Category  |  Pedoman Harian

GURU TERAGUNG 

“Tak fahamlah ni!” Anak perempuan saya menghempaskan penselnya di meja. Dia sedang membuat tugasan Matematik, dan saya baru sahaja memulakan “pekerjaan” sebagai ibu/guru di rumah. Kami menghadapi masalah. Saya sudah lupa apa yang saya pelajari 35 tahun yang lalu tentang menukar perpuluhan kepada pecahan. Oleh sebab saya tidak dapat mengajarnya hal yang saya tidak tahu, maka kami menonton guru dalam talian untuk mendapatkan penerangannya. 

MAKAN BERSAMA-SAMA RAJA

“Anjing ini akan hidup, tetapi kakinya perlu dipotong!” kata doktor haiwan.” Anjing sesat yang dibawa oleh rakan saya telah dilanggar oleh sebuah kereta. “Adakah kamu pemilik anjing ini?” Pembedahan akan menelan perbelanjaan besar dan anak anjing itu memerlukan jagaan selepas pembedahan. “Akulah pemiliknya sekarang,” jawab rakan saya. Sikap baik hatinya telah memberikan tempat perlindungan yang disertai kasih sayang kepada anjing itu.

DEMI ORANG LAIN

Semasa tercetusnya pandemik Covid-19, ramai orang Singapura duduk di rumah untuk mengelakkan jangkitan. Tetapi saya tetap meneruskan aktiviti renang dan percaya aktiviti ini selamat.

PERLUNYA HIKMAT 

Rob membesar tanpa bapa. Hal ini membuat dia berasa kehilangan banyak kemahiran praktikal yang biasanya diturunkan oleh bapa kepada anak-anak mereka. Oleh sebab Rob menginginkan orang memiliki kemahiran hidup yang penting, maka dia memulakan siri video praktikal yang dipanggil “Bapa, Macam Mana?” Video ini menunjukkan hampir semua kemahiran hidup, daripada cara memasang rak hingga cara menukar tayar kereta. Disebabkan gaya persembahan video yang cergas dan mesra, Rob menjadi sensasi di YouTube dan mendapat jutaan langganan.

TIADA PERKARA YANG BIASA-BIASA  

Pada saat Anita meninggal dalam tidurnya sempena hari ulang tahunnya yang ke-90, pemergiannya yang tenang mencerminkan ketenangan hidupnya. Dia seorang balu yang berdedikasi terhadap anak-anak dan cucu-cucunya, serta menjadi rakan kepada wanita-wanita muda di gerejanya.

PERTEMPURAN ARUS ELEKTRIK 

Kini kita dapat memasang palam pembakar roti dengan mudah, kesemua ini adalah manfaat daripada pertengkaran sengit pada hujung abad ke-19. Pada waktu itu, pereka Thomas Edison dan Nikola Tesla bertarung pendapat tentang jenis elektrik terbaik untuk kegunaan secara meluas: arus terus seperti arus elektrik yang disalurkan daripada bateri ke lampu suluh; atau arus ulang-alik yang kita peroleh daripada soket elektrik.

SALING MENOLONG

Semasa bermain bola keranjang dengan rakan-rakan perempuannya, Amber menyedari bahawa liga bola keranjang perempuan boleh membawa sumbangan kepada masyarakatnya. Oleh itu, dia menubuhkan Ladies Who Hoop, sebuah organisasi amal yang memupuk semangat berpasukan dan meninggalkan kesan yang baik kepada generasi akan datang. Ketua kumpulan organisasi ini berusaha untuk membina keyakinan dan karakter di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan serta mendorong mereka menjadi penyumbang kepada komuniti mereka. Salah seorang pemain asal yang kini menjadi mentor kepada gadis-gadis lain berkata, “Semangat keakraban terserlah di kalangan kami, dan inilah sesuatu yang aku inginkan sekali. Kami saling menyokong dalam pelbagai aspek. Aku gembira untuk melihat gadis-gadis bertumbuh dan berjaya dalam hidup mereka.”

BERSAMA-SAMA KITA DI LEMBAH

Sewaktu Hannah Wilberforce (ibu saudara kepada pemimpin gerakan penghapusan perhambaan, William Wilberforce) berada dalam keadaan tenat, dia menulis surat yang menyebut kisah kematian seorang percaya dengan kata-kata ini: “Berbahagialah orang yang meninggal dunia dan sekarang bersama-sama Yesus yang dikasihinya walaupun tidak pernah dilihatnya. Hati saya melonjak dengan sukacita.” Kemudian dia menjelaskan tentang dirinya, “Sama ada keadaan saya baik atau buruk, Yesus tetap baik selamanya.”

DI MANA PUN KITA MENYEMBAH

Kesakitan yang teruk dan sakit kepala telah menghalang saya menghadiri gereja ... sekali lagi. Walaupun saya sedih kerana tidak dapat berkumpul dengan jemaah, saya masih menonton khutbah di Internet. Pada mulanya saya terganggu oleh bunyi dan kualiti rakaman video yang kurang baik. Tetapi kemudian kedengaran sebuah lagu pujian yang merdu dan diketahui ramai di video. Air mata saya mengalir ketika menyanyikan lirik lagu “Kaulah, ya Tuhan, Suria hidupku” (Be Thou My Vision) ini: “Kaulah, ya Tuhan, Suria hidupku; asal Kau ada, yang lain tak perlu. Siang dan malam Engkau kukenang; di hadirat-Mu jiwaku tenang!” Sambil merenungkan hadirat Tuhan yang selalu ada, saya duduk di ruang tamu dan menyembah Dia.