Kehidupan Baru yang Dianggap Bodoh
Kadangkala kita hanya akan memahami sesuatu hal sehingga kita mengalaminya sendiri. Semasa saya mengandung anak pertama, saya membaca banyak buku tentang kelahiran anak dan mendengar cerita daripada puluhan wanita tentang kesakitan yang dialami ketika bersalin. Tetapi saya masih tidak dapat membayangkan pengalaman tersebut. Tubuh saya seolah-olah akan menjalankan sesuatu tugas yang mustahil!
Kegagalan Seorang Sahabat
Pada 27 November 1939, tiga orang pencari harta karun dan sekumpulan kru filem telah menggali asfalt di luar amfiteater Hollywood Bowl di Selatan California. Mereka mencari harta karun di bukit Cahuenga Pass, yang terdiri daripada emas, berlian dan mutiara yang kononnya disembunyikan di tempat itu 75 tahunyang lalu.
Telur Doa
Di luar tingkap dapur saya, seekor burung robin sedang membuat sarang di bawah bumbung rumah. Saya suka melihat burung itu menyisip rumput di tempat yang selamat dan kemudian mengerami telur-telurnya. Setiap pagi saya akan memeriksa perkembangannya; tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Telur burung robin mengambil masa selama 2 minggu untuk menetas.
Pohon yang Berkembang
Saya sangat suka mengumpulkan barang. Sewaktu kanak-kanak, saya mengumpul setem, kad besbol dan buku komik. Sekarang, sebagai seorang bapa, saya melihat anak-anak saya mempunyai hobi yang sama. Ada kalanya saya tertanya-tanya, Kamu betul-betul perlu patung beruang lagi?
Kekuatan Baru
Ahli psikiatri Robert Coles, pernah memperhatikan satu corak yang berlaku ke atas mereka yang kelelahan kerana menolong orang lain. Tanda amaran pertama ialah kelesuan. Kemudian muncul sikap sinis yang mempersoalkan keadaan yang sedang berubah dengan baik, diikuti dengan kepahitan, kekecewaan, kemurungan, dan akhirnya kehabisan tenaga.
Kebaikan Manusia
Oleh sebab kekecewaan dan menghendaki sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup, Leon meninggalkan kerjayanya di firma kewangan. Kemudian pada suatu hari, dia melihat seorang yang tiada tempat tinggal sedang memegang papan tanda dan berdiri di tepi jalan: KEBAIKAN IALAH UBAT YANG TERBAIK. Leon berkata, “Kata-kata itu telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam hidup aku.”
Hanya Percikan
“Kami berada di perpustakaan, dan kami boleh melihat api di luar sana!” katanya dalam keadaan takut. Kami dapat merasai ketakutan itu melalui suaranya. Kami mengenal suara tersebut—suara anak perempuan kami. Pada waktu yang sama, kami tahu bahawa kampus kolejnya adalah tempat yang paling selamat bagi dia serta hampir seramai 3000 orang pelajar yang lain. Kebakaran yang berlaku di Woolsey pada tahun 2018 telah merebak dengan begitu cepat daripada jangkaan oleh sesiapa pun—lebih-lebih lagi bagi pihak anggota bomba. Cuaca panas yang mencapai rekod dan keadaan kering di lembah California, berserta angin legenda di Santa Ana, merupakan percikan-percikan kecil yang diperlukan untuk akhirnya membakar seluas 97000 ekar tanah, memusnahkan lebih daripada 1600 buah bangunan, dan meragut nyawa seramai tiga orang mangsa. Dalam gambar yang diambil selepas api tersebut berjaya dibendung, pantai yang biasanya subur itu kelihatan umpama permukaan bulan yang kontang.
Pisang yang Bercakap
Jangan putus asa. Buatlah orang tersenyum. Anda hebat. Yang penting bukan dari mana anda datang—melainkan ke mana anda pergi. Sesetengah budak sekolah di Virginia Beach, Virginia mendapati bahawa mesej ini dan mesej-mesej lain ditulis pada buah-buah pisang di kantin. Pengurus kafeteria, Stacey Truman, mengambil masa untuk menulis kata-kata dorongan pada buah pisang, yang digelar oleh anak-anak sebagai “pisang yang bercakap”.
Paling Disayangi
Gerrits, iaitu abang suami saya tinggal lebih kurang 1.6 km jauhnya di pergunungan Colorado. Meskipun dengan jarak sedemikian, Gerrits tetap merupakan ahli keluarga yang sentiasa sangat disayangi kerana sikapnya yang baik hati dan lucu. Seingat saya, adik-beradiknya telah berjenaka tentang statusnya sebagai anak yang paling disayangi di mata ibunya. Beberapa tahun yang lalu, mereka juga menghadiahinya sehelai baju dengan perkataan yang tertulis padanya, “Saya paling disayangi ibu”. Walaupun kesemua kita berasa seronok dengan jenaka antara adik-beradik kita, namun hal berat sebelah bukanlah satu perkara yang lucu.