Category  |  Pedoman Harian

Pembekalan Tuhan

Ketika Andrew Cheatle kehilangan telefon bimbitnya di pantai, dia menyangka bahawa telefon itu tidak akan ditemukan kembali. Bagaimanapun, lebih kurang seminggu kemudian, seorang nelayan yang bernama Glen Kerley menelefon dia. Rupanya dalam perut ikan kod yang seberat 11 kilogram, Kerley menemukan dan mengeluarkan telefon Cheatle yang masih berfungsi selepas dikeringkan.

Tradisi dan Hari Krismas

Jika anda menikmati gula-gula tongkat sempena hari Krismas, sila ucapkan “danke schön” kepada orang Jerman, kerana gula ini dihasilkan pertama kalinya di kota Cologne. Jika anda meminati bunga poinsetia, katakanlah “gracias” kepada Mexico, kerana itulah tempat asal tumbuhan itu. Jangan juga lupa mengucapkan “merci beaucoup” kepada orang Perancis untuk istilah noel (Krismas), dan memberi sorakan cheers kepada orang Inggeris untuk tumbuhan mistletoe yang biasa dilihat pada pokok Krismas.

Harapan dalam Kegelapan

Reginald Fessenden sudah berusaha beberapa tahun untuk merealisasikan komunikasi radio tanpa wayar. Ahli-ahli sains lain berkata bahawa ideanya adalah tidak orthodoks dan aneh, serta meragui dia akan berjaya. Tetapi dia mengumumkan bahawa pada 24 Disember 1906, dia akan menjadi orang pertama yang menyiarkan muzik melalui radio.

Tuhan Menyertai Kita

“Kristus menyertaiku, Kristus di hadapanku, Kristus di belakangku, Kristus di dalamku, Kristus di bawahku, Kristus di atasku, Kristus di kananku, Kristus di kiriku …” Lirik lagu pujian ini ditulis oleh seorang biskop, Santo Patrick yang berbangsa Ireland pada abad kelima, dan bergema dalam minda saya apabila saya membaca catatan Matius tentang kelahiran Yesus. Ayat-ayat itu terasa seperti pelukan yang mesra, mengingatkan saya bahawa saya tidak keseorangan.

Malam Sunyi bagi Jiwa

Lama sebelum Joseph Mohr dan Franz Gruber menggubah lagu popular “Malam Kudus,” Angelus Silesius telah menulis:

Balik untuk Merayakan Krismas

Suatu tahun pada hari Krismas, saya harus menjalankan tugas di sebuah tempat yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan saya menurut peta. Suatu hari saya menapak dengan susah payah untuk balik ke bilik saya dari tempat kerja, sambil melangkah berat di tengah-tengah tiupan angin sejuk dari Laut Hitam yang suram. Masa itu saya sangat rindu untuk pulang ke rumah.

Memecahkan Kesunyian

Pada hujung Perjanjian Lama, Tuhan seakan-akan menyembunyikan diri. Selama empat abad, orang Yahudi berada dalam keadaan yang penuh penantian dan pertanyaan. Tuhan seakan-akan bersikap pasif, tidak peduli, serta tuli terhadap doa-doa mereka. Satu harapan sahaja yang tertinggal: janji sejak zaman kuno tentang kedatangan seorang Mesias. Maka orang Yahudi menaruhkan segala harapan mereka pada janji itu. Kemudian satu perkara penting telah berlaku. Kelahiran seorang bayi telah diumumkan.

Tindakan Luar Biasa

Beberapa tahun yang lepas, seorang rakan perempuan saya telah terpisah dengan anak lelakinya yang masih kecil ketika berjalan di tengah kerumunan orang ramai di Stesen Union, Chicago. Ini merupakan satu pengalaman yang amat menggentarkan. Dia mula menjerit tidak keruan sambil memanggil nama anaknya dan berlari kembali ke eskalator, supaya boleh menjumpai semula anak kecilnya. Perpisahan yang hanya berlangsung selama beberapa minit itu rasanya bagaikan sudah berjam-jam lamanya, sehingga akhirnya, dengan tiba-tiba anaknya muncul dalam kerumunan orang ramai dan berlari ke dalam dakapan ibunya dengan selamat. Syukurlah!

Harapan yang Kekal

Seminggu sebelum hari Krismas, iaitu dua bulan selepas kepergian ibu saya, rancangan untuk membeli-belah dan menghiasi rumah telah diketepikan pada kedudukan yang paling bawah dalam senarai aktiviti yang perlu saya lakukan. Saya menolak usaha suami saya untuk menghiburkan saya sementara saya meratapi kehilangan ibu yang merupakan pemimpin keluarga kami yang penuh iman. Saya merajuk apabila anak lelaki kami Xavier, memasang lampu Krismas pada dinding rumah kami. Tanpa sepatah kata, mereka menyalakan lampu itu dan kemudiannya bertolak ke tempat kerja.