Month: April 2022

Dijaga oleh Kasih

Cucu lelaki saya yang berusia 4 tahun duduk di pangkuan saya. Dia membelai kepala saya yang botak dan memerhati dengan teliti. “Atuk,” dia bertanya, “Apa jadi dengan rambut atuk?” “Oh,” saya tertawa, “Rambut atuk semakin hilang apabila semakin tua.” Raut wajahnya berubah: “Teruk betul,” jawabnya. “Baik aku bagi atuk beberapa helai rambut aku.” 

Seperti Kita, Untuk Kita

Derek perasan anak lelakinya tidak mahu menanggalkan bajunya untuk berenang. Dia juga menyedari bahawa itu disebabkan anaknya malu akan tanda lahir yang menutupi bahagian dada, perut dan lengan kirinya. Derek bertekad untuk menolong anaknya, maka dia menjalani proses menatu tubuhnya yang lama dan menyakitkan, semata-mata membuat tanda yang sama dengan anaknya. 

Memanfaatkan Setiap Saat

Jam saku yang terhenti kini disimpan sebagai arkib perpustakaan di Universiti North Carolina, menceritakan kisah yang amat memilukan. Waktu yang berhenti (8:19 dan 56 saat) pada jam saku milik Elisha Mitchell menunjukkan saat dia tergelincir dan maut jatuh dari sebuah air terjun di Gunung Appalachian pada pagi 27 Jun 1857. 

Raja yang Menunggang Keldai

Hari itu ialah hari Ahad—hari yang kini digelar Minggu Palma. Memang tidak dipertikaikan bahawa ini bukan kunjungan pertama Yesus ke Yerusalem. Sebagai orang Yahudi yang taat, Dia akan pergi ke kota itu setiap tahun kerana 3 perayaan besar (Lukas 2:41-42; Yohanes 2:13; 5:1). Selama 3 tahun sebelumnya, Kristus juga melayani dan mengajar firman Tuhan di Yerusalem. Tetapi pada hari Ahad…

Bas Sembang

Pada tahun 2019, Syarikat Bas Oxford melancarkan satu perkhidmatan yang dipanggil “Chatty Bus” (Bas Sembang) dan menjadi popular dengan serta-merta. Ia merupakan sebuah bas yang dinaiki oleh beberapa orang yang ditetapkan untuk berbual-bual dengan penumpang lain yang berminat dengan perkhidmatan ini. Langkah ini dimulakan sebagai respons kepada penyelidikan kerajaan yang mendapati bahawa 30% rakyat Britain meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu…

Alamat Tetap

Tidak lama dahulu kami berpindah ke rumah baharu yang tidak jauh dari rumah lama kami. Walaupun jarak berdekatan, kami masih perlu memuatkan semua barang ke dalam trak sementara menunggu segala urusan jual beli diselesaikan. Dalam tempoh ini, perabot kami ditinggalkan di dalam trak dan keluarga kami menumpang di tempat penginapan untuk sementara. Masa itu saya hairan kerana berasa seperti “di…

Hospitaliti Sebenar

Kumain ka na ba?” (Kamu sudah makan?)

Inilah pertanyaan yang anda akan selalu dengar sebagai pelawat di kebanyakan rumah di Filipina, tempat asal saya. Ia merupakan cara orang Filipina menunjukkan keprihatinan dan kebaikan kepada tetamu. Tanpa mempedulikan jawapan, tuan rumah tetap akan sentiasa menyediakan makanan untuk tetamu. Orang Filipina percaya bahawa kebaikan yang ikhlas bukan sekadar mengucapkan kata-kata sambutan, tetapi melakukan lebih…

Pergaduhan di Tempat Letak Kereta

Adegan di sebuah tempat letak kereta yang kelihatan lucu sebenarnya sangat menyedihkan. Dua pemandu sedang bergaduh dan saling mengeluarkan kata-kata kasar dengan lantang mengenai salah satu kereta yang menghalang laluan. Apa yang membuat pertengkaran ini sangat menyakitkan hati adalah kejadian ini berlaku di tempat letak kereta sebuah gereja. Mereka mungkin baru mendengar khutbah tentang kasih, kesabaran atau pengampunan, tetapi semuanya…

Pekerjaan yang Baik

Charles Spurgeon bergelut untuk percaya kepada Tuhan pada masa remajanya. Dia membesar dengan pergi ke gereja, tetapi khutbah kedengaran hambar dan tidak bermakna bagi dia. Spurgeon bergelut untuk percaya kepada Tuhan, dan menurut dia, masa itu dia seorang “kaki lawan.” Pada suatu malam, ribut salji yang kuat memaksa Spurgeon yang berusia 16 tahun berlindung di dalam sebuah gereja Methodist yang…