Sampul Surat yang Hilang
Saya menemukan sehelai sampul surat ketika dalam perjalanan pulang dari lawatan bersama keluarga di negeri lain. Pada masa itu, saya sedang mengisi minyak dan ternampak sampul surat yang comot, besar dan tebal itu. Saya mengambilnya lalu melihat di dalamnya. Saya tidak menyangka bahawa sampul tersebut mengandungi RM100.
Di Sebalik Kasih
Rumah penginapan Roma pada zaman Kristus memiliki reputasi yang sangat buruk sehingga para guru agama pun tidak membenarkan orang menghantar ternakan di situ. Dalam keadaan yang buruk itu, orang Kristian yang mengembara biasanya mencari orang percaya lain untuk mendapatkan penginapan.
Adakah Wujudnya Harapan?
Edward Payson (1783—1827) menjalani hidup yang benar-benar sukar. Kematian adik lelakinya sungguh mengejutkannya. Dia menghidapi penyakit gangguan bipolar (sejenis penyakit mental), dan ditambah lagi migrain yang teruk untuk masa yang lama. Bukan ini sahaja, kemalangan jatuh dari kuda telah mengakibatkan tangannya lumpuh, dan dia hampir mati disebabkan oleh tuberkulosis! Tetapi apa yang mengejutkan ialah dia tidak berputus asa dan kehilangan harapan. Rakan-rakannya berkata bahawa sebelum Edward Payson meninggal dunia, dia amat bersukacita. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi?
Direka dengan Cermat
Dalam satu video YouTube, Alan Glustoff, seorang petani keju di Goshen, New York, menerangkan proses penuaan keju, satu proses yang menambahkan rasa dan tekstur keju. Sebelum produk itu dihantar ke pasaran, setiap blok keju perlu disimpan di rak di dalam gua bawah tanah selama 6 hingga 12 bulan. Dalam persekitaran lembap ini, keju diuruskan dengan cermat. “Kami melakukan yang terbaik untuk memberikan persekitaran yang sesuai untuk penapaian ... [dan] berkembang menjadi keju dengan potensi sebenar,” jelas Glustoff.
Bahan Berbahaya
Bunyi siren yang begitu nyaring sehingga membingitkan telinga ketika kenderaan kecemasan yang dipandu dengan laju melepasi kereta saya. Kelipan lampu siren berpancaran cahaya pada cermin hadapan kereta saya, membuat perkataan “bahan berbahaya” di sisi trak kelihatan jelas. Kemudian, saya mengetahui bahawa kenderaan itu digegaskan ke makmal sains yang mengandungi sebanyak 400-gelen bekas asid sulfurik yang mula bocor. Para pekerja kecemasan terpaksa mengendalikan bahan itu dengan serta-merta kerana ia boleh merosakkan apa sahaja jika tersentuhnya.
Kesyukuran yang Ikhlas
Untuk persediaan bagi temu duga pekerjaan pertama anak kami, Xavier, suami saya Alan, menyerahkan satu pek kad ucapan terima kasih kepada dia untuk diberikan kepada bakal majikan selepas temu duga. Alan kemudian berpura-pura memainkan peranan sebagai penemu duga pengambilan pekerja dengan menggunakan pengalamannya sebagai pengurus selama beberapa dekad untuk bertanya soalan kepada Xavier. Selepas itu, anak kami memasukkan beberapa salinan resumenya ke dalam fail. Dia tersenyum apabila Alan mengingatkannya tentang kad tersebut. “Saya tahu,” katanya. “Nota terima kasih yang ikhlas akan membezakan saya daripada semua pemohon lain.”
Menggenggam dengan Tamak
Dalam cerita dongeng kuno The Boy and Filberts (kacang hazel), seorang budak lelaki memasukkan tangannya ke dalam balang kacang dan mengambil segenggam penuh kacang. Tangannya begitu penuh dengan kacang sehingga tidak dapat dikeluarkan daripada balang. Oleh sebab dia tidak sanggup melepaskan sedikit pun daripada apa yang diperolehnya, budak itu mula menangis. Akhirnya, dia dinasihatkan supaya melepaskan beberapa biji kacang daripada genggamannya supaya dia dapat mengeluarkan tangannya daripada balang itu. Ketamakan boleh mendatangkan akibat yang dahsyat.
Boleh Melakukannya
Pastor Watson Jones mengimbas kembali masa dia belajar menunggang basikal. Bapanya berjalan di sisinya tetapi ketika Watson yang masih kecil melihat beberapa orang gadis duduk di anjung, dia pun berkata,”Ayah, saya sudah pandai menunggang basikal!” Akibatnya, dia terjatuh kerana dia belum belajar untuk mengimbangi dirinya tanpa bantuan ayahnya. Dia masih belum menjadi dewasa sebagaimana yang difikirkannya.
Harta Istimewa Tuhan
Bayangkan bilik takhta yang besar. Di atas takhta itu duduknya seorang raja yang agung. Dia dikelilingi oleh semua hamba, masing-masing dengan perilaku yang terbaik. Sekarang bayangkan sebuah kotak yang terletak di kaki raja. Dari semasa ke semasa, raja memasukkan tangannya ke dalam kotak dan membalik-balik kandungannya. Apakah yang ada di dalam kotak? Barang kemas, emas, dan batu permata kegemaran raja. Kotak ini mengandungi harta raja, koleksi yang memberikan kegembiraan besar kepadanya. Bolehkah anda membayangkan itu?