Category  |  Pedoman Harian

Peraturan Lima Minit

Saya terbaca mengenai peraturan lima minit yang digunakan oleh seorang ibu untuk anak-anaknya. Sebelum bertolak ke sekolah setiap hari, mereka akan berkumpul selama lima minit.

Seorang Diri di Angkasa

Angkasawan Apollo 15, Al Worden, memahami perasaan ketika berada jauh di bulan. Pada tahun 1971, dia memandu kapal angkasa, Endeavor bersendirian selama tiga hari sementara dua orang ahli krew bekerja di atas permukaan bulan yang beribu-ribu kilometer jauh daripadanya. Bintang-bintang di langit yang kelihatan sangat tebal telah menjadi temannya, seakan-akan menyelubunginya seperti lapisan cahaya yang terang.

Hanya Dengan Satu Sentuhan

Kiley merebut peluang pergi ke pedalaman Afrika Timur untuk menyertai misi perubatan, tetapi dia berasa kurang senang hati. Dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun, dia masih boleh memberi penjagaan asas.

Persoalan Kepada Tuhan

Apakah yang akan anda lakukan jika Tuhan muncul dengan satu mesej ketika anda sedang bekerja? Perkara ini berlaku kepada Gideon, seorang umat Israel. Malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya dan berkata, “TUHAN menyertai engkau, hai pemuda yang gagah berani!” Gideon boleh sahaja menjawab menganggukkan kepalanya, sebaliknya dia berkata, “Jika TUHAN sungguh menyertai kami, mengapakah segala perkara ini berlaku kepada kami?” (Hakim-hakim 6:12-13). Gideon ingin tahu sebab Tuhan seakan-akan telah meninggalkan umat-Nya.

Dikasihi Selamanya

Kita pasti pernah merasakan hinaan, tidak dipedulikan, ataupun dipandang rendah dalam hal-hal tertentu. Kadangkala kita sendiri pun melakukannya terhadap diri sendiri.

Ketika Menjelang Pagi

Hari sudah larut malam ketika kami tiba untuk menginap di sebuah penginapan desa di luar kawasan Munich. Kami berasa gembira apabila mendapati bilik kami yang selesa itu mempunyai balkoni, walaupun kabus mengganggu penglihatan sehingga sukar untuk melihat dalam kegelapan. Tetapi apabila matahari terbit beberapa jam kemudian, kabus itu mulai menghilang. Kemudian kami dapat melihat apa yang diselubungi kegelapan malam tadi dengan suramnya—sebuah pemandangan yang sangat indah—padang rumput yang tenang dan subur menghijau, kambing biri-biri sedang meragut rumput dengan loceng yang terikat pada leher, dan awan putih yang luas di langit kelihatannya seperti sekawan besar kambing biri-biri—kambing biri-biri yang besar dan gebu!

Satu Alternatif Kemarahan

Pada suatu pagi di Perth, Australia, Fionn Mulholland mendapati bahawa keretanya telah hilang. Dia menyedari kesalahannya yang meletakkan kenderaan di zon larangan. Akibatnya, keretanya telah ditunda. Selepas memikirkan situasi tersebut—termasuklah wang bayaran untuk penundaan kereta sebanyak $600 (lebih kurang RM2050) serta saman salah meletakkan kereta—Mulholland berasa kecewa. Namun dia memutuskan untuk tidak melepaskan kemarahan ketika dia berurusan untuk mendapatkan kembali keretanya. Dia tidak meluahkan perasaannya, tetapi sebaliknya dia menulis sebuah puisi lucu tentang situasi tersebut lalu membacanya kepada pekerja di kawasan penundaan kereta. Pekerja itu menyukai puisinya, dan ini telah mengelakkan sebarang konfrontasi yang mungkin terjadi.

Mempelajari Bahasa

Saya berdiri di depan jemaah kecil yang terdiri daripada orang Jamaica dan menyampaikan salam, “Wah Gwan, Jamaica?” Saya mengucapkan kata-kata dalam bahasa dialek tempatan mereka dengan sebaik mungkin. Reaksi yang saya terima adalah lebih baik daripada yang saya jangkakan, disertakan senyuman dan tepukan sebagai tanda sambutan daripada mereka.

Jamahan Yesus

Penumpang dalam kereta api Metro di Kanada telah menyaksikan satu detik tegang yang membawa pengakhiran yang sangat menyentuh hati. Seorang lelaki muda telah menakutkan penumpang lain dengan suara kuat serta kata-kata kasar. Pada ketika itu, seorang wanita tua yang berumur 70-an dengan lemah lembut mendekati dan menghulurkan tangannya kepada lelaki itu. Kebaikan wanita tua itu menenangkan lelaki tersebut yang kemudian jatuh ke lantai sambil menangis. Dia berkata, “Terima kasih, nenek,” lalu bangkit dan pergi. Nenek itu mengakui bahawa dia juga berasa takut. Akan tetapi katanya, “Saya seorang ibu, dan dia memerlukan seseorang untuk menjamahnya.” Mungkin adalah lebih baik jika dia tidak menghampiri lelaki tersebut, namun dia telah mengambil risiko disebabkan oleh kasih.