Category  |  Pedoman Harian

Kekayaan Ketaatan

Loteri-loteri yang dijalankan secara terbuka wujud lebih daripada 100 buah negara. Dalam tahun kebelakangan ini hanya di Amerika Syarikat dan Kanada, jumlah jualan tiket loteri telah melebihi $85 bilion, malah ini hanya sebahagian daripada jumlah jualan di seluruh dunia. Tarikan besar cepumas telah menyebabkan ramai orang berfikir bahawa semua masalah kehidupan mereka akan selesai “jika saya menang loteri.”

Di Manakah Kita Boleh Bersandar?

Ini upacara pengebumian yang indah!” Cindy berkata sementara kami berjalan keluar. Helen, kawan kami, telah meninggal dunia. Kawan demi kawan merayakan dia dengan berkongsi cerita tentang keperibadiannya yang selalu membawa keseronokan. Tetapi hidup Helen tidak selalu penuh dengan jenaka dan ketawa. Anak saudaranya berkongsi tentang imannya dalam Yesus dan keperihatinannya terhadap orang lain. Helen menyambut dia ke keluarganya ketika dia masih kecil dan menghadapi banyak pergelutan. Sekarang dalam usia dua puluhan, dia berkata mengenai mak ciknya, Helen, “Dia seperti seorang ibu bagi saya. Dia tidak pernah berputus asa dengan saya ketika saya dalam pergelutan. Saya yakin bahawa jika bukan dia, saya akan kehilangan iman saya.” Wau! Amat berpengaruh! Helen bersandar kepada Yesus dan mahu anak saudaranya juga percaya kepada Dia.

Ceritakan Kisah Anda

Michael Dinsmore, bekas banduan dan baru menjadi Kristian, telah diminta memberi kesaksian di dalam penjara. Selepas dia bercakap, beberapa orang banduan datang kepadanya dan berkata, “Inilah pertemuan paling menarik yang kami pernah hadiri!” Michael sungguh hairan kerana Tuhan menggunakan ceritanya yang sederhana untuk menyentuh hati orang.

Tiada Keperluan Yang Terlalu Kecil

Beberapa orang ibu bagi kanak-kanak kecil berkongsi jawapan doa yang menggalakkan. Namun seorang wanita berkata dia berasa dia mementingkan diri sendiri kerana dia menyusahkan Tuhan dengan keperluan-keperluan peribadinya. “Bandingkan dunia luas ini yang memerlukan pertolongan Tuhan,” dia menjelaskan, “keadaan saya pasti kelihatan kecil bagi-Nya.”

Ingatkan Orang Lain

Dalam satu minggu yang biasa, ramai antara kita telah menerima beberapa e-mel yang mengingatkan kita tentang janji temu atau acara yang akan datang, atau permintaan untuk mendoakan seseorang. Kesemua ini memerlukan peringatan.

Tiada Yang Ketinggalan

Suatu hari ketika saya menghantar suami saya ke stesen kereta api, saya memerhatikan konduktor meninjau kawasan itu sekiranya ada orang yang ketinggalan. Seorang wanita dengan rambut basah membingkas dari tempat letak kereta dan menaiki kereta api. Kemudian, seorang lelaki dengan sut gelap melangkah menuju ke platform dan menaiki kereta api itu. Konduktor menunggu dengan sabar semasa beberapa orang lagi yang lewat memecut lari dan menaiki kereta api pada saat terakhir.

Roda Yang Berkeriut

Roda yang berkeriut mendapat minyak” ialah peribahasa bahasa Inggeris yang popular. Sewaktu saya masih kecil, saya menunggang basikal untuk jarak yang jauh antara rumah dan sekolah, bunyi tajam roda menarik perhatian saya akan keperluan untuk melincirkannya.

Belajar Melalui Penderitaan

Di dalam bukunya The Problem of Pain (Masalah Kesakitan), C. S. Lewis memerhatikan bahawa “Tuhan berbisik kepada kita dalam keseronokan kita, berfirman dalam hati nurani kita, tetapi menjerit dalam kesakitan kita: Ini adalah megafon-Nya untuk membangkitkan dunia yang pekak.” Penderitaan sering membantu mengarahkan tumpuan kita. Ia mengalihkan pemikiran kita dari keadaan sekitar supaya kita boleh mendengar Tuhan mengenai pekerjaan-Nya dalam kehidupan kita. Kehidupan yang biasa digantikan dengan bilik sekolah rohani.

Hati yang Sukacita

Sementara menunggu di kawasan pintu Lapangan Terbang Changi Singapura untuk menaiki penerbangan saya, saya
memperhatikan satu keluarga muda—ibu, ayah dan anak lelaki mereka. Kawasan ini agak sesak, dan mereka mencari tempat untuk duduk. Tiba-tiba, anak kecil itu mula menyanyi dengan kuat “Kesukacitaan bagi Dunia” (Joy to the World). Umurnya lebih kurang 6 tahun, jadi saya cukup kagum bahawa dia tahu…