Category  |  Pedoman Harian

Bunyi Senyap

Sahabat yang selalu memancing bersama saya berkata, “Air yang cetek membuat bising,” dan itu mengingatkan saya tentang satu pepatah lama yang berkata, “Air yang mendalam mengalir tenang.” Dia sememangnya bermaksud bahawa orang yang banyak membuat bising biasanya merupakan orang yang cetek pemikirannya sewaktu bercakap.

Acara Utama

Sewaktu menonton persembahan bunga api dalam satu perayaan di bandar kami, perhatian saya teralih kepada sudut lain. Di sebelah kanan dan kiri daripada acara utama, terdapat bunga api yang lebih kecil muncul sekali-sekala. Ia adalah cantik tetapi melihat bunga api yang kecil itu telah membuat saya terlepas pandang beberapa bahagian daripada acara utama yang benar-benar berada di atas saya yang jauh lebih menakjubkan.

Hadiah Terbesar

Dalam setiap bidang, satu anugerah dianggap sebagai lambang pengiktirafan dan kejayaan. Contohnya pingat emas Olimpik, Anugerah Grammy, Anugerah Akademi atau Hadiah Nobel adalah antara anugerah-anugerah yang “besar.” Namun ada sebuah hadiah yang dapat diperolehi oleh setiap orang.

Keprihatinan Utama Kita

Tekanan daripada orang sebaya merupakan sebahagian daripada kehidupan setiap hari. Kadangkala kita membuat keputusan berdasarkan apa yang akan difikirkan atau dikatakan orang, bukan berdasarkan keyakinan diri sendiri dan apa yang akan menyenangkan Tuhan. Kita bimbang bahawa kita akan dihakimi dan ditertawakan.

Seperti Yang Tertulis

Dalam soal memasang benda-benda seperti—barangan elektronik, perabot dan sebagainya—saya dan anak lelaki saya, Steve mem-punyai pendekatan yang berlainan. Steve lebih mahir dalam mekanikal, maka dia akan mengenepikan buku panduan dan terus bermula. Sementara itu, saya akan membaca buku amaran dengan sungguh-sungguh tentang “Baca Ini Sebelum Bermula,” dan pada ketika itu dia sudah separuh siap.

Memantulkan Yesus

Kerana kedudukannya yang terletak di antara gunung-gunung yang curam dan kawasan utara, Rjukan di Norway tidak melihat cahaya matahari dari bulan Oktober sehingga Mac. Untuk menerangi bandar tersebut, penduduknya telah memasang cermin yang sangat besar di tepi pergunungan untuk memantulkan cahaya matahari ke pusat bandar. Penduduk tempatan boleh terus menerima cahaya matahari kerana cermin-cermin gergasi yang berputar mengikut waktu matahari terbit dan terbenam.

Selamat Dalam Tangan-Nya

Saya duduk di tepi katil anak perempuan saya dalam sebuah bilik pemulihan selepas dia menjalani pembedahan. Apabila matanya terbuka, dia menyedari badannya yang tidak selesa dan mula menangis. Saya cuba menghiburnya dengan membelai-belai tangannya, tetapi dia semakin sedih. Dengan bantuan seorang jururawat, saya mengangkat dia dari katil ke pangkuan saya. Saya mengelap air mata pada pipinya dan memberitahu bahawa dia akan bertambah baik.

Saling Memikul Beban

Tarikh 25 April 2015 menandakan ulang tahun yang ke-100 untuk Hari Peringatan Anzac. Hari ini diraikan setiap tahun oleh Australia dan New Zealand untuk memberi penghormatan kepada anggota tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) yang telah berperang bersama sewaktu Perang Dunia Pertama. Ia menandakan satu masa apabila tiada satu di antara dua negara ini yang harus menghadapi peperangan secara bersendirian; tentera-tentera dari kedua-dua negara ini memikul pergelutan ini bersama-sama.

Siapakah Kita

Dalam autobiografinya, Corrie ten Boom menceritakan pengalamannya yang dahsyat bersama kakak sulungnya, Betsie dalam sebuah kem tahanan Nazi pada awal tahun 1940-an. Malah mereka pernah dipaksa untuk menanggalkan pakaian mereka waktu pemeriksaan badan. Corrie berdiri dalam barisan dan berasa dinajiskan dan ditinggalkan. Tiba-tiba dia teringat Yesus yang disalibkan juga berada dalam keadaan yang telanjang. Dilanda perasaan kagum dan pujian, Corrie berbisik kepada kakaknya, “Betsie, pakaian-Nya juga diambil oleh mereka.” Betsie tercengang dan berkata, “Oh, Corrie, … dan saya tidak pernah berterima kasih kepada-Nya.”