Tanda Peringatan
Perjalanan pulang ke rumah sejauh 1.6 kilometer selepas menghantar anak perempuan saya ke sekolahnya memberikan saya peluang untuk menghafal beberapa ayat Alkitab—jika saya memang mahu melakukannya. Apabila saya mengambil beberapa minit itu untuk merenungkan firman Tuhan dalam fikiran saya, saya sering mendapati bahawa ayat-ayat ini akan terlintas dalam minda saya kemudian pada hari itu. Ini memberikan saya penghiburan dan hikmah.
Sebelum Permulaan
“Jika Tuhan tidak ada permulaan, tiada pengakhiran, dan selalu wujud, apakah yang dilakukan-Nya sebelum Dia menciptakan kita? Bagaimanakah Dia meluangkan masa-Nya?” Terdapat kanak-kanak di Sekolah Minggu yang cepat matang dan selalu bertanyakan soalan ini apabila kami bercakap tentang sifat Tuhan yang kekal. Pada masa dahulu, saya memberi respons bahawa ini merupakan suatu misteri. Tetapi kebelakangan ini saya belajar bahawa Alkitab ada jawapan untuk soalan ini.
Perubahan Pandangan
Kampung halaman saya telah mengalami musim sejuk yang terburuk dalam masa 30 tahun. Otot saya terasa sakit kerana mencangkul salji selama berjam-jam. Apabila saya masuk ke dalam rumah selepas usaha yang seolah-olah sia-sia dan menanggalkan but dalam keadaan letih, saya disambut oleh api yang hangat dan anak-anak saya di sekelilingnya. Sewaktu saya melihat keluar tingkap dari rumah saya yang selesa, pandangan saya tentang cuaca berubah sepenuhnya. Saya mula menikmati keindahan dahan pokok yang bersalji dan bagaimana salji menutupi landskap musim sejuk yang tidak berwarna, bukannya lagi memikirkan tentang lebih banyak kerja harus dilakukan.
Merindukan Tuhan
Pada satu hari, anak perempuan saya telah melawat kami bersama dengan anak lelakinya yang baru berumur satu tahun. Saya sedang bersiap keluar untuk membuat sedikit urusan, tetapi pada saat saya berjalan keluar dari bilik, cucu saya mula menangis. Ini berlaku sebanyak dua kali, dan setiap kali saya harus kembali serta meluangkan sedikit masa bersamanya. Ketika saya berjalan menuju ke pintu untuk kali ketiga, bibir kecilnya mula bergetar kerana mahu menangis lagi. Pada ketika itu anak perempuan saya berkata, “Bapa, bolehkah kamu membawa dia keluar bersama-sama?”
Menanti dengan Harapan
Pada setiap May Day Hari Mei (1 Mei) di Oxford, England, ramai orang akan berkumpul pada awal pagi untuk menyambut musim bunga. Pada jam 6.00, koir Kolej Magdalen menyanyi dari atas Menara Magdalen. Beribu-ribu orang menunggu dengan harapan agar fajar menyinsing dengan lagu dan bunyi loceng.