Category  |  Pedoman Harian

Raja Damai

Ketika selesema John berubah menjadi pneumonia (radang paru-paru), dia dimasukkan ke hospital. Pada masa yang sama, ibunya juga sedang menjalani rawatan barah di tingkat atas, dia bimbang tentang keadaan ibunya dan kesihatannya sendiri. Kemudian pada malam Krismas, ketika radio memainkan lagu “O Holy Night” (“Malam Kudus”), John dipenuhi dengan rasa damai Tuhan yang mendalam. Dia mendengarkan kata-kata yang menggambarkan malam kelahiran Penyelamat yang dikasihi: “yang susah penat bersukacitalah k’rana raja mulia lahirlah!” Pada saat itu, kerisauan tentang dia dan ibunya lenyap.

Bagaimana Mereka Tahu 

Gereja “The Gathering” di utara Thailand ialah sebuah gereja antarabangsa tanpa denominasi gereja. Pada Ahad baru-baru ini, orang-orang yang percaya kepada Yesus dari Korea, Ghana, Pakistan, negara China, Bangladesh, Amerika Syarikat, Filipina dan negara-negara lain berkumpul di sebuah bilik persidangan hotel yang sederhana. Mereka menyanyikan “In Christ Alone” (Hanya Kristus Harapanku) dan “I Am a Child of God,” (Aku Anak Tuhan) yang suasananya sangat menyentuh hati.

Kehadiran Yang Dekat

Ketika virus korona mula merebak ke seluruh dunia, para pakar kesihatan menasihati semua orang perlu mengamalkan penjarakan fizikal antara satu sama lain sebagai cara untuk mengurangkan jangkitan dan penyebaran. Banyak negara meminta rakyat mereka mengkuarantin diri atau elakkan keluar. Banyak organisasi menyuruh pekerjanya bekerja dari rumah jika boleh, manakala ada juga yang menderita kerana masalah kewangan akibat kehilangan pekerjaan. Seperti orang lain, saya menghadiri kebaktian gereja dan perjumpaan kumpulan sel secara digital. Di seluruh dunia, kita mengamalkan bentuk kebersamaan yang baharu walaupun terpisah secara fizikal.

Kompas Tuhan

Semasa Perang Dunia ke-II, Waldemar Semenov berkhidmat sebagai seorang jurutera muda dalam kapal wap Alcoa Guide—ketika jaraknya sejauh 483 kilometer dari pantai Carolina Utara—sebuah kapal selam Jerman timbul dan melepaskan tembakan. Kapal wap mereka terkena tembakan, terbakar dan mula karam. Semenov dan anak-anak kapal lain pun menurunkan bot keselamatan ke dalam laut dan menggunakan kompas bot untuk belayar menuju ke arah laluan kapal. Selepas 3 hari, sebuah kapal terbang peronda mengesan bot keselamatan itu dan Kapal Amerika Syarikat, Broome datang menyelamatkan orang-orang itu pada keesokan harinya. Syukurlah kerana kompas itu, Semenov dan 26 anak kapal yang lain telah berjaya diselamatkan.

Jangan Takut 

Linus, watak dalam komik bertajuk Peanuts, terkenal dengan selimut keselamatannya yang berwarna biru. Dia membawanya ke mana-mana sahaja dan tidak malu memeluknya untuk keselesaan. Kakaknya, Lucy sangat membenci selimut itu dan sering menggunakan pelbagai cara untuk membuangnya. Dia menguburkannya, menjadikannya layang-layang dan menggunakannya untuk projek pameran sains di sekolahnya. Linus juga sedar bahawa dia tidak harus terlalu bergantung pada selimut itu dan perlu kurang menggunakannya dari semasa ke semasa. Walaupun demikian, dia masih mengambilnya kembali.

Diingati Dalam Doa

Di sebuah gereja yang besar di Afrika, seorang pastor berlutut dan berdoa kepada Tuhan. “Ingatlah kami!” Ketika pastor itu membuat permohonan tersebut, orang ramai menyahut sambil menangis, “Ingatlah kami, ya Tuhan!” Sewaktu menonton detik ini di YouTube, saya terkejut apabila menyedari bahawa saya turut mengalirkan air mata. Doa itu telah direkodkan beberapa bulan sebelumnya. Tetapi ia mengingatkan saya akan zaman kanak-kanak saya ketika mendengar pastor kami membuat permohonan yang sama kepada Tuhan. “Ingatlah kami, ya Tuhan!” 

Syabas!

Pasukan bola sepak Amerika yang dilatih oleh anak saya, Brian kalah dalam perlawanan akhir peringkat negeri yang sengit. Lawan mereka merupakan juara bertahan sejak 2 tahun yang lalu. Saya menghantar mesej kepada Brian untuk memberikannya penghiburan, tetapi saya menerima jawapan yang singkat dan manis: “Kanak-kanak dalam pasukan saya telah berjuang!”

Kehancuran Penuh Keindahan

Bas yang kami naiki akhirnya tiba di destinasi yang kami nanti-nantikan—tempat penggalian arkeologi Israel yang kami sendiri akan melakukan beberapa kerja penggalian. Pengurus di tapak tersebut menjelaskan bahawa setiap kami mungkin akan menggali benda-benda yang belum pernah ditemukan oleh manusia selama ribuan tahun. Pengalaman menggali serpihan tembikar yang pecah seolah-olah membawa kami kembali ke zaman purba. Selepas waktu yang panjang, kami dibawa ke tempat serpihan-serpihan tersebut—pasu-pasu besar zaman dahulu dicantumkan kembali.

Siapakah Kamu?

Ketika memasuki kedai aiskrim dengan anak lelaki kacukan saya yang berumur 5 tahun, juruwang lelaki di kaunter melirik saya dan merenung anak saya sambil bertanya “Bangsa apa kamu?”