Kasih Mak Cik Betty
Ketika saya masih kecil, bila-bila sahaja Mak Cik Betty yang sangat memanjakan kami datang melawat, rasanya seperti hari Krismas. Dia akan membawa permainan Star Wars dan memberi saya wang saku sebelum dia pulang. Setiap kali saya tinggal bersamanya, dia akan memenuhkan peti sejuk dengan aiskrim dan tidak memasak sayur-sayuran. Dia menetapkan beberapa syarat dan membenarkan saya berjaga sehingga larut malam. Mak Cik Betty memang seorang yang sangat baik, malah mencerminkan kemurahan Tuhan. Bagaimanapun, untuk bertumbuh menjadi sihat, saya bukan sahaja memerlukan kasih Mak Cik Betty. Saya juga memerlukan pimpinan dan harapan ibu bapa saya ke atas kelakuan saya.
Hadiah Krismas yang Melimpah
Seorang ibu berasa bahawa dia telah berbelanja berlebihan kerana membeli hadiah Krismas untuk keluarga. Jadi pada suatu tahun dia memutuskan untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Beberapa bulan sebelum hari Krismas, dia mencari barangan yang tidak mahal dan terpakai. Dia telah membeli lebih banyak daripada biasa tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Sehari sebelum Krismas, anak-anaknya membuka hadiah demi hadiah dengan teruja. Pada hari berikutnya, ada lebih banyak lagi hadiah! Ibu itu masih berasa bersalah kerana anak-anaknya tidak mendapatkan hadiah baru, maka dia menyediakan banyak hadiah lagi untuk pagi Krismas tersebut. Anak-anaknya mula membuka hadiah-hadiah tersebut sambil berkata, “Penatnya untuk membuka semua hadiah ini! Ibu telah memberi kami sangat banyak!” Itu bukanlah respons biasa daripada anak-anak pada pagi hari Krismas!
Kasih Tanpa Henti
Heidi dan Jeff pulang ke rumah selepas menamatkan kerja di luar negara yang beriklim panas dan tinggal dekat dengan keluarga di negeri Michigan selama beberapa bulan—tepat pada musim sejuk. Antara 10 anak mereka, ramai yang melihat keindahan semula jadi salji buat kali pertama.
Keistimewaan Doa
Lagu artis Chris Stapleton yang berdasarkan pengalaman sendiri, “Daddy Doesn’t Pray Anymore,” diilhamkan oleh doa-doa ayahnya untuknya. Lirik yang pedih itu mengungkapkan sebab bapanya tidak lagi berdoa: bukan disebabkan kehampaan atau kelelahan, melainkan kematiannya. Stapleton membayangkan bahawa sekarang, ayahnya tidak lagi bercakap dengan Yesus melalui doa, tetapi bercakap bersemuka dengan Yesus.
Kewujudan Krismas
“Tiada telinga yang mendengarkan kedatangan-Nya, tetapi di dunia yang berdosa ini, jika orang yang rendah hati menerima-Nya, Yesus tetap masuk ke dalam hatinya.” Ungkapan ini daripada kidung Phillips Brooks yang amat disukai ramai “O Little Town of Betlehem” (Betlehem Kota Kecil) menjurus kepada teras Krismas. Yesus datang ke dunia kita yang rosak untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan memberi kita hubungan dengan Tuhan yang baru dan penting, bagi sesiapa sahaja yang ingin meletakkan iman pada-Nya.