Category  |  Pedoman Harian

Tuhan Bercakap

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Barna pada tahun 2018, mereka mendapati bahawa kebanyakan orang Amerika tidak suka bercakap tentang Tuhan. Hanya 7 peratus orang Amerika yang mengatakan bahawa mereka sering bercakap tentang perkara-perkara rohani—dan begitu juga dengan mereka yang percaya kepada Yesus di Amerika. Hanya 13 peratus daripada orang yang kerap menghadiri gereja mengatakan bahawa mereka berbual-bual tentang hal-hal rohani sekali seminggu.

Dilayakkan Dia

Sewaktu komposer legenda Giuseppi Verdi (1813-1901) masih muda, keinginan untuk menerima pengiktirafan telah mendorongnya ke arah kejayaan. Warren Wiersbe menulis tentang dia: “Ketika Verdi mempersembahkan opera pertamanya di Florence, komposer itu berdiri berseorangan di satu sudut dan memerhatikan air muka seorang lelaki di kalangan para hadirin—Rossini yang hebat. Bagi Verdi, ini tidak penting sama ada hadirin di dewan itu bersorak atau mengejeknya; Apa yang diinginkan dia ialah senyuman yang berupa tanda pengiktirafan daripada tokoh muzik.”

Abang Sulung

Pengarang Henri Nouwen mengimbas kembali lawatannya ke sebuah muzium di St. Petersburg, Rusia, yang dia menghabiskan masa berjam-jam untuk merenungkan lukisan Rembrandt tentang anak yang sesat. Ketika hari semakin lewat, perubahan cahaya matahari dari tingkap yang berdekatan membuatkan Nouwen bertanggapan bahawa dia melihat banyak lukisan yang berbeza. Perbezaan-perbezaan itu mendedahkan sesuatu yang berlainan tentang kasih seorang bapa terhadap anaknya yang sesat.

Dibebani dengan Indahnya

Saya terjaga dalam kegelapan. Rasanya saya tidur kurang daripada 30 minit dan akan terus terjaga buat seketika. Suami kawan saya sedang terbaring di hospital setelah menerima berita yang sangat menakutkan, “Kanser itu telah kambuh dan merebak ke otak dan tulang belakangnya sekarang.” Saya berasa amat sedih untuk mereka. Beban yang amat berat! Namun, entah bagaimana semangat saya dipulihkan melalui doa. Saya menyedari bahawa hal memikul beban adalah sesuatu yang indah. Bagaimanakah hal ini mungkin terjadi?

Berbuah Sampai Akhir

Walaupun Lenore Dunlop sudah berusia 94 tahun, namun fikirannya masih tajam, senyumannya cerah dan kasihnya terhadap Yesus masih dirasakan oleh ramai orang. Biasanya dia bergaul dengan pemuda-pemudi di gereja kami; hadirat dan penyertaannya merupakan sumber kegembiraan dan galakan. Kehidupan Lenore adalah sangat bersemangat sehingga kematiannya mengejutkan kami. Seperti pelari yang kuat, dia berlari melepasi garisan penamat kehidupan. Dia sentiasa bersemangat dan bertenaga. Biarpun beberapa hari sebelum kematiannya, dia tetap menyelesaikan kursus selama 16 minggu yang berfokus untuk membawa mesej Yesus kepada orang di dunia.

Kerinduan Sejati dan Mendalam

Reepicheep, seekor tikus yang bersuara nyaring, mungkin ialah watak yang paling berani dalam filem The Chronicles of Narnia (Riwayat Narnia). Dia menyerang dalam pertempuran dengan mengayunkan pedang kecilnya. Dia tidak takut ketika menaiki kapal Dawn Treader dan menuju ke Pulau Kegelapan. Apakah rahsia bagi keberanian Reepicheep? Dia sangat berkeinginan untuk pergi ke negara Raja Aslan. “Itulah kerinduan saya,” katanya. Reepicheep tahu apa kerinduan sebenarnya, dan ini membawa dia kepada rajanya.

Mengasihi Orang Asing

Selepas seorang ahli keluarga perempuan saya memeluk agama lain, kawan-kawan Kristian menggesa saya “meyakinkan” dia kembali kepada Yesus. Namun, saya cuba mengasihi dia terlebih dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Kristus —termasuk di tempat-tempat awam apabila beberapa orang melihat dia yang berpakaian “aneh” dengan jengkel. Ada juga yang memberi komen kasar. Seorang lelaki pula menjerit “Balik ke rumah!” kepadanya dari lorinya tanpa mengetahui atau menyedari bahawa dia sudah berada di “rumah”.

Mudah Terperangkap

Askar-askar yang bertempur di hutan yang mengerikan beberapa tahun yang lalu menghadapi masalah yang agak sukar. Tumbuhan-tumbuhan yang menjalar dan berduri akan mencucuk badan dan peralatan askar dan menyebabkan mereka terperangkap. Kemudian mereka akan cuba melepaskan diri tetapi lebih banyak tentakel tumbuhan tersebut memerangkap mereka. Para askar menamakan tumbuhan ini sebagai pokok “tunggu sebentar” kerana setiap kali mereka terperangkap dan tidak dapat bergerak ke hadapan, mereka terpaksa menjerit meminta tolong daripada anggota pasukan lain, “Tunggu sebentar, saya terperangkap!”

Bapa, Di Manakah Engkau?

“Ayah! Di manakah kamu?”