petikan itu lalu merenungkannya, tertanya-tanya jika saya akan menemui pedoman baru daripada bab tersebut.
Tuhan Menjawab
Selama lima tahun, sebuah cap mohor zaman kuno yang diperbuat daripada tanah liat telah disimpan di bilik stor Institut Arkeologi Yerusalem. Selepas cap mohor tersebut ditemui di bawah tembok bahagian selatan kota kuno Yerusalem, kajian pada peringkat awal gagal mengiktiraf keistimewaannya sebagai objek yang berusia hampir 3000 tahun itu. Namun seorang pakar arkeologi berjaya meneliti tulisan Ibrani kuno pada cap mohor yang berbunyi: “Milik raja Yehuda, Hizkia anak Ahas.”
Panggilan Bangun Pagi
Dahalunya saya selalu memohon panggilan bangun pagi apabila bermalam di sesebuah hotel pada masa saya sering melakukan perjalanan di kota-kota berlainan setiap malam. Selain jam loceng, saya juga memerlukan panggilan telefon dari hotel yang mengeluarkan bunyi gemerencang untuk membangunkan saya.
Kemenangan Atas Ketakutan
Ini adalah kali pertama Cleo yang berumur 10 tahun memancing. Dia melihat ke dalam bekas yang berisi umpan tetapi dia teragak-agak hendak mengambilnya. Akhirnya dia berkata kepada suami saya, “Eee … , tolong saya!” Apabila suami saya bertanya, “Kenapa?” Cleo menjawab, “Eee … , saya takut cacing!” Perasaan takut telah membuat dia tidak dapat meneruskan memancing.
Berkecukupan
Ketika saya dan suami saya mula-mula diminta untuk mengadakan sebuah kelompok sel di rumah kami, saya menolak permintaan ini dengan segera. Rumah kami kecil, tidak mempunyai tempat duduk yang cukup dan tidak dapat memuatkan ramai orang. Saya ragu-ragu jika kami mampu mengetuai perbincangan dalam kumpulan. Saya juga bimbang kalau diminta untuk menyediakan makanan kerana saya kurang mahir dan kekurangan dari segi kewangan. Saya berasa serba kekurangan dan tidak ada keghairahan untuk menjalankannya. Tetapi kami ingin berbakti kepada Tuhan dan komuniti kami, jadi kami bersetuju meskipun kami bimbang. Selama lima tahun berikutnya, kami berasa amat bahagia kerana dapat melayani kelompok sel tersebut yang bertempat di ruang tamu rumah kami.
Berapa Lama Lagi?
Apabila saya berkahwin, saya berfikir saya akan terus mendapat anak tetapi ini tidak terjadi. Ini membuatkan saya berasa amat perit sehingga berlutut memohon kepada Tuhan. Saya sering berteriak kepada Tuhan dalam hati, “Berapa lama lagi?” Saya tahu Tuhan boleh mengubah keadaan hidup saya tetapi mengapa pula Dia tidak melakukannya?