Month: November 2017

Membuat Sorakan Riang

S aya mengimbas kembali waktu saya sedang mencari sebuah gereja yang saya dapat hadiri secara tetap, seorang rakan menjemput saya untuk beribadat di gerejanya. Pemimpin pujian memimpin jemaah menyanyi sebuah lagu kesukaan saya. Saya pun bernyanyi dengan penuh semangat, sambil teringat nasihat pengarah koir kolej saya untuk “melaungkan” suara saya.

Benih Helikopter

Ketika anak-anak kami masih kecil, mereka suka cuba menangkap “benih helikopter” yang jatuh dari pokok-pokok silver maple jiran kami. Setiap benih menyerupai sayap. Pada akhir musim bunga, benih ini akan berputar turun ke tanah seperti bilah rotor sebuah helikopter. Tujuan benih itu bukan untuk terbang, tetapi jatuh ke bumi dan tumbuh menjadi pokok.

Mengambil Nombor Giliran

Kami mempunyai sebatang pokok ceri yang sangat tua di belakang rumah kami yang dahulunya dalam keadaan baik, tetapi sekarang kelihatan hampir mati. Jadi saya memanggil seorang pakar tumbuhan. Dia memeriksa pokok itu dan mengesahkan bahawa pokok tersebut “berada di bawah tekanan besar” dan memerlukan perhatian segera. “Ambillah nombor giliran, beratur di belakang saya”, isteri saya, Carolyn, menggumam pada pokok itu lalu pergi, ini kerana masa itu Carolyn sedang menghadapi tekanan besar.

Melihat Karya Agung

Bapa saya membuat tabung yang direka khas untuk pemanah membawa anak panah mereka. Dia mengukir gambar hidupan liar dengan teliti pada kepingan kulit asli, sebelum menjahit bahan-bahan itu.

Sorok-sorok

“Anda tidak dapat melihat saya!”

Melayani dan Dilayani

Marilyn telah jatuh sakit selama beberapa minggu, dan ramai orang telah memberi galakan kepadanya sepanjang masa kesukaran itu. Bagaimanakah aku dapat membalas budi mereka? fikirnya dengan bimbang. Pada suatu hari, dia membaca kata-kata doa ini: “Berdoalah supaya [orang lain] akan memiliki kerendahan hati, izinkan mereka bukan sahaja melayani, tetapi juga dilayani.” Marilyn tiba-tiba menyedari bahawa dia tidak perlu memikirkan bahawa dia mesti melayani orang lain setelah dia dilayani, tetapi cukup untuk bersyukur dan mengizinkan orang lain mengalami kegembiraan ketika melayani orang.

Dalam Hadirat-Nya

Brother Lawrence, seorang rahib pada abad ke-17 selalu berdoa sebelum dia memulakan pekerjaan sehariannya sebagai tukang masak dalam komunitinya: “Ya Tuhan ... berikanlah aku rahmat untuk tinggal dalam hadirat-Mu. Tolonglah aku dalam pekerjaanku. Bantulah aku mengasihi-Mu sepenuhnya.” Ketika bekerja, dia terus bercakap dengan Tuhan, mendengar pimpinan-Nya dan mendedikasikan kerjanya kepada Tuhan. Walaupun pada masa yang amat sibuk, dia akan menggunakan sedikit masa rehat untuk bertenang serta meminta rahmat-Nya. Walau apa pun yang berlaku, dia berusaha untuk mencari dan mengalami kasih Penciptanya.

Berapa Banyak Lagi!

Pada bulan Oktober 1915, semasa Perang Dunia I, Oswald Chambers tiba di Zeitoun Camp, sebuah pusat latihan tentera berhampiran Kaherah, Mesir, untuk melayani sebagai pastor YMCA (Pertubuhan Belia Pemuda Kristian) kepada tentera British Komanwel. Apabila dia mengumumkan ibadat malam pertengahan minggu akan diadakan, 400 orang lelaki berasak-asak di pondok YMCA yang besar untuk mendengar khutbah Oswald yang bertajuk, “Apa yang baik tentang doa?” Kemudian, apabila dia bercakap secara individu dengan orang yang ingin mencari Tuhan di tengah-tengah peperangan, Oswald sering memetik Lukas 11:13, “Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!”

Kasih yang Besar

Baru-baru ini, kami membawa Moriah, cucu perempuan kami yang berusia dua puluh dua bulan untuk tidur semalaman, pada kali pertama tanpa abang-abangnya. Kami mencurahkan banyak perhatian, kasih sayang yang tidak berbelah baginya, dan berasa seronok untuk melakukan perkara yang suka dilakukannya. Keesokan hari selepas menghantar Moriah pulang, kami pun mengucapkan selamat tinggal dan menuju ke pintu keluar. Ketika kami berjalan, Moriah mengambil beg baju bermalamnya (yang masih terletak di dekat pintu) dengan segera dan mula mengikuti kami.