SALING MENOLONG
Semasa bermain bola keranjang dengan rakan-rakan perempuannya, Amber menyedari bahawa liga bola keranjang perempuan boleh membawa sumbangan kepada masyarakatnya. Oleh itu, dia menubuhkan Ladies Who Hoop, sebuah organisasi amal yang memupuk semangat berpasukan dan meninggalkan kesan yang baik kepada generasi akan datang. Ketua kumpulan organisasi ini berusaha untuk membina keyakinan dan karakter di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan serta mendorong mereka menjadi penyumbang kepada komuniti mereka. Salah seorang pemain asal yang kini menjadi mentor kepada gadis-gadis lain berkata, “Semangat keakraban terserlah di kalangan kami, dan inilah sesuatu yang aku inginkan sekali. Kami saling menyokong dalam pelbagai aspek. Aku gembira untuk melihat gadis-gadis bertumbuh dan berjaya dalam hidup mereka.”
BERSAMA-SAMA KITA DI LEMBAH
Sewaktu Hannah Wilberforce (ibu saudara kepada pemimpin gerakan penghapusan perhambaan, William Wilberforce) berada dalam keadaan tenat, dia menulis surat yang menyebut kisah kematian seorang percaya dengan kata-kata ini: “Berbahagialah orang yang meninggal dunia dan sekarang bersama-sama Yesus yang dikasihinya walaupun tidak pernah dilihatnya. Hati saya melonjak dengan sukacita.” Kemudian dia menjelaskan tentang dirinya, “Sama ada keadaan saya baik atau buruk, Yesus tetap baik selamanya.”
DI MANA PUN KITA MENYEMBAH
Kesakitan yang teruk dan sakit kepala telah menghalang saya menghadiri gereja ... sekali lagi. Walaupun saya sedih kerana tidak dapat berkumpul dengan jemaah, saya masih menonton khutbah di Internet. Pada mulanya saya terganggu oleh bunyi dan kualiti rakaman video yang kurang baik. Tetapi kemudian kedengaran sebuah lagu pujian yang merdu dan diketahui ramai di video. Air mata saya mengalir ketika menyanyikan lirik lagu “Kaulah, ya Tuhan, Suria hidupku” (Be Thou My Vision) ini: “Kaulah, ya Tuhan, Suria hidupku; asal Kau ada, yang lain tak perlu. Siang dan malam Engkau kukenang; di hadirat-Mu jiwaku tenang!” Sambil merenungkan hadirat Tuhan yang selalu ada, saya duduk di ruang tamu dan menyembah Dia.
KEMEROSOTAN
Mula-mula saya rasa gatal di tekak. Alamak, fikir saya. Gatal di tekak itu kemudian menjadi influenza (demam selesema). Namun penderitaan saya baru bermula, kerana influenza itu bertukar menjadi batuk kering dan akhirnya menjadi pneumonia (radang paru-paru).
IMAN REMAJA
Masa remaja kadangkala merupakan zaman yang paling menyakitkan baik bagi ibu bapa mahupun anak-anak. Semasa saya masih remaja, saya berusaha mahu “ bebas” daripada kawalan ibu saya. Dengan terang-terang, saya tidak menghormatinya dan melawan peraturannya. Malah saya sangsi bahawa tujuan sebenar mereka hanyalah untuk membuat saya sengsara. Meskipun akhirnya kami mencapai persetujuan bersama, hubungan kami ketika itu sangat tegang. Sikap saya yang tidak memperhatikan hikmat di sebalik peraturan yang diberi oleh ibu saya benar-benar menyakiti hatinya. Mereka tahu bahawa peraturan itu akan menghindarkan saya daripada kesengsaraan emosi dan fizikal yang tidak sepatutnya terjadi.
SIAPAKAH NAMA ANDA?
Ada orang mengatakan bahawa kita ada 3 nama sepanjang hidup kita, iaitu nama yang diberi oleh ibu bapa kita, nama yang diberi oleh orang lain (reputasi kita), dan nama yang kita berikan kepada diri sendiri (karakter kita). Nama yang diberi oleh orang lain memang penting kerana “nama baik lebih baik daripada harta yang banyak; dikasihi orang lebih baik daripada diberikan perak dan emas” (Amsal 22:1). Tetapi walaupun reputasi itu penting, karakter lebih berharga.
Semua Yang Anda Perlukan
Sementara duduk di meja makan, saya memerhatikan keadaan yang riang gembira di sekeliling saya. Mak cik, pak cik, sepupu, anak buah lelaki dan perempuan saya bersama-sama menikmati hidangan sempena pertemuan keluarga kami. Saya turut menikmati saat itu. Tetapi satu pemikiran menusuk hati saya: Kamu satu-satunya wanita di sini yang tidak mempunyai anak dan keluarga sendiri.
Pembelajaran Yang Menggembirakan
Di bandar Mysore, India, terdapat sebuah sekolah yang diubahsuai daripada 2 gerabak kereta api yang disambungkan. Para pendidik tempatan bekerjasama dengan Syarikat Kereta Api Barat Daya untuk membeli dan mengubah suai gerabak-gerabak yang telah dibuang. Gerabak ini pada dasarnya adalah kotak-kotak logam besar yang tidak boleh digunakan lagi, sehinggalah para pekerja memasang tangga, kipas angin, lampu dan meja. Mereka juga mengecat dinding dan menambahkan mural yang berwarna-warni di dalam dan di luar. Kini, seramai 60 pelajar menghadiri kelas di situ hasil daripada transformasi yang menakjubkan ini.
Kemuliaan yang Lenyap
Dalam cerpen The Legend of Sleepy Hollow, penulisnya, Washington Irving mengisahkanIchabod Crane, seorang guru sekolah yang berusaha untuk mengahwini Katrina, seorang wanita muda yang cantik. Kisah utamanya adalah mengenai seorang penunggang kuda tanpa kepala telah menghantui wilayah jajahan luar bandar itu. Suatu malam, Ichabod terserempak dengan penunggang kuda yang menyeramkan lalu melarikan diri dari wilayah itu dalam ketakutan. Bagi para pembaca, jelas bahawa si “penunggang kuda” itu sebenarnya ialah saingan Ichabod yang juga ingin memikat Katrina, dan berjaya menikahi wanita itu kemudian.