Month: Oktober 2015

Salib Dan Mahkota

Gereja Westminster Abbey di London mempunyai latar belakang sejarah yang kaya. Dalam abad ke-10, biarawan Benedictine memulakan tradisi ibadah harian di sana yang masih berterusan sehingga kini. Gereja ini juga tempat pengebumian ramai orang yang terkenal, dan setiap raja Inggeris sejak tahun 1066 telah ditabalkan di Abbey. Malah, 17 daripada raja-raja ini juga dimakamkan di sana—pemerintahan mereka berakhir di mana ia bermula.

Jalan Lasak

Rakan memancing saya memberitahu tentang tasik alp yang terletak tinggi di lereng utara Gunung Jughandle di Idaho. Ada khabar angin bahawa ikan besar jenis cutthroat trout bersembunyi di sana. Kawan saya mendapatkan pensil dan cebisan napkin lalu melukis peta bagi saya. Beberapa minggu kemudian saya mengisi trak saya dengan minyak dan bertolak mengikuti petunjuk arah yang diberikannya.

Harta Di Syurga

Pemasangan pendawaian elektrik yang kurang baik menyebabkan api membakar rumah kami yang baru dibina. Api itu meratakan rumah kami dalam masa sejam, sehingga tiada apa-apa yang ditinggalkan kecuali reruntuhan. Pada masa yang lain, kami pulang dari gereja suatu hari Ahad dan mendapati rumah kami telah dipecah masuk dan beberapa harta benda kami dicuri.

Tuhan Memberi Panduan

Pada abad yang lalu, Oswald Chambers yang berusia 41 tahun tiba di Mesir untuk melayani sebagai paderi YMCA kepada pasukan tentera Komanwel British semasa Perang Dunia I. Dia ditugaskan di sebuah kem di Zeitoun, 9 kilometer ke utara Kaherah. Pada malam pertama di sana, Oktober 27, 1915, Chambers menulis dalam diarinya, “[Kawasan] ini adalah benar-benar belantara di tengah-tengah tentera dan peluang yang mulia bagi kaum lelaki. Ia amat berbeza dengan apa yang saya biasa, dan saya memerhati dengan minat terhadap perkara-perkara baharu yang akan dilakukan dan diatur oleh Tuhan.”

Semua Selamat! Semua Baik!

Pada bulan Januari 1915, kapal Endurance terperangkap dan karam di dalam ais di luar pantai Antartika. Kumpulan peneroka kutub, yang diketuai oleh Ernest Shackleton, terselamat dan berjaya sampai ke Elephant Island dalam tiga bot kecil. Ketika terperangkap di pulau yang tidak didiami ini, jauh daripada laluan perkapalan biasa, mereka mempunyai satu harapan. Pada 24 April, 1916, 22 orang lelaki menyaksikan Shackleton dan lima rakan di dalam sebuah bot penyelamat kecil belayar keluar ke South Georgia, sebuah pulau 800 kilometer dari situ. Kemungkinan untuk selamat kelihatan mustahil, dan jika mereka gagal, mereka semua pasti akan mati. Alangkah gembiranya, apabila lebih daripada empat bulan kemudian sebuah bot muncul di kaki langit dengan Shackleton yang berteriak di busur bot, “Adakah kamu semua baik?” Dan mereka mendengar jawapan itu, “Semua selamat! Semua baik!”

Soalan Yang Bernyala-Nyala

Satu kisah lama orang asli Amerika menceritakan seorang budak lelaki yang telah dihantar ke dalam hutan sendirian pada suatu malam musim luruh untuk membuktikan keberaniannya. Tidak lama kemudian, langit menjadi gelap dan bunyi malam memenuhi suasana. Pokok-pokok berkeriang-keriut dan mengerang, burung hantu menciut, dan anjing hutan meraung. Walaupun dia berasa sangat takut, anak itu tetap tinggal di dalam hutan sepanjang malam, sebagai ujian keberanian yang wajib. Akhirnya, pagi menjelang dan dia melihat seseorang tidak jauh dari tempatnya. Rupanya orang itu ialah datuknya yang telah memperhatikan dia sepanjang malam.

Bukan Kekhuatiran Saya

Seorang lelaki sentiasa bimbang tentang segala sesuatu. Kemudian suatu hari kawan-kawannya mendengar dia bersiul gembira dan kelihatan lebih santai. “Apa yang berlaku?” Mereka bertanya kepadanya dalam kekaguman.

Pemeriksaan Rohani

Untuk mengesan masalah kesihatan sebelum ia menjadi serius, doktor mencadangkan pemeriksaan fizikal rutin. Kita boleh melakukan perkara yang sama untuk kesihatan rohani kita dengan bertanya beberapa soalan berdasarkan perintah yang terutama (Markus 12:30) yang dirujuk Yesus.

Kasih Datang Dahulu

Suatu petang kawan saya menunjukkan kepada saya satu daripada tiga plak hiasan yang akan menjadi sebahagian daripada penghias dinding di ruang tamunya. “Lihat, saya sudah mendapat Kasih,” katanya, sambil memegang plak dengan perkataan tertulis di atasnya. “Iman dan Pengharapan sudah dipesan.”