Month: Mei 2026

Cahaya Hidup

Pada tahun 1905, seorang pemuda yang kelihatan agak selekeh mengasingkan diri di apartmennya di Bern, Switzerland, untuk menjalankan eksperimen pemikiran yang kompleks tentang sifat alam semesta. Dengan tumpuan yang kegila-gilaan, ahli fizik itu tidak berhenti untuk mengkaji dan mengira semula perhitungannya. Empat bulan kemudian setelah bertungkus-lumus memerah otak, akhirnya lelaki ini telah menulis semula banyak penemuan yang sudah diketahui ramai tentang bagaimana dunia berfungsi pada zaman itu. Lelaki itu ialah Albert Einstein, yang berusia dua puluh enam tahun pada ketika itu.

Terus-Menerus Berdoa

Selepas moyang Clara meninggal dunia, senarai doanya yang sepanjang 300cm untuk orang yang sentiasa didoakannya menjadi pusaka keluarga. Senarai nama yang ditaip itu bukan sahaja mengandungi banyak nama ahli keluarga, kawan, dan individu yang didoakan oleh kawan-kawannya, tetapi juga nama penginjil, pastor, dan pelayanan yang berprofil tinggi. Ahli keluarga baharu dan permohonan doa yang khusus pula ditulis tangan di bahagian tepi. Saya menjadi sebak apabila melihat nama ibu saya wujud dalam senarai doa itu, yang ditambah ketika ibu masih kanak-kanak lagi.

Dikobarkan oleh Iman

J.D. menyaksikan pemandangan yang menakjubkan dalam perjalanannya ke beberapa buah negara Afrika. Mesej yang dihantarnya kepada kami dari Zambia Timur turut disertakan dengan beberapa keping gambar, yang menunjukkan segolongan wanita yang penuh iman sedang membentangkan pelan pelayanan Injil mereka selama tiga tahun. “Ini merupakan salah satu pembentangan pelan strategik paling berkuasa yang pernah saya dengar sepanjang hidup saya. Mereka tidak menggunakan papan putih, tetapi melukis di atas tanah. Mereka tidak mengedarkan salinan kertas yang cantik tentang apa yang akan dilakukan, tetapi mereka mempamerkan pelan mereka pada sekeping kertas bersaiz poster yang ronyok, yang dipegang oleh dua orang. Sungguh luar biasa!”

Hidup dan Mati

Selain menghadiri upacara rasmi dan menandatangani beberapa arahan eksekutif selepas mengangkat sumpah jawatan, para presiden baharu Amerika Syarikat berhadapan dengan satu realiti yang tidak dapat dinafikan: Mereka mula merancang upacara pengebumian mereka sendiri. Dengan cara itu, negara akan bersedia untuk memperingati hidup mereka apabila mereka meninggal dunia. George H. W. Bush ditanya sama ada terasa “pelik” untuk merancang upacara peringatan sendiri. Dia menjawab, “Anda akan terbiasa dengannya.” Sejarawan akan menulis tentang legasi mereka, tetapi para presiden harus merancang perkhidmatan mereka untuk negara secara peribadi dan tradisional, serta bagaimana mereka ingin dikenang.

Tidak Takut akan Hari Kiamat

Pada tahun 1859, ribut suria terbesar dalam sejarah yang pernah direkodkan telah berlaku. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Carrington, mengakibatkan gangguan geomagnet yang sangat kuat dan dipercayai telah menggendalakan sistem telegraf pada masa itu. Laman web Space.com menyatakan, "Satu terkaan telah dibuat bahawa jika ribut sebesar Peristiwa Carrington berlaku pada masa kini, ia boleh menyebabkan ‘kiamat internet’.”