Month: September 2017

Dari Kosong Kepada Penuh

Sebuah buku kanak-kanak yang terkenal menceritakan kisah tentang Bartholomew, iaitu seorang budak lelaki desa yang miskin. Pada suatu hari dia menanggalkan topinya untuk memberi hormat kepada raja. Namun topi yang kelihatan sama akan muncul dengan serta-merta di atas kepalanya, ini pun membangkitkan kemurkaan raja kerana semua ini menyebabkan baginda kelihatan seolah-olah tidak dihormati. Bartholomew pun bergelut untuk menanggalkan topi demi topi ketika diiringi ke istana untuk menghadapi hukuman. Pada setiap masa, topi yang baharu tetap muncul di atas kepalanya. Topi-topi tersebut menjadi semakin istimewa, malah mengandungi permata yang berharga dan bulu hiasan. Topi yang ke-500 menjadi topi kegemaran Raja Derwin, sehingga dia mengampuni Bartholomew serta membeli topi itu dengan 500 keping emas. Akhirnya, tiada topi lagi di atas kepala Bartholomew; dia pun pulang dengan kebebasan dan wang untuk menyara keluarganya.

Terpisah Tetapi Tidak Terbiar

Ini agak sukar bagi saya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak buah perempuan saya sehari sebelum dia berpindah ke Massachusetts untuk mengambil kursus-kursus sarjana di Universiti Boston. Walaupun dia telah tinggal di luar selama 4 tahun sebagai seorang mahasiswi, dia tidak pernah meninggalkan negeri kami. Sebelum ini kami dapat bertemu dengan mudah kerana hanya perlu memandu selama dua jam setengah. Namun sekarang dia akan belajar di tempat yang kira-kira sejauh 1,300 kilometer. Kami tidak dapat bertemu secara tetap untuk berbual-bual dan bertanya khabar, bahkan saya perlu percaya bahawa Tuhan akan menjaga dia.

Hidup Di Dalam Khemah

Saya membesar di Minnesota, tempat yang terkenal dengan tasik-tasik yang indah. Di sana, saya suka pergi berkhemah untuk menikmati keajaiban ciptaan Tuhan. Namun tidur di dalam khemah yang nipis bukannya sebahagian daripada pengalaman kegemaran saya—terutamanya pada malam ketika hujan turun dan khemah bocor, ini menyebabkan beg tidur menjadi basah dan lembap.

Apakah Yang Dikatakan Simon

Seorang lelaki bernama Refuge Rabindranath telah bekerja sebagai pekerja belia di Sri Lanka lebih daripada sepuluh tahun. Dia sering berinteraksi dengan para belia yang lain sehingga lewat malam—bermain dengan mereka, menjadi pendengar mereka, memberi kaunseling dan mengajar mereka. Dia gemar bekerja di kalangan orang muda, tetapi ada kalanya dia berasa kecewa apabila para pelajar yang cemerlang telah meninggalkan iman. Kadang-kadang dia berasa sedikit seperti Simon Petrus dalam Lukas 5.

Manis Dan Masam

Apabila anak kecil kami menggigit hirisan lemon buat pertama kalinya, dia mengedutkan hidung, menjelirkan lidah dan menutupkan mata dengan kuat. “-Ma-am,” katanya (masam).