Month: Februari 2022

Kejayaan dan Pengorbanan

Semasa program pembelajaran pada masa cuti, anak lelaki saya membaca sebuah buku tentang budak lelaki yang ingin mendaki gunung Alp di Switzerland. Budak lelaki itu menghabiskan masa berlatih yang panjang demi mencapai tujuannya. Apabila akhirnya dia mula mendaki ke puncak gunung, keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang. Ketika rakan sepasukan mereka jatuh sakit di lereng gunung, budak itu memutuskan untuk menemani dan membantu rakannya yang sakit itu, dan tidak terus mendaki gunung.

Dapatkan Apa yang Diingini

Aaron Burr dengan cemas menunggu keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat disebabkan oleh undian yang sama. Pada tahun 1800, apabila dia menghadapi persaingan sengit dengan Thomas Jefferson untuk pemilihan jawatan Presiden Amerika Syarikat, Burr berkeyakinan bahawa Dewan akan mengisytiharkannya sebagai pemenang. Ternyata dia kalah dan kepahitan menghantui jiwanya. Kurang daripada 4 tahun kemudian, disebabkan perasaan benci terhadap Alexander Hamilton kerana tidak menyokong pencalonannya, Burr menembak mati Hamilton dalam perang tanding. Akibat rasa marah terhadap pembunuhan tersebut, negaranya membelakanginya dan Burr meninggal dunia sebagai orang tua yang menderita kesuraman.

Tidur Nyenyak

Sewaktu rakan saya, Floss masih terjaga pada waktu malam, dia berfikir tentang lirik lagu “My Jesus I Love Thee.” Dia menamakan lagu itu sebagai “lagu tengah malam” kerana ia membantunya mengingati janji Tuhan dan alasan dia mengasihi Tuhan.

Bukan untuk Keselesaan Kita

Pada suatu hari Dan sedang menunggang motosikalnya. Tiba-tiba sebuah kereta membelok ke lorongnya dan melanggarnya ke arah lalu lintas yang sibuk. Ketika dia sedar 2 minggu kemudian di pusat trauma, keadaannya amat teruk. Dia mengalami kecederaan saraf tunjang yang menyebabkannya lumpuh. Dan berdoa untuk kesembuhan tetapi doanya tidak terjawab. Namun dia tetap mempercayai belas kasihan Tuhan yang mengajarnya bahawa “tujuan hidup kita adalah menyerupai Kristus. Sedihnya, hal ini tidak berlaku apabila hidup kita kelihatan indah. Ia ... berlaku ketika hidup kita dilanda kesusahan dan apabila kita terpaksa bergantung kepada Tuhan melalui doa untuk mengharungi hari-hari kita.”

Keajaiban Ciptaan-Nya

Ketika mendaki Glasier Root yang terletak di Alaska, Tim terjumpa sesuatu yang tidak pernah dilihatnya. Walaupun dia ialah pakar dalam pengkajian glasier, sebilangan besar lumut yang berbentuk bebola kecil sama sekali asing baginya. Setelah mengesan bebola yang berwarna hijau terang itu selama bertahun-tahun, Tim dan rakan-rakan mendapati bahawa lumut yang digelar “tikus glasier” itu berbeza kerana ia tidak tumbuh di atas pokok seperti lumut lain. Apa yang lebih mengejutkan adalah lumut-lumut itu bergerak secara serentak seperti satu kawanan binatang. Mulanya mereka mengesyaki bahawa lumut itu ditiup angin atau tergolek menuruni bukit, tetapi tekaan tersebut dinafikan hasil daripada penyelidikan mereka.

Permulaan yang Baru  

Perayaan Tahun Baru Cina berdasarkan kalender Cina, diraikan di pelbagai tempat oleh keluarga berbangsa Cina. Ia biasanya diraikan pada akhir Januari hingga pertengahan Februari. Pada waktu ini, keluarga-keluarga akan berkumpul dengan mengamalkan beberapa tradisi penting seperti membeli dan mengenakan pakaian baru, membersihkan rumah dan membayar hutang. Segala aktiviti ini mengingatkan kita untuk melupakan masa lampau dan memulakan tahun dengan permulaan baru.