Menyembah dengan Pertanyaan
Soalan ini sering kita dengar apabila dalam perjalanan yang panjang (atau pendek), seseorang cenderung bertanya, “Sudahkah kita sampai?” atau “Berapa lama lagi?” Siapakah yang tidak pernah mendengar soalan universal ini keluar daripada mulut kanak-kanak atau orang dewasa yang beria-ia untuk sampai ke destinasi mereka? Orang daripada semua zaman juga cenderung menanyakan soalan yang serupa, apabila mereka berasa keletihan disebabkan oleh cabaran hidup yang nampaknya tiada penghujung?
Apa yang Anda Sukar Lepaskan?
“Apakah perkara yang anda tidak boleh lepaskannya?” tanya juruhebah radio. Ramai pendengar membuat panggilan dan memberikan jawapan yang menarik. Ada beberapa pemanggil menyebut ahli keluarga, termasuk seorang suami yang berkongsi kenangan tentang isterinya yang sudah meninggal dunia. Yang lain pula berkata bahawa mereka tidak boleh melepaskan impian mereka, seperti ingin berkecimpung dalam bidang muzik atau menjadi seorang ibu. Semua orang memiliki sesuatu yang amat kita hargai—seseorang, impian, benda—sesuatu yang kita tidak dapat lepaskan.
Perkongsian
“Saya tidak mahu berkongsi!” teriak anak bongsu saya, yang berasa sakit hati kerana harus berpisah walaupun hanya dengan sebahagian kecil kepingan LEGO yang banyak itu. Saya membeliakkan mata apabila melihat kelakuannya yang tidak matang. Tetapi sebenarnya, sikap ini tidak hanya kelihatan pada budak-budak. Berapa kerapnya dalam kehidupan saya sendiri juga ditandakan keengganan yang degil untuk berkongsi sesuatu dengan sukarela dan murah hati kepada orang lain?
Nyanyian pada Waktu Malam
Bapa saya merindukan banyak keinginan dalam kehidupannya. Dia menginginkan kesembuhan, meskipun penyakit Parkinson perlahan-lahan melumpuhkan minda dan tubuhnya. Dia menginginkan kedamaian, tetapi diseksa oleh kemurungan yang dalam. Dia menginginkan dirinya dikasihi dan dihargai, tetapi sering kali dia berasa keseorangan.
Dasar Kepastian Iman
Pelajaran tentang iman boleh sahaja datang daripada sumber-sumberyang di luar jangkaan—seperti yang saya pelajari daripada “Bear”, iaitu anjing berbaka Labrador hitam saya yang beratnya hampir 50 kilogram. Mangkuk air besi Bear yang besar terletak di sudut dapur. Apabila bekas itu menjadi kosong, Bear tidak akan menyalak atau mencakarnya. Sebaliknya, anjing ini akan duduk berdiam diri di sebelah bekas itu dan menunggu. Kadang-kadang dia perlu menunggu beberapa minit, tetapi Bear telah belajar untuk mempercayai bahawa saya akan masuk ke dalam ruangan itu untuk menjenguk dan menyediakan keperluannya. Kepercayaannya pada saya mengingatkan saya tentang kepercayaan yang harus saya letakkan sepenuhnya pada Tuhan.
Keadaan Sukar Udang Krai
Ketika sepupu saya menjemput saya pergi memancing udang krai, saya berasa sangat teruja. Saya tersenyum lebar ketika dia memberikan saya sebuah baldi. “Tiada penutup?”