Pahlawan yang Gagah
Diet Eman ialah seorang wanita muda yang biasa, pemalu, dan menetap di Belanda. Dia mempunyai teman lelaki, kerjaya, dan menikmati waktu bersama dengan keluarga dan rakan-rakannya, ketika tentera Jerman menyerang pada tahun 1940. Diet (disebut sebagai Deet) kemudian menulis, “Apabila berlakunya bahaya di depan pintu rumah, kamu akan terasa bertindak seperti burung unta yang membenamkan kepalanya dalam pasir.” Tetapi Diet berasa Tuhan memanggilnya untuk menentang penindasan tentera Jerman. Ini bermaksud dia perlu mempertaruhkan nyawanya untuk mencari tempat persembunyian bagi orang Yahudi dan orang lain. Wanita muda yang biasa ini menjadi pejuang bagi Tuhan.
Hati yang Bersyukur
Seneca ialah seorang ahli falsafah yang hebat pada zaman Roma kuno (4 SM-65 M), dia pernah dituduh berzina oleh permaisuri Messalina. Setelah Senat menjatuhkan hukuman mati ke atas Seneca, Maharaja Claudius sebaliknya membuang dia ke negeri Corsica, mungkin kerana dia mengesyaki tuduhan terhadap Seneca adalah palsu. Penangguhan hukuman itu telah mengubah pemahaman Seneca terhadap kesyukuran ketika dia menulis: “pembunuh, orang zalim, pencuri, penzina, perompak, pencabul dan pengkhianat akan sentiasa ada, tetapi apa yang lebih teruk daripada semua jenayah ini adalah tidak tahu bersyukur.”
Kehendak Tuhan
Kadangkala kehendak Tuhan sukar ditaati. Dia meminta kita mengambil tindakan yang betul. Dia memanggil kita menanggung kesusahan tanpa mengeluh; mengasihi orang yang sukar dikasihi; menuruti suara hati kita yang mengatakan, “Jangan lakukan ini”; melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Oleh itu, kita harus memberitahu jiwa kita sepanjang hari: “Hai jiwaku, dengarkanlah. Diamkan diri: Lakukan apa yang dikehendaki Yesus.”
Berkongsi Harapan
Ketika Emma berkongsi bahawa Tuhan menolong dia menerima identitinya sebagai anak yang dikasihi Tuhan, dia menyelitkan ayat-ayat Alkitab dalam perbualan kami. Entah bagaimana pelajar sekolah menengah itu berhenti mengucapkan kata-katanya sendiri dan mula memetik ayat-ayat dalam Alkitab. Ketika saya memujinya kerana pengetahuannya tentang Alkitab, alisnya mulai berkerut. Dia secara semula jadi menyebut ayat-ayat Alkitab itu. Melalui pembacaan Alkitab setiap hari, hikmat yang terkandung dalam Alkitab menjadi sebati dengan percakapan harian Emma. Dia bersukacita dalam Tuhan dan menikmati setiap kesempatan yang diberikan-Nya untuk berkongsi kebenaran-Nya kepada orang lain. Tetapi Emma bukanlah pemudi pertama yang dipakai Tuhan untuk memberi inspirasi kepada orang lain supaya tekun membaca, menghafal dan menerapkan ayat-ayat Alkitab dalam kehidupan.
Penyembah yang Benar
Akhirnya, penulis Annie Dillard berpeluang mengunjungi gereja tersebut. Di bahagian bawah tanah gereja yang paling dalam, dia tiba di sebuah gua kecil. Lilin memenuhi ruang yang sempit itu dan lampu yang tergantung telah menerangi suatu sudut lantai. Sebuah bintang perak yang mempunyai 14 penjuru telah menutupi lantai marmar tersebut. Annie berada di Gua Kelahiran Yesus (Grotto of the Nativity) di Betlehem yang menandakan tempat kelahiran Kristus menurut tradisi. Tetapi bagi Annie Dillard, dia berpendapat bahawa Tuhan jauh lebih besar berbanding tempat itu.