Category  |  Pedoman Harian

Tidak Boleh Mengambil Balik

Saya tidak dapat mengambil balik tindakan saya. Seorang wanita meletakkan keretanya di depan kereta saya dan menghalang saya memandu ke pam minyak. Dia keluar dari keretanya untuk meletakkan beberapa barangan kitar semula, dan saya tidak mahu menunggu, maka saya pun membunyikan hon padanya. Hati saya jengkel, lalu saya mengundurkan kereta dan memandu mengikut jalan lain. Pada masa itu juga, saya berasa kesal kerana tidak sabar dan tidak rela menunggu 30 saat sahaja (paling lama) untuk memindahkan keretanya. Saya meminta ampun kepada Tuhan. Betul, dia sepatutnya meletakkan kereta di kawasan yang ditentukan, tetapi saya pun seharusnya menunjukkan kebaikan dan kesabaran terhadapnya, bukan kekasaran. Sedihnya, sudah terlambat bagi saya untuk memohon maaf kepadanya—dia sudah pergi.

Kilang Kesedihan

Sebagai peminat bola sepak Amerika bagi pasukan Cleveland Browns sepanjang hidup saya, saya membesar dan turut merasakan kekecewaan. Walaupun Browns merupakan salah satu antara empat pasukan yang tidak pernah memasuki Pertandingan Kejohanan Super Bowl, Browns masih mempunyai kumpulan peminat setia yang menyokong mereka setiap tahun. Oleh sebab peminat-peminat ini selalu kecewa, ramai daripada mereka menggelar stadium tempatan mereka sebagai “Kilang Kesedihan.”

Apakah yang Akan Berlaku

Anda dan saya mempunyai satu persamaan. Kita tinggal di dunia yang kacau dan tercemar, dan keadaan ini sahaja yang kita ketahui. Namun, Adam dan Hawa dapat ingat akan kehidupan mereka sebelum kutukan itu. Mereka dapat mengingat kembali dunia yang dihasratkan oleh Tuhan pada awalnya—bebas daripada kematian, kesusahan, dan kesakitan (Kejadian 3:16-19). Sebelum dosa masuk di Taman Eden, kebuluran, pengangguran dan penyakit tidak wujud. Tiada seorang pun mempersoalkan kuasa kreatif Tuhan atau rancangan-Nya bagi membina hubungan dengan manusia.

Pemimpin yang Melayani

Dalam masyarakat tradisional Afrika, pewarisan kepimpinan merupakan keputusan yang penting. Selepas kemangkatan seorang raja, pemilihan pemerintah yang baru harus dilakukan dengan sangat berhati-hati. Selain dilahirkan dalam keluarga diraja, pewaris itu mesti kuat, berani dan bijak. Calon-calon akan disoal untuk menilai sama ada mereka akan berkhidmat kepada rakyat atau memerintah rakyat dengan kejam. Pewaris raja seharusnya seorang yang dapat memimpin tetapi juga berkhidmat.

Harta Terpendam

Cara membaca saya berbeza daripada suami saya. Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua bagi Tom, dia cenderung membaca dengan perlahan, perkataan demi perkataan. Saya sering membaca sepintas lalu sahaja. Namun Tom dapat mengingat lebih banyak daripada saya. Dia boleh memetik ayat-ayat yang dibacanya seminggu yang lalu dengan mudah, tetapi ingatan saya akan melenyap beberapa saat setelah saya menutup buku atau paparan komputer.

Berlatih untuk Seumur Hidup

Baru-baru ini, saya berjumpa dengan seorang wanita yang meng-gunakan seluruh tenaganya. Dia mendaki gunung, berhadapan dengan kematian, bahkan memecahkan rekod dunia Guinness. Sekarang dia menghadapi cabaran yang berbeza—membesarkan anaknya yang kurang upaya. Keberanian dan keimanan yang digunakannya semasa mendaki gunung kini dicurahkannya untuk menjadi seorang ibu.

Meninggalkan Warisan

Apabila seorang mandur pembinaan jalan terbunuh dalam suatu kemalangan, kasih sayang orang itu terhadap keluarganya, rakan sekerjanya, dan masyarakat menyebabkan rasa kehilangan yang amat besar. Gerejanya di kampung tidak dapat menampung semua orang yang berkabung, lalu para pengurus memindahkan kebaktian pengebumian itu ke sebuah bangunan yang lebih besar. Auditorium itu dibanjiri oleh kawan dan keluarganya. Mesej ini adalah jelas: Tim menyentuh ramai jiwa dengan cara uniknya. Ramai individu akan merindui kebaikan, kelucuan, dan keghairahan-nya terhadap kehidupan.

Berdoa Selalu dan Tidak Putus Asa

Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda sudah berusaha dengan segala cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah tetapi didatangi pula dengan masalah yang baru? Anda bersyukur kepada Tuhan pada malam hari kerana masalah itu telah diselesaikan tetapi bangun pagi dan mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan masalah itu masih wujud.

Dia Datang Untuk Anda

Dalam dua novelnya The Trial dan The Castle, Franz Kafka (1883-1924) menggambarkan kehidupan telah memaksa manusia kehilangan kemanusiaan, sehingga mengubah ramai sekali orang menjadi wajah-wajah kosong yang tiada identiti atau nilai. Kafka berkata, “Kehidupan ini bagaikan tali pengangkut, anda akan terus maju, namun tiada sesiapa yang tahu ke mana. Anda hanya merupakan sesuatu objek, benda, bukannya makhluk yang hidup.”