Ketika Anda Tidak Dapat Bertahan
Pada tahun 2006, ayah saya didiagnosis dengan penyakit neurologi yang menjejaskan ingatan, pertuturan dan kawalan terhadap tubuhnya. Pada tahun 2011, dia tidak dapat bergerak dan hanya terbaring di katil serta dijaga oleh ibu saya. Kita mengalami masa-masa yang sukar pada permulaan penyakitnya. Saya sangat takut: Saya tidak tahu caranya untuk menjaga orang yang sakit. Saya juga bimbang tentang soal kewangan dan kesihatan ibu saya.
Tuhan Memulihkan
Collin dan isterinya, Jordan sedang mencari hiasan untuk digantung pada dinding rumah mereka. Collin yakin dia telah menemukan sesuatu yang sesuai dan memanggil Jordan untuk melihatnya. Di bahagian kanan karya seni seramik itu tertulis perkataan rahmat. Tetapi di bahagian kirinya ada dua retakan yang panjang. “Benda ini sudah rosak!” kata Jordan sambil mencari seni seramik lain yang masih elok di rak yang sama. Kemudian Collin berkata, “Tidak. Inilah yang terbaik. Hidup kita telah hancur tetapi rahmat datang pada masa yang tepat.” Mereka memutuskan untuk membeli seramik yang retak itu. Ketika mereka sampai di kaunter pembayaran, pekerja di situ berkata, “Oh, ini sudah rosak!” “Ya, begitu juga dengan kita,” bisik Jordan.
Diterima dan Dihargai
Sejak kecil, Tenny tiada keyakinan diri. Dia mahu mendapatkan perhatian ayahnya tetapi ini tidak pernah berlaku. Apa sahaja yang dilakukannya, sama ada di sekolah atau di rumah, semuanya tidak pernah cukup baik. Walaupun kini dia sudah menjadi dewasa, perasaan tidak yakin diri itu masih ada. Ini membuatkan dia terus tertanya-tanya, “Adakah aku sudah cukup baik?”
Identiti Sebenar Kita
Mula-mula, lelaki itu mengambil sebuah kotak peralatan memancing di sebuah kedai kecil. Kemudian, dia mengisi bakulnya dengan mata kail, umpan, pelampung, tali tangsi dan batu ladung. Dia juga menambah umpan hidup, memilih joran serta mesin gulung. “Pernah memancing sebelum ini?” tanya pemilik kedai tersebut. Lelaki itu menjawab tidak. “Lebih baik tambah ini,” kata pemilik kedai itu lagi. Ia adalah peti pertolongan cemas. Lelaki itu bersetuju dan membayarnya. Kemudian dia meluangkan masa sepanjang hari untuk memancing tetapi tidak mendapat sebarang hasil, kecuali jarinya yang tercedera akibat terkena mata kail.
Aku Tak Mau Pergi!
Ketika menuju ke kereta, Zander melepaskan diri daripada pelukan ibunya dan berlari ke arah pintu gereja. Dia tidak mahu pergi! Ibunya pun mengejarnya dan cuba memujuknya dengan penuh kasih agar mereka dapat pulang. Akhirnya, ibunya berjaya meraih Zander yang berusia 4 tahun itu ke dalam rangkulannya. Zander pula menangis teresak-esak dan bersandar pada bahu ibunya sambil melihat ke arah gereja ketika mereka pergi dari situ.
Maha Kuasa dan Maha Kasih
Pada tahun 2020, gunung berapi Sangay di Ecuador meletus. Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyatakan bahawa terdapat “abu gelap yang bergumpal-gumpal mencapai ketinggian lebih daripada 12,000 meter.” Gumpalan abu itu meliputi 4 wilayah (sekitar 198,000 ekar) dengan debu kelabu dan jelaga. Langit menjadi suram dan kotor, malah udara dipenuhi debu tebal yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Seorang petani bernama Feliciano Inga menggambarkan keadaan yang menggentarkan itu kepada akhbar El Comercio: “Kami tidak tahu dari mana datangnya debu ini. ... Kami melihat langit menjadi gelap dan mula berasa takut.
Tiada yang Dapat Menghalang
Ketika ayah Pris, seorang pastor, menjawab panggilan Tuhan untuk menjadi perintis bagi satu misi di sebuah pulau kecil di Indonesia, keluarga Pris tinggal di sebuah bangsal usang yang pernah digunakan untuk memelihara haiwan. Pris teringat akan keluarganya yang duduk di atas lantai meraikan Hari Krismas dan menyanyikan lagu pujian sementara air hujan menitik melalui atap jerami. Tetapi ayahnya mengingatkannya, “Pris, walaupun kita miskin, ini tidak bermaksud Tuhan tidak mengasihi kita.”
Ciptaan Tuhan yang Luar Biasa
Musim bunga yang biasa berubah menjadi waktu yang istimewa ketika saya dan isteri bersiar-siar di Grand River di kampung halaman kami. Kami memerhatikan beberapa “rakan” yang kami kenali bersantai di atas kayu balak di tengah-tengah sungai yang beriak-riak. Terdapat 5 atau 6 ekor penyu besar sedang berjemur di bawah sinar matahari. Saya dan Sue tersenyum memerhatikan reptilia luar biasa ini, yang sudah lama kami tidak melihatnya. Kami gembira kerana dapat melihat penyu-penyu itu semula dan bersyukur untuk ciptaan Tuhan yang menakjubkan.
Berita Baik
Pada tahun 1941, ketika pemerintahan Hitler berleluasa di seluruh Eropah, penulis novel John Steinbeck diminta untuk menyumbang dalam perang. Tugasnya bukan untuk bertempur atau mengunjungi pasukan di barisan hadapan medan perang, sebaliknya dia diminta untuk menulis cerita. Hasil tulisannya ialah The Moon Is Down (Bulan Turun), sebuah novel yang menceritakan sebuah wilayah yang aman diserang oleh rejim jahat. Ia dicetak dan diedarkan secara rahsia ke seluruh negara jajahan. Novel tersebut membawa mesej: Pihak Sekutu akan datang, dan dengan meniru watak-watak dalam novel itu, ia dapat membantu para pembaca yakin akan pembebasan mereka. Melalui novel The Moon Is Down, Steinbeck membawa berita baik kepada orang di bawah pemerintahan Nazi—pembebasan mereka sudah hampir.!